lovvu Dobbu

Wednesday, August 27, 2025

.: ARCA MOBAIL - PSV D1 :.

Assalamualaikum.

cerita nie dalam 2minggu lepas tak silap.
dedek cakap cikgu suruh siapkan.
subjek Pendidikan Seni Visual - Arca Mobail 

apa itu Arca Mobail ??? 
Arca adalah suatu objek yang berbentuk 3 dimensi, dapat disentuh, dirasai dan dipandang dari perlbagai sudut.
Arca Mobail - boleh digantung dan bergerak gerak, arca mobail mempunyai nilai estetika yang tinggi.


jadi dedek pun mulakan menggunting.
ada 3 bentuk dan 1 gambar bendera Malaysia.
cikgu buat tema sempenan bulan kemerdekaan.
dedek cakap dengan ibu, cikgu takde hantar video ke macam mana nak buat.
malangnya, memang cikgu tak hantar lagi.
dan dedek hampir putus asa nak terangkan dekat ibu macam mana nak buatnya.

akhirnya, berjaya juga ibu memahami apa yang cuba dedek sampaikan.
hasil Arca Mobail dedek.

esok pagi nya, baru cikgu seni upload video dalam group kelas, cara nak membuat.
sebab nak kena hantar next week nya.

kadang-kadang ibu yang release stress bila tolong buat kerja seni anak-anak nie.
tapi, jangan suruh ibu melukis, yang tu ibu give up awal-awal.

till then, see ya.

6 comments:

  1. haaaa yang ni ammi macam ingat2 lupa apa tugasan Alip. Rasanya dia buat rama-rama kot. Tapi ingatlah dia berdiri sambil pusing-pusingkan benang tu

    ReplyDelete
  2. teringat zaman dulu buat mobile guna kertas majalah tu.. kena pulak zaman tu mak ros rajin beli majalah anjung seri.. tak pasal2 satu majalah jadi korban.. hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh la mak ros cari majalah tak cukup...hahaha

      Delete
  3. tahun lepas kita join guru kelas Arrizqi hias kelas sempena merdeka.
    buat gantung camtu, warna bendera. kelas dapat nombor satu masatu.
    tahun ni semua lemau, i is lazy.

    ReplyDelete
  4. betul, kadang ibu yang stress kan? hehehehe tapi bila bantu anak2 buat kerja-kerja ni otak ligat juga berfikir... hahahah

    ReplyDelete