Lovvu Dobbu

Event Ticker

Saturday, April 12, 2025

.: RAYA KEDUA :.

Assalamualaikum.

Baru ada mood nak up pasal raya...
Raya kedua masih di Taiping.
Yang mana terlepas pandang tu...
Raya pertama linda dekat SINI ya.. hihihi

Raya kedua kita berjalan ke rumah mak ngah/pak ngah (abang arwah FIL) di Selama.

Pakai baju yang mana ada je. 
Janji mak bapak sedondon. 

Dedek je yang layan ibu pakai baju melayu lagi.

Gambar makanan takde..
Gambar proper ngan makngah, pakngah pun takde.
Pernah share sini, muka pakngah sama macam arwah FIL.

Gambar yang ada.
Waktu nak balik.

Mak ngah dok korek keladi.
Buah tangan bawa balik taiping..hihihi

Sungguh-sungguh mak ngah korekkan keladi.

Beraya rumah orang, dapat bawa balik keladi.
Alhamdulillah, rezeki.

lepas tu, balik Taiping.
Singgah rumah makngah(adik MIL), dengan paklang(adik MIL).
Lepas tu, balik rumah.
Kemas-kemas, sebab nak balik raya turn Sg Samak pula.

Till then, see ya.

Friday, April 11, 2025

.: BERBUKA DI MAMAK :.

Assalamualaikum 

Menu berbuka semalam. 
Menu kedai mamak. 
Malas betul nak masak semalam. 

Linda pilih maggi goreng. 
Pedas pedas gitu. 
Baru sedap. 

Kak M minta nan cheese. 
Ala, mamak nie guna slice cheese je. 
Naseb baik RM5 je. 
Boleh lah diterima. 

IncikSuami makan nasi goreng ayam. 
Roti Telur 2 keping. 
Milo ais 4
Teh ais
Barli ais
Total RM43.50

Dedek dengan ayah. 

Alhamdulillah rezeki semalam. 
Insya-Allah, hari nie cukup 6 hari.. 

Till then, see ya. 

Thursday, April 10, 2025

.: KERJAAN HARI INI :.

Assalamualaikum.

selepas sesi rondaan bersama bos-bos department semalam.
meh la kita buat.
sebelum nie, tak buat sebab kerusi nie tak kacau orang pun.
plus takde tempat nak letak dah, dalam bilik-bilik penghuni pun dah penuh.

kita bedak-bedak, yang mana elok, mana tak elok.
dah wasap penyelia cleasing untuk arrange cucian kerusi pula.
tunggu dia respon lah nanti.
sebab baru habis kerja malam katanya.

dapat lah 19 buah kerusi yang elok.
yang biru terselit satu, kira ketua lah tu...hihihi

terus rase macam nak buka puasa..ehhh.. hahaha.
alhamdulillah, masih bertahan lagi..
bukan teruk sangat pun kerja nya.

lepas tu, sambung pula beraya dekat aras satu.
rumah siapa???

nie rumah si anai-anai nie.
eh, geram pulak linda tengok anai-anai nie.
berpindah randah dia..
takde duit nak bayar sewa, lari tengah malam. 😂😂😂

emm, patut lah.
makanan dia banyak dalam nie.
antara stor-stor yang digunakan untuk simpan fail.
hujung tahun lepas, dah pesan dekat Department nie.
minta dia kemaskan stor , sebab nampak macam ada anai-anai.
pun tak kemas juga.
eh, linda buat part linda je lah, buat aduan pest control.
 yang kemas-kemas stor tu, Department tu sendiri lah yang buat.

keluar-keluar pintu asrama.

nahhhh..

terkangkang si hitam nie.
dah macam mati kena tembak.
elok pula kaki dia tak lenguh macam tu. hahaha

esok, dah plan nak kemas atas tu.
nanti kita tengok jadi ke tidak.

till then, see ya.

Wednesday, April 9, 2025

.: WORDLESS WEDNESDAY 8/25 :.

Assalamualaikum 

Bila selama nie naik tenggiling Ex5 tahun 2015 punya. 
Sedikit jakun ya. 

Dekat motor pun dah ada jam. 
Tak payah lah nak terselak2 lengan baju nak tengok jam pukul berapa. 

Till then, see ya. 

.: LADA BENGGALA MURAH :.

Assalamualaikum

semalam balik kerja, zass terus ke Wellmart belakang hospital.
konon2 nak buat Oden untuk buka puasa.
beli perencah Oden, cari Enoki.
eh..nampak 2 biji nie.

murahnya harga dia.
harus lah disambar.
buat sayur sedap.
selalu hat warna hijau je yang mampu dibeli.
yang lain, sebiji dekat RM5. memang tak beli lah.

balik rumah, tengok nasi ada lagi.
lauk ayam sambal santan pagi tadi pun ada ;agi.
tak jadi lah buat oden, panaskan lauk.
potong-potong lada benggala tu.

maka..

lauk berbuka puasa linda.
Alhamdulillah, dapat 4 hari dah.
hari nie cuti sat, ada rondaan asrama dengan bos.
lepas tu igt nak mengemas2 sikit asrama.
perabot dah punah-punah tu, nak letak 1 tempat.
nanti nak buang senang.

patot lah ayam tu tak laku.
pedas baq ang.. hahaha
main ikot je blender cili kering berapa banyak yang suka.

till then, see ya.

Tuesday, April 8, 2025

.: BABYRUZ PUN NAK RAYA :.

Assalamualaikum.

again, cerita backdated, 29.03.2025
masa nie ada dekat Sg Samak, ajak incikSuami ke Teluk Intan sekejap.
nak pick up kek lapis, order dekat Taman perumahan yang linda beli rumah tu.
tak duduk lagi, dah boleh ngoder2.
sat g kalau dah duduk, lagi lah macam-macam yang dibeli. hahaha

pergi berdua je dengan incikSuami, kalau dah kat kg tu, anak-anak tak rajen nak ngikot.
duduk kampung, main game dengan sepupunya.
kebetulan adik yang kat Johor tu pun sampai malam tadi.
naseb baik lah bulan puasa, kalau tak, dah g dating ngan incikSuami.

sebelum balik, incikSuami ajak p kedai tayar, nak buat alignment n balancing sekali.
jadi lajak lah kita ke Hutan Melintang, Perak.

jumpa juga, malas nak turun ke Sabak Bernam, Selangor.
banyak juga kereta yang tunggu turn.

babyRuz tunggu turn dalam 15min.
naik atas pelantar nie.
nak buat balancing n alignment.
sekali, makenik tu gtaw, kena tukar chamber sekali nie.
sebab dah makan tayar belah dalam.
dah makan tayar, cerita dia tukar tayar baru sekali lah. 😂😂
makan modal betul.
tapi, yelah, tayar dari beli tahun 2021 tak pernah tukar.
kecuali yang bocor ritu, dekat ENTRY NIE. nie pun sebiji je yang tukar.


gambar dari Siakap Keli
nak tahu lebih lanjut dekat entry NIE

la besaq nie ja chamber tu (kredit siakap keli)
sebelum nie pernah je dengar tukar chamber, kalau tayar dah makan sebelah.
tapi, tak pernah nengok lah chamber tu bentuk nya macam mana.

sesi membuka tayar.
yang kena tukar tu tayar depan 2 biji.
jadi kita swap lah.
tayar belakang 2 biji, bawa ke depan.
tayar baru 2 biji kita letak belakang.

nie proses buka tayar dan pasang tayar dekat rim tayar

menung lah sat incikSuami.
tukar tayar je dah RM700
servis lelain tu..
rasenya hangus dalam RM800 juga nie.
moga murah rezeki selalu ye incikSuami, Aamin.

petang tu juga, balik Taiping.
hurm...sabo jelah.
igt boleh lah berbuka dengan mak bapak linda dekat kampung.
sebab tahun nie turn raya Taiping kan.
takpelah, mengalah je lah.
tak payah gaduh-gaduh.

till then, see ya.

Monday, April 7, 2025

.: REZEKI SELEPAS JAM :.

Assalamualaikum

eh, linda banyak lompat lah cerita raya.
takde mood nak bercerita pasal raya..adakah tanda berusia??
nanti, kalau entry tu caca merba, maaf lah ye.

nie nak cerita pasal semalam.
Ahad, 06.04.2025.
kan linda up entry INI, kita balik beraya di kampung untuk second round..
hihihi..takdelah, linda balik Taiping, sebab nak bawa MIL beraya di kampung linda pula.
MIL pun lama tak datang, mak bapak linda pun sama juga.
sekali MIL nak jumpa lah, sebelum mak ngan bapak menunaikan haji.
mana mampu, kita bawak lah.. Insya-Allah.

berulang alik lah kita..
jumaat lepas habis kerja terus shoot taiping.
sabtu ke Sg Samak pula, MIL tido sg samak.
ahad nya pula, terus pack barang-barang, hanta MIL balik Taiping dan kitorang pun terus shoot balik Selayang.
incikSuami decide nak ikot PLUS, so..kita ikot je lah.
sebab awal lagi, 2pm kitorg dah gerak dari Taiping.

mula-mula igt tak jem, sebab hala kuala kangsar smooth je.
nak masuk terowong menora pun tak jem.
bajet traffic jam sikit-sikit je.
tapi tumpo... pukul 2 petang gerak, 8.30 malam baru sampai Selayang.

berhenti dekat RnR Sg Perak hala Selatan.
cari makan jap.
anak-anak pun dah lapar, last makan nasi lemak bfast dekat Sg Samak.
minta kak M amikkan gambar ibu, sebab tak tau bila pula nak berenti RnR nie.
nie pun 1st time berenti sini.

nie area Ipoh.
pun tak jem juga.
pemandangan bukit bukau dekat Ipoh sangat sedih.
rasenya lagi 4,5 tahun, takde dah kot bukit nie.

lepas je hentian sebelah Gua Tempurung.
jam tanpa sebab.
lama weyh.
merangkak dari sini sampai ke hulu bernam tu.
adoi..tetiba menyesal lalu ikot PLUS.
kalau patah balik lalu ikot WCE, ikot Tg Karang, Kuala Selangor tu, sebelum maghrib dah sampai Selayang.
sampai linda terpaksa pangku dedek, sebab nak bagi tido.
kalau dok belakang ngan abang-abang, tak boleh tido, bergaduh saja.

Alhamdulillah, sampai Selayang pukul 8.30 malam.
balik je, terus mendobi baju, sementara anak-anak mandi.
lepas tu, baru linda pulak mandi, seharian kot perjalanan.

tiba-tiba, incikSuami panggil anak-anak semua.
rupanya nak bagi duit raya.
tertinggal ketapi betul incikSuami nie.

dan

rezeki selepas jam
dapat duit raya dari incikSuami.
Alhamdulillah..
baru lepas kita bebel dekat blog hari tu, tak pernah dapat duit raya dari incikSuami.
tiba-tiba dia hulur pulak..
rezki jangan ditolak.
moga murah rezeki lagi , tahun depan boleh bagi lagi.

till then, see ya.