Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, July 18, 2025

.: HARI KEDUA UNTUK MUEEZ :.

Assalamualaikum 

Sepanjang cerita di wad.

Alat untuk salurkan antibiotik.
Sebab lepas abang Mueez jatuh tu, saksi kata ada kena sawan.
Jadi, doktor prescribe untuk ubat sawan.
Sakit masuk dalam salur darah tu, memang tiap kali masuk, tiap kali tu lah abang Mueez mengaduh.
Sejam juga nak habis 1 tiub tu.

Siang 17 hb, doktor mata naik wad untuk buat pemeriksaan mata.
Alhamdulillah,doktor cakap mata respon elok.
Jadi doktor assume darah beku tak berada di ruang tengah otak.

Selfie sikit dengan abang Mueez.
Tido sekatil dengan abang Mueez, nasib lah ibu dengan anak sama² tuyus. 🤭🤭

Sepanjang 3hari 2malam abang Mueez di wad.
Malam Linda teman, siang incikSuami ambik turn.
Linda selit² lah naik jenguk.
Kerja bangunan sama kan.. alhamdulillah.
Kali nie,semua urusan dipermudah.
Dari doktor, sampai ke guard.
Semua pun muka yang dikenali.
Siap MO surgical yang in charge case abang Mueez, tengok Linda, cerita pasal asrama dulu..bukan cerita pasal anak..hahaha.

Koktel buahan, tapi dia letak yoghurt.
Abang Mueez makan buah yang dia berkenan je.

Nasi ayam nie, lauk untuk anak, tapi abang Mueez tak nak.

Duduk wad kanak², dapat 2 jenis menu, untuk pesakit dan penjaga..

Untuk hari kedua, abang Mueez kena repeat CT scan..
Alhamdulillah, di akhir hari, MO surgical cakap darah beku yang ada di otak tempoh hari, dah hilang sendiri.
Tapi, still kena tunggu review dari doktor Neurosurgeri dari Hosp Sg Buloh.

Selesai untuk hari kedua.
Nanti Linda cerita hari kita discaj ya.

Terima kasih atas doa kalian, Allah saja yang dapat membalasnya...

Till then, see ya.

Thursday, July 17, 2025

.: ANAK SOLEH DI UJI :.

Assalamualaikum.

Anak Soleh, abang Mueez jatuh basikal 🥹🥹🥹

Petang semalam, sampai ke rumah dari sek KAFA, macam biasa, tukar² baju untuk turun main basikal dan ke kedai serbaneka di ED hosp.
Ya..rutin harian biasa.
Tiba-tiba menjadi luar biasa, bila dedek naik rumah dan beritahu "ibu,ayah, Mueez kepala dia berdarah, terlanggar kereta"

Terus suruh incikSuami pergi tengok.
Linda menunggu di rumah untuk berita selanjutnya.
Tak lama incikSuami turun, telefon Linda berbunyi "eh,sayang nak ikot tak?Mueez masuk ED tu,zon merah"
Terus bersiap zass, sambil tu telefon berdering, dari Hosp Selayang untuk beritahu perkara yang sama.

Terus ke Kecemasan,masuk zon merah.
Luluh hati tengok abang Mueez menangis, kepala berdarah..
Tak sanggup nak tengok, ibu terus keluar untuk buat pendaftaran, tinggal lah incikSuami menemani abang Mueez.

Selesai pendaftaran, kembali menjenguk abang Mueez.
Sudah terlena, kepala berbalut, rambut telah dicukur.
Menunggu giliran untuk membuat CT Scan dan X-ray.

Kepala terhentak ke jalan, hentakan yang kuat rasanya.
Nak share gambar kecederaan di kepala, tak sanggup..cukup lah sekadar simpanan peribadi.

Selesai CT Scan dan X-ray, hampir jam 8.30 malam.
Balik ke rumah dahulu, bergantian dengan incikSuami.

Tempat kejadian, depan ED.
Kesan darah masih ada, tak dapat Linda bayangkan.

Setelah doktor review itu,ini..
Perkhabaran sedih yang perlu ditelan, terdapat pendarahan yang sedikit di bahagian otak.
Kes direfer ke Neurosurgeri hosp Sg Buloh.
Menunggu review Neurosurgeri untuk langkah selanjutnya, sementara menunggu.
Kami masih di Kecemasan Hosp Selayang.

Mohon doakan semoga urusan anak Soleh dipermudah, tiada perkara yang serius, moga sembuh seperti sedia kala..Aamin

Alhamdulillah, dari petang 6pm,16Julai2025 hingga saat ini, 2.30am,17Julai2025. Abang Mueez baik² dan dalam keadaan stabil..masih waras, tiada muntah²..

Mohon salurkan kekuatan pada Linda..terima kasih semua.

Owh,selepas diselidiki, dan ada bantuan kawan yang bagi CCTV parking, abang Mueez jatuh sendiri (mungkin rantai basikal terjatuh,basikal nampak stuck dan terberhenti, inertia menyebabkan abang Mueez terjatuh)..nampak hentakan kuat,selepas hentakan kuat, diikuti sawan.. Allahuakbar, luluh hati, tak boleh tengok video tu berulang kali.

Till then, see ya.

Wednesday, July 16, 2025

.: QADA' DAN QADAR :.

Assalamualaikum 

Benda nak jadi kan.
Yang rutin harian tu juga punca.



Doakan semua dipermudah..
InsyaAllah, nanti Linda update lain.

Till then, see ya.

.: MACAM MANA IMPLANON BERFUNGSI :.

 Assalamualaikum.

disebabkan pertama kali pakai implanon nie.
linda sibuk lah nak cari tahu, dan tampal dekat sini.
ini sudah terbalik, org lain cari tahu dulu baru guna, ini guna dulua, cari tahu kemudian.. hahaha
tapi kan, orang boleh google je linda oiii.
takpe lah, sekadar perkongsian untuk sejarah diri sendiri.

kecik je menatang nie..
tapi rege dia RM500.
consider murah juga tu, membe cerita dekat swasta cecah seribu.

camnie lah alat dia.
yang linda memang tak tengok lah doktor tu buat.
tau-tau dia cakap dah, tak sampai 10min pun.


Implanon berfungsi dengan melepaskan hormon progestin secara berterusan ke dalam badan wanita. Hormon ini menghalang ovari daripada melepaskan telur (ovulasi) dan juga memekatkan lendir serviks, menjadikannya sukar bagi sperma untuk mencapai telur. Implanon adalah sejenis rod kecil yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas, dan ia memberikan perlindungan kontraseptif selama beberapa tahun. 

Berikut adalah penjelasan lebih lanjut mengenai cara implanon berfungsi:

Hormon Progestin:
Implanon mengandungi hormon progestin, yang serupa dengan hormon progesteron yang dihasilkan secara semula jadi dalam badan wanita. Hormon ini adalah kunci kepada keberkesanan implanon dalam mencegah kehamilan. 
Pencegahan Ovulasi:
Hormon progestin menghalang ovari daripada melepaskan telur. Tanpa telur yang matang, persenyawaan tidak dapat berlaku.
-maknanya tak datang haid lah gini, sebab telur tak dapat dilepaskan- 
Pemekatan Lendir Serviks:
Hormon progestin juga menyebabkan lendir serviks menjadi lebih pekat. Ini menyukarkan sperma untuk berenang melalui serviks dan memasuki rahim untuk mencapai telur. 
Pemasangan:
Implanon biasanya dipasang di bawah kulit lengan atas oleh doktor atau jururawat terlatih. Prosedur pemasangan biasanya cepat dan mudah. 
-dia tak cerita pun pasal prosedur nak keluarkan, nie pun nak hadap kang, seram pulak- 
Keberkesanan:
Implanon sangat berkesan dalam mencegah kehamilan, dengan kadar kegagalan kurang daripada 1% jika dipasang dengan betul. 
-pesanan doktor, sila bersama selepas 7 hari, sebab implanon nie ambil masa 7 hari untuk 
bertindak-

Kelebihan:
Kelebihan implanon termasuk keberkesanan jangka panjang, tidak perlu diingat setiap hari, dan kesesuaian untuk wanita yang mungkin tidak boleh menggunakan pil perancang yang mengandungi estrogen. 
Kesan Sampingan:
Kesan sampingan yang mungkin termasuk perubahan dalam kitaran haid, seperti pendarahan yang tidak teratur, lebih lama, atau lebih ringan
- cerita nya yang kalut nak share nie, sebab dok tunggu "BFF" nie lah tak kunjung tiba, hahaha, tapi ramai je yang kenal, guna implanon memang tak mai period, so tenang saja bha - 

gambar semua from google, bukan milik diri sendiri.


till then, see ya.

Tuesday, July 15, 2025

.: BUKAN SATU, TAPI DUA :.

Assalamualaikum..

tak sempat nak update entry..jadi meh la cari konten gak..
kikiki.
sibuk sikit, menyiapkan minit mesyuarat.
yang paling tak suka lah kena buat.

ingat lagi tak entry pasal setianya seorang Linda
sampai sekarang masih belum berganti tali jam tu.

tapi, ada rezeki berganti sekali jam.
Alhamdulillah.
bukan satu, sekali dua incikSuami belikan.

yang nie awal lagi incikSuami dah tunjuk, tapi linda simpan dulu.
sekarang dah pakai lah.

yang nie tak pakai lagi.

dah lama takde jam lebih daripada 1.
jadi, tak tau nak nak pakai mana satu. hahaha

selalu pakai satu je, sampai jahanam.

orang nak bagi kita amik, jangan tolak rezeki.

till then, see ya.

Monday, July 14, 2025

.: MINGGU PEPERIKSAAN :.

Assalamualaikum 

Petang nie bermula lah peperiksaan sek KAFA anak anak.


Semoga dipermudah segala urusan dalam menjalani peperiksaan, diberikan kefasihan dan kelancaran supaya tak 'blank' dalam peperiksaan nanti. Aamiin...

Ibu is debo je.
Sebab takde siapa lagi yang ikot jejak langkah ibu naik stage tiap² tahun (untuk sek rendah) jelah..hihihi...

Till then, see ya.

Sunday, July 13, 2025

.: BELI BUAH PISANG DAN CEMPEDAK :.

Assalamualaikum.

Kisah semalam, bosan tak tau nak buat apa.
Kita ajak incikSuami pergi area pasar borong Selayang tu.
Pertama kali pergi sini,selalu lalu je.
Ada gerai² jual sayuran dan buah tempatan.

Banyak pisang.
Nak cari pisang, buat pisang goreng.

Other side kedai.

Dah pilih² pisang.
Nak bayar, incikSuami cakap, pilih lah cempedak.
Ok ngam, memang Linda dok picit² dah buah cempedak tu.
Tapi,incikSuami yang bayar kan, kena tunggu lah dia pelawa..hahaha..
Baik betul isteri.. 🙃🙃

Hasil tangkapan.
Total semua tu RM40.20
Cempedak tu sekilo RM9.
Dah macam rege durian.

Isi dalam cempedak.
Ok lah berbaloi dengan harga, sebiji tu RM25 bape sen ntah..
Sebab buah pisang tu,mula² timbang dalam RM14 ke RM15 gitu lah..
Linda dok kira ulas cempedak tu,lebih 50biji.
Puas hati lah, kalau beli RM50 juga, selalu nampak RM10 sebekas (dalam tu mungkin ada 10-13 ulas lah).

Terima kasih suami,belanja buah buahan.
Moga murah rezeki selalu.
Dicukupkan rezeki kita sekeluarga hendaknya..aamin.

Till then, see ya.