Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label sampulraya. Show all posts
Showing posts with label sampulraya. Show all posts

Tuesday, March 3, 2026

.: SAMPUL RAYA :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selesai duit raya untuk anak buah dan anak sendiri.
Dah boleh lega lah..hihihi

Ni yang balik kg je, yang tak balik kg, kita QR jelah dekat mak ayah depe.. hihihi
Sampul raya buat dekat Pixajoy.
Tahun lepas, ada kempen daily Chek in masa bulan puasa. 
Linda dapat redeem sampul raya free.
Jadi bayar postage je.

Sampul raya untuk duit raya parents, guna yang Zus tu jelah. Senang.
Untuk anak² sepupu. Kita kasi caca marba je lah. Sampul tahun lepas², banyak lebih.
Malas pening² nak fikir untuk beli.

Till then, see ya.

Sunday, March 1, 2026

.: 9 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 27.02.2026 - balik Tronoh hari tu.
Naik bas, nak p MRT. Singgah AEON Kepong dulu. Nak cari bekal untuk berbuka puasa.

Beli zus coffee.
Guna tumbler dia lah, isi dalam tu je senang nak bawa.
Lepas tu, beli roti je dekat kedai roti Boheme, yang selalu dekat AEON tu.

Sambil menunggu ETS.
Ni train ke Tanjung Malim.
Train sampai 7.35malam, dah azan dulu.
Jadi sedut air je lah.
Beli Capuccino, pahit.. hahaha.
Sampai Batu Gajah pukul 9.35malam.
Jenuh pasang telinga, Speaker ketapi tak kuat pula.

Sampai stesen, dah turun ketapi, kalut beratur nak keluar.
Keluar² je, terus dedek panggil ibu.
Terkejut ibu, dedek dah sampai.

Sebelum sampai rumah, singgah kedai makan.
Beli tomyam untuk bersahur.
Sedapnya teh ais.

Order keropok lekor sekali.

Sampai rumah dalam 10.30 malam.
Yang ikut dedek je, abang Mueez dengan kak M tunggu rumah je.

Beli zus, dapat sampul duit raya free.
Ada 3 pcs je dalam 1 paket tu.
Kertas memang tebal, premium la.
Takde min purchase, selagi stok masih ada.

Till then, see ya.

Monday, April 7, 2025

.: REZEKI SELEPAS JAM :.

Assalamualaikum

eh, linda banyak lompat lah cerita raya.
takde mood nak bercerita pasal raya..adakah tanda berusia??
nanti, kalau entry tu caca merba, maaf lah ye.

nie nak cerita pasal semalam.
Ahad, 06.04.2025.
kan linda up entry INI, kita balik beraya di kampung untuk second round..
hihihi..takdelah, linda balik Taiping, sebab nak bawa MIL beraya di kampung linda pula.
MIL pun lama tak datang, mak bapak linda pun sama juga.
sekali MIL nak jumpa lah, sebelum mak ngan bapak menunaikan haji.
mana mampu, kita bawak lah.. Insya-Allah.

berulang alik lah kita..
jumaat lepas habis kerja terus shoot taiping.
sabtu ke Sg Samak pula, MIL tido sg samak.
ahad nya pula, terus pack barang-barang, hanta MIL balik Taiping dan kitorang pun terus shoot balik Selayang.
incikSuami decide nak ikot PLUS, so..kita ikot je lah.
sebab awal lagi, 2pm kitorg dah gerak dari Taiping.

mula-mula igt tak jem, sebab hala kuala kangsar smooth je.
nak masuk terowong menora pun tak jem.
bajet traffic jam sikit-sikit je.
tapi tumpo... pukul 2 petang gerak, 8.30 malam baru sampai Selayang.

berhenti dekat RnR Sg Perak hala Selatan.
cari makan jap.
anak-anak pun dah lapar, last makan nasi lemak bfast dekat Sg Samak.
minta kak M amikkan gambar ibu, sebab tak tau bila pula nak berenti RnR nie.
nie pun 1st time berenti sini.

nie area Ipoh.
pun tak jem juga.
pemandangan bukit bukau dekat Ipoh sangat sedih.
rasenya lagi 4,5 tahun, takde dah kot bukit nie.

lepas je hentian sebelah Gua Tempurung.
jam tanpa sebab.
lama weyh.
merangkak dari sini sampai ke hulu bernam tu.
adoi..tetiba menyesal lalu ikot PLUS.
kalau patah balik lalu ikot WCE, ikot Tg Karang, Kuala Selangor tu, sebelum maghrib dah sampai Selayang.
sampai linda terpaksa pangku dedek, sebab nak bagi tido.
kalau dok belakang ngan abang-abang, tak boleh tido, bergaduh saja.

Alhamdulillah, sampai Selayang pukul 8.30 malam.
balik je, terus mendobi baju, sementara anak-anak mandi.
lepas tu, baru linda pulak mandi, seharian kot perjalanan.

tiba-tiba, incikSuami panggil anak-anak semua.
rupanya nak bagi duit raya.
tertinggal ketapi betul incikSuami nie.

dan

rezeki selepas jam
dapat duit raya dari incikSuami.
Alhamdulillah..
baru lepas kita bebel dekat blog hari tu, tak pernah dapat duit raya dari incikSuami.
tiba-tiba dia hulur pulak..
rezki jangan ditolak.
moga murah rezeki lagi , tahun depan boleh bagi lagi.

till then, see ya.

Thursday, April 3, 2025

.: DUIT RAYA :.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, duit raya from bapak.
seingat ingat nya, memang tak pernah dapat duit raya dari bapak sejak kecil sampai besar. kikiki

yelah, dulu-dulu kan bukan orang senang.
jadi bapak dah prepare semua barang-barang untuk raya pun dah seronok
takdelah, pagi raya dapat duit raya.
tapi, bersalam salaman itu wajib, acara pagi raya.

nie kisah nya, bapak dok bagi duit raya dekat cucu yang balik raya lambat (anak linda lah tu). hihihi
dengan linda sekali beratur minta duit raya dekat bapak.
dan itu lah hasilnya, dapat duit raya.
memang nak simpan lah jawabnya.

incikSuami pun tak bagi duit raya dekat linda sepanjang kawen.
kita pun takde lah minta, kalau orang bagi, kita amik lah kan.
kang jadi sebab pulak "sepanjang kawen tak pernah dapat duit raya"
aisehh, terasa mak.. hahaha

apa pun, janji makan pakai, nafkah cukup.
Alhamdulillah.

till then, see ya.

Friday, April 5, 2024

. : SAMPUL RAYA MINI :.

Assalamualaikum 

Kisah sampul raya.. 
Sebelum puasa lagi Linda nampak incikSuami scroll2 dekat TT.. 
Comel je nampak nya.. 

Jadi, Linda pesan dekat dia.. 
Nanti beli ya sampul raya nie.. 

So, ini lah yang incikSuami beli.. 
Comel je... 

Kecik je.. Saiz 2 jari.. 😂😂
Orang nak letak sekeping, tak nak berlipat.. 
Nie duit kena lipat empat... 
Nseb lah tahun nie dapat duit recycle je.. 
Takde lah ralat sangat... Kikiki

Till then, see ya