lovvu Dobbu

Wednesday, July 16, 2025

.: MACAM MANA IMPLANON BERFUNGSI :.

 Assalamualaikum.

disebabkan pertama kali pakai implanon nie.
linda sibuk lah nak cari tahu, dan tampal dekat sini.
ini sudah terbalik, org lain cari tahu dulu baru guna, ini guna dulua, cari tahu kemudian.. hahaha
tapi kan, orang boleh google je linda oiii.
takpe lah, sekadar perkongsian untuk sejarah diri sendiri.

kecik je menatang nie..
tapi rege dia RM500.
consider murah juga tu, membe cerita dekat swasta cecah seribu.

camnie lah alat dia.
yang linda memang tak tengok lah doktor tu buat.
tau-tau dia cakap dah, tak sampai 10min pun.


Implanon berfungsi dengan melepaskan hormon progestin secara berterusan ke dalam badan wanitaHormon ini menghalang ovari daripada melepaskan telur (ovulasi) dan juga memekatkan lendir serviks, menjadikannya sukar bagi sperma untuk mencapai telur. Implanon adalah sejenis rod kecil yang dimasukkan di bawah kulit lengan atas, dan ia memberikan perlindungan kontraseptif selama beberapa tahun. 

Berikut adalah penjelasan lebih lanjut mengenai cara implanon berfungsi:

Hormon Progestin:
Implanon mengandungi hormon progestin, yang serupa dengan hormon progesteron yang dihasilkan secara semula jadi dalam badan wanita. Hormon ini adalah kunci kepada keberkesanan implanon dalam mencegah kehamilan. 
Pencegahan Ovulasi:
Hormon progestin menghalang ovari daripada melepaskan telur. Tanpa telur yang matang, persenyawaan tidak dapat berlaku.
-maknanya tak datang haid lah gini, sebab telur tak dapat dilepaskan- 
Pemekatan Lendir Serviks:
Hormon progestin juga menyebabkan lendir serviks menjadi lebih pekat. Ini menyukarkan sperma untuk berenang melalui serviks dan memasuki rahim untuk mencapai telur. 
Pemasangan:
Implanon biasanya dipasang di bawah kulit lengan atas oleh doktor atau jururawat terlatih. Prosedur pemasangan biasanya cepat dan mudah. 
-dia tak cerita pun pasal prosedur nak keluarkan, nie pun nak hadap kang, seram pulak- 
Keberkesanan:
Implanon sangat berkesan dalam mencegah kehamilan, dengan kadar kegagalan kurang daripada 1% jika dipasang dengan betul. 
-pesanan doktor, sila bersama selepas 7 hari, sebab implanon nie ambil masa 7 hari untuk 
bertindak-

Kelebihan:
Kelebihan implanon termasuk keberkesanan jangka panjang, tidak perlu diingat setiap hari, dan kesesuaian untuk wanita yang mungkin tidak boleh menggunakan pil perancang yang mengandungi estrogen. 
Kesan Sampingan:
Kesan sampingan yang mungkin termasuk perubahan dalam kitaran haid, seperti pendarahan yang tidak teratur, lebih lama, atau lebih ringan
- cerita nya yang kalut nak share nie, sebab dok tunggu "BFF" nie lah tak kunjung tiba, hahaha, tapi ramai je yang kenal, guna implanon memang tak mai period, so tenang saja bha - 

gambar semua from google, bukan milik diri sendiri.


till then, see ya.

13 comments:

  1. side effectnya berbeza2 ikut org...MZ masa 1st time pakai, jd tak de langsung P tu..dlm 2 tahun kot no P, then dtg mcm biasa..then 2nd cycle, even now, jd heavy P biasanya berlarutan 3 weeks, so after 2 weeks, MZ mandi wajib then solat mcm biasa (kira istihadah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..beza² ikot orang..Linda pun cuba je nie,harap² takde lah naik berat badan sangat...hahaha..risau yang tu je..sebab ada juga membe,dia pakai implanon, berat badan naik.. jadi heavy P, tu pun leceh juga..dugaan wanita bergelar isteri... hihihi

      Delete
  2. thank you ye sis linda sebab share pasal ni.. kebetulan ada bos kat sini pun baru je pakai implanon tahun lepas.. dia pun ada mengadu period dia lambat datang.. bila datang tu, jadi lama sikit dari biasa.. tapi ok la dari terbabas lagi.. jarak anak no 2 dengan no 3 dalam 8 tahun.. mungkin sebab tu la di pakai agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh gap tu...kalau Linda , 2 tahun sorang..berderet lah 4 orang tu..kiranya mengandung, bersalin,BF tu tak putus² lah...hihihi..tu yg sekarang nie, dah cukup lah tu rasenya..meh la kita besarkan 4 orang tu..banyak hutang dengan mereka..

      Delete
  3. Perancang keluarga, apa yang patut kena ikut rawatan yang betul ya..semoga sentiasa sihat tu yang the most important kan dek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..semoga sentiasa sihat... insyallah...

      Delete
  4. Replies
    1. Itulah,masa nk buat tu..terasa seram..membayangkan dia toreh dan masukkan...hahaha..rupanya dia tembak je, tapi nanti nak keluarkan tak tau pula macam mana...

      Delete
  5. Akak pernah pakai, tapi buka balik. Period tak habis-habis. Tak sesuai dengan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawan ammi pun buka juga sebab merajuk2 suaminya isteri manjang je period

      Delete
  6. Oo macam tu pasang dia dan fungsinya. Kesan dia cuma tang period tu je lah ye. Semoga baik-baik je di masa akan datang.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih perkongsiannya. First time tengok ni.

    ReplyDelete