lovvu Dobbu

Thursday, September 11, 2025

.: CHECK IN DOME :.

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry sini.
Tiba lah masa check in.

Khemah glamping 2
Gambar dari wassap.
Staff nya share gambar.
IncikSuami kata nama dia Dome.
Tapi, khemah lah nie.

Selain daripada khemah Dome nie.
Ada jugak tapak khemah, khemah boleh bawa sendiri.
Ada juga kabin.
Tak jumpa cari berapa harga² yang lain tu.
Macam Dome yang incikSuami booking nie, RM258/night.
Macam mahal kan? tapi rate sekarang lah tu.

Jom tengok bahagian dalam pula.

Khemah glamping
Dari pintu masuk.
Ada katil king, katil Medan(katil yang orang bawa camping tu), ada ruang luas (incikSuami hampar  tilam angin malam tu), ada TV (chanel myTV), ada kettle (takde cawan), ada penyidai pakaian, ada iron dan iron board. 
so, ok je bagi linda.

tapi, nampak merah kan dalam nya, sebab Dome nie dari luar tadi kan warna oren.
so kat dalam jadi macam warna merah.
khemah kan, waktu cek in tengah hari tu, memang panas lah.
nasib baik ada penghawa dingin dan kipas sekali, memang on je lah dua dua, nak bagi sejuk.

Khemah glamping 1
nie linda berdiri dekat area Tv tu pula.
ada langsir, sebab dari luar tadi nampak ada bahagian yang macam lutsinar tu.
so, yang tu boleh nampak juga lah dalam ye.

linda buat video tour sikit.
another experience baru la untuk anak-anak, tido dalam khemah. hihihi.
memang betul khemah, kebetulan nak dekat subuh tu hujan, memang dengar lah bunyi hujan menitik-nitik atas khemah nie.
dah lama betul tinggalkan perkhemahan nie.. hahaha.

masa sekolah menengah dulu, memang aktif bab-bab nie.
sampai pangkat staf sarjan la masa join Kadet Remaja Sekolah dulu.
tu yang konon pasang impian nak masuk UPNM, tapi masa tu tak tahu cara-cara.
zaman dulu permohonan UPNM lain dengan UPU biasa.
last dapat masuk UMT, masuk juga askar wataniah. masa tu dekat UMT tu baru ada SUKSIS dengan PALAPES Laut je, PALAPES Darat takde lagi.
so masuk askar wataniah, memang habis, habis situ jela.
kalau ada PALAPES Darat masa tu, dapat Tauliah, boleh la apply untuk serap Tentera Darat.
tapi takde rezeki nak pakai seragam hijau, seragam pink pun jadilah.
sampai bila berseragam pink nie, tak tahu lah.

ehhh.. melalut pula dia nie. hahaha.

till then, see ya.

p/s- jangan lupa GA kita masih berlansung ya..
PV setakat nie 177686

9 comments:

  1. menarik dan unik lah pengalaman tidur dlm dome ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..Linda pun pertama kali juga ni..yang best tandas ada disediakan..tak perlu nak keluar² untuk ke tandad

      Delete
  2. tak dapat pakai seragam hijau kawin dengan org seragam hijau pun jadilah

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa. Nampak cozy. Ni kalau hujan lagi sedap ni, lena dlm tu dgr bunyi hujan. Lagi2 bila pegi dgn ank2.. mmg heaven.

    Bila Linda sebut Dome, ingatkan coffee house Dome tadi. Pelik juga mulanya bleh check in kat coffee house plk. Hihi.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Malam tu memang sejuk lah, siap turn off aircond lagi. alhamdulillah another memories untuk anak², semoga menjadi kenangan indah untuk mereka..aamin.

      Alamak, coffee house Dome tu Linda tak pernah dengar pula..hihihi

      Delete
  4. Seronok sebenarnya pi bercuti ala camping camni Rasa macam adventure plak. Anak-anak kena rasa ni semua. Almaklumle zaman kite kecik2 dulu kira adventure le masuk kebun masuk lalang main nyorok2 hehehehe enjoy life zaman kecil. Budak sekarang emmm gajet je tak habis2

    ReplyDelete
  5. dalam dia luas! tandas dia tu, pintu yg dekat dgn katil tu ke? camne dia attach tandas dgn dome khemah tu
    wahh minat nak jadi askar ye dulu. saya pulak cukup join kawad kesatria jela

    ReplyDelete