lovvu Dobbu

Wednesday, September 17, 2025

.: BUBUR PERAK @ TITI GANTUNG ,PERAK :.

Assalamualaikum.

Alang-alang dekat Tronoh, cuti seminggu.
Barang² dekat rumah pun, yang mana boleh kemas, kita dah kemas.
Jadi, meh la ambil peluang balik rumah MIL dekat Taiping.

Dari Tronoh, lalu jalan Ipoh-Lumut tu, incikSuami ajak minum petang.
Jadi, berhenti la kita di sini.

Bubur Perak, dekat area Titi Gantung, sebelah Pertanian, betul² dekat traffic light.
Kak Nur aka blogger tot mesti tahu.
Kawasan jajahan kak Nur..Hihihi.
Lama tak makan dekat sini.

Specialty sini, memang bubur.
Bermacam aneka bubur ada.

Antara yang Linda snap.

IncikSuami pilih bubur pulut hitam.

Linda ambil pengat pisang.

Anak 4 semua ambil bubur jagung.

Manis ??
Bubur, memang lah manis kan?
Jadi Linda memang tak order air lah.
Bloated juga nie perut nya, semangkuk Linda punya pengat habis.
Lepas tu, bubur jagung kak M dengan dedek Linda juga perabih.
Makan isi jagung je lah.

Haa, saja Linda ambil gambar abang Mueez nie.
Nampak tak dekat tempat yang Linda tanda tu.
Parut jatuh basikal hari tu.
Nasib baik lah tak nampak jelas sangat, kena tengok dekat² baru nampak.
 
Nie Linda share video aneka  bubur yang ada.

Bubur Perak,
Titi Gantong, 32600
Perak.

Eh, lupa pula.
Semangkuk tu untuk dine in RM4, kalau bungkus RM4.50.

Boleh la cuba kalau berjalan² di Perak.

Till then, see ya.



34 comments:

  1. Bestnya kalau ada kedai bubur camni. Senang nak makan bubur.

    ReplyDelete
  2. Boleh singgah sini kalau ke Perak nanti. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. Bestnya macam-macam bubur ada. Confirm rambang mata nak pilih yang mana. Banyak yang saya suka. Nak makan sekali banyak tak boleh. Paling tidak 2 hidangan bubur. Ini kena datang berkali-kali kalau nak rasa banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh bungkus.. bubur makan sejuk² pun sedap..kikiki

      Delete
  4. Kalau dah macam2 bubur boleh rambang mata. Tapi peberet bubur pulut hitam dengan pengat pisang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama²..tu nak ambil bubur pulut hitam, suami dah ambil..kita ambil pengat pisang lah

      Delete
  5. Ok...Nnt blk perak bleh try pegi..=D

    ReplyDelete
  6. byk jenis bubur ..lama tk mkn bubur pulut hitam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, selalu nya cari bubur pulut hitam..nak buat tak reti.

      Delete
  7. selain bubur manis, bubur berlaku ada jugak tak kat sini?
    bestnya banyak pilihan. suka bubur kacang merah, kacang hijau ngan pulut hitam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubur berlauk takde..memang bubur manis je..dengan bubur lambuk.

      Delete
  8. ngam plak nak turun ke perak. boleh laa masuk dlm list kedai ni.. pebret sgt bab bubur2 ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, kalau sejalan, boleh la singgah...cuba lah, mana tahu kena selera.

      Delete
  9. Lamanya tak menyinggah ke sini.. Sha suka juga bubur mereka ini.. Cukup rasa dan pelbagai jenis..

    ReplyDelete
  10. Pernah lalu sini, tapi dah terlepas traffic Light tu, malas pulak nak patah balik. Geram tengok periuk bubur dia bersusun.

    ReplyDelete
  11. patut la macam biasa ku lihat je signboard ni.. rupanya 1 laluan dari uitm sri iskandar nak ke lumut.. padahal selalu je lalu masa belajar dulu, singgahnya idak.. sebab asal lalu je dah tutup.. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya..kak Linda beli rumah area Tronoh tu..kalau hala Ipoh,lepas UTP..dekat U residence.

      Delete
  12. bubur kacang hijau satu!
    ahli keluargaku hanya daku sahaja layan bubur begini. yiiiih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala makan sedap..kalau buat dekat rumah, memang diorg tak layan

      Delete
  13. Menarik²... boleh pilih bubur yang kita nak. Kalau masak sendiri kena buat satu jenis je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..lepas tu, kalau masak sendiri, 2, 3 hari tak habis²...hahaha

      Delete
  14. Teringiiiiiin. Banyaaak sangat macam buburnya 😍😍😍😍. Tadi saya browsing dari hotel tempat saya menginap di Ipoh, ke bubur perak ini, ternyata naik mobil makan waktu 1 jam. Agak jauh berarti ya 😅😅.

    ReplyDelete
  15. Eh, ada sebut nama akak. Minta maaf Linda, akak ter-miss entri Linda yang ini. Bubur banyak pilihan, dan manis, pada pendapat akak. Baru hari tu, akak tapau bubur pulut hitam dan kuah doghoyan. Pengat pisang pun antara feveret tapau. Musykil nak cuba bubur anak ramai dan bubur anak lebah. Tiber hari tu makcik tu baru lepas goreng pisang panas-panas, terbeli juga. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah, manis juga..jadi, memang tak boleh makan banyak sangat...hihihi...
      alaaa, takpe je miss pun, janji jumpa juga entry nya...hihihi.
      sama la, ada rezeki, nak try yang anak lebah tu...curious juga

      Delete