lovvu Dobbu

Saturday, September 6, 2025

.: SELAMAT ULANGTAHUN KE 13 :.

Assalamualaikum.

begitu pantas masa berlalu.
dah 13 tahun umur anak sulung linda.


buat penghuni rahim ibu yang pertama, dengan adanya anak, bukan untuk bermegah, bukan untuk membuktikan bahwa ibu dan ayah adalah manusia normal yang dapat menyambung zuriat keturunan.
Ini semua adalah rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Anak di datangkan dengan amanah dan tanggungjawab.
Segala apa yang ibu dan ayah usahakan untuk anak-anak, itu lah yang akan ditanya satu persatu di akhirat kelak.
harapan ibu dan ayah, maafkan segala kekurangan dan kekhilafan kami, membesarlah jadi anak soleh yang menyenang hati kami, tumbuh besar lah menjadi orang yang bermanfaat dan berguna kepada orang lain. tak lupa juga, akhlak yang baik. semoga apa juga yang jalan yang diambil, selagi baik dan tidak bertentangan dengan hukum agama, insya-Allah ibu dan ayah sentiasa mendukungmu.

semoga yang baik-baik sahaja untuk mu, Mu'az Syafiq.

till then, see ya.

 

7 comments:

  1. Happy Birthday Mu'az Syafiq.
    Anak sulong Linda sebaya anak bongsu saya.

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir kpd Mu'az... semoga menjadi anak soleh nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran semoga menjadi anak yang Soleh...murah rezeki dan menyenangkan kedua ibubapa

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran semoga menjadi anak yang Soleh...murah rezeki dan menyenangkan kedua ibubapa

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir Mu’az.
    Membesarlah nak jadi anak yg sentiasa gembirakan hati ibu ayah. Solat jangan tinggal insyaallah, elokkkk je jalannya nanti

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Muaz.
    Moga jadi anak yg soleh.
    Dgr cakap ibu tau.

    ReplyDelete