lovvu Dobbu

Monday, August 4, 2025

.: SESI POTONG KEK :.

Assalamualaikum..

Semalam, Ahad , 3 Ogos 2025.

Kak Mas, mak, Ammar dan Esah sekeluarga datang rumah.
Memang kak mas dah beritahu awal-awal, nak belanja potong kek bday anak².

Jadilah kek nya..
Buat ada².
Kek Black Forest beli dekat Bakers Cottage.

Selamat ulang tahun ya..

Makan makan biasa je..
Linda masak sayur dengan ayam masak merah.
Goreng nugget, selesai.

Tiba masa untuk berpisah.
Macam biasa, geng gegirl je lah.
Abang Mu'az yang ambilkan gambar.

Malam ke kedai gunting rambut pula.

Nak gunting rambut cendawan abang Mu'az ni. Linda malas nak stres stres, tunggu cikgu potong rambut dia, tapi tak terkena juga.
Last² serah diri lah potong.
Rambut jenis tebal abang Mu'az nie.

Eh, paginya, ada event BabyRuz.
Tapi, Linda tak ikut.
IncikSuami, kak M dengan dedek je pergi.

Tepek juga lah sini buat kenangan.
Mana satu ntah babyRuz kita.

Event buat dekat Putrajaya.
Seawal 7 pagi incikSuami dah gerak ke lokasi.
Dalam pukul 2 petang baru sampai rumah.
Jadi tetamu dah sampai dulu lah.hihihi.

Alhamdulillah, atas nikmat hujung minggu bersama yang tersayang.
Nanti lepak Tronoh pula ye.

Till then, see ya.

7 comments:

  1. Bakers Cottage yang dekat pekan ni dah tutup... lama tak makan kek bakers cottage... ayam panggang dia lagilah lama tak makan...
    Happy birthday ya anak-anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam panggang tu penyelamat, kalau dah tak tau nak masak lauk apa..kita beli lah buat lauk..sos bawang putih dia pun sedap ..
      Terima kasih ucapannya kak Yan..

      Delete
  2. Seronok celebrate birthday sama2.

    ReplyDelete
  3. Budak2 kalau jumpa kek memang senyum lebar la!

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kecik2 suka juga kek black forest.

    ReplyDelete
  5. sedap kek bakerscottage...lama tk beli, selalu beli ayamnya

    ReplyDelete
  6. Kalau cikgu gunting bukan maksud kena denda ke? Hehe macam pelik tunggu cikgu gunting.

    ReplyDelete