Assalamualaikum
eh, linda banyak lompat lah cerita raya.
takde mood nak bercerita pasal raya..adakah tanda berusia??
nanti, kalau entry tu caca merba, maaf lah ye.
nie nak cerita pasal semalam.
Ahad, 06.04.2025.
kan linda up entry INI, kita balik beraya di kampung untuk second round..
hihihi..takdelah, linda balik Taiping, sebab nak bawa MIL beraya di kampung linda pula.
MIL pun lama tak datang, mak bapak linda pun sama juga.
sekali MIL nak jumpa lah, sebelum mak ngan bapak menunaikan haji.
mana mampu, kita bawak lah.. Insya-Allah.
berulang alik lah kita..
jumaat lepas habis kerja terus shoot taiping.
sabtu ke Sg Samak pula, MIL tido sg samak.
ahad nya pula, terus pack barang-barang, hanta MIL balik Taiping dan kitorang pun terus shoot balik Selayang.
incikSuami decide nak ikot PLUS, so..kita ikot je lah.
sebab awal lagi, 2pm kitorg dah gerak dari Taiping.
mula-mula igt tak jem, sebab hala kuala kangsar smooth je.
nak masuk terowong menora pun tak jem.
bajet traffic jam sikit-sikit je.
tapi tumpo... pukul 2 petang gerak, 8.30 malam baru sampai Selayang.
berhenti dekat RnR Sg Perak hala Selatan.
cari makan jap.
anak-anak pun dah lapar, last makan nasi lemak bfast dekat Sg Samak.
minta kak M amikkan gambar ibu, sebab tak tau bila pula nak berenti RnR nie.
nie pun 1st time berenti sini.
nie area Ipoh.
pun tak jem juga.
pemandangan bukit bukau dekat Ipoh sangat sedih.
rasenya lagi 4,5 tahun, takde dah kot bukit nie.
lepas je hentian sebelah Gua Tempurung.
jam tanpa sebab.
lama weyh.
merangkak dari sini sampai ke hulu bernam tu.
adoi..tetiba menyesal lalu ikot PLUS.
kalau patah balik lalu ikot WCE, ikot Tg Karang, Kuala Selangor tu, sebelum maghrib dah sampai Selayang.
sampai linda terpaksa pangku dedek, sebab nak bagi tido.
kalau dok belakang ngan abang-abang, tak boleh tido, bergaduh saja.
Alhamdulillah, sampai Selayang pukul 8.30 malam.
balik je, terus mendobi baju, sementara anak-anak mandi.
lepas tu, baru linda pulak mandi, seharian kot perjalanan.
tiba-tiba, incikSuami panggil anak-anak semua.
rupanya nak bagi duit raya.
tertinggal ketapi betul incikSuami nie.
dan
rezeki selepas jam
dapat duit raya dari incikSuami.
Alhamdulillah..
baru lepas kita bebel dekat blog hari tu, tak pernah dapat duit raya dari incikSuami.
tiba-tiba dia hulur pulak..
rezki jangan ditolak.
moga murah rezeki lagi , tahun depan boleh bagi lagi.
till then, see ya.
sure tersenyum2 dpt duit raya dr en suami..en suami baca blog ke hehe
ReplyDeleteterus jadi sayang nak guna duitnya...kikiki..
Deleteharuslah inciksuami tak baca blog...hahaha...tapi, dari awal puasa linda dah zikir kat telinga dia nak duit raya...😂😂
wah..rezeki semua dapat duit raya...
ReplyDeleteAlhamdulillah...ada rezeki lebih lah tu tahun nie...moga2 tahun depan dapat lagi
DeleteAlhamdulillah, tahun ni dapat duit raya dari suami. Semoga bertambah murah rejekinya.
ReplyDeleteHui, lama gak tu jammed, 6 jam baru sampei.
Alhamdulillah...
Deleteitulah, selalu 3jam lebih je, kalau jam pun..nie sampai 6jam..penat dok dalam kete
Tarikh tu 6 mac ke 6 april linda? conpius kejap hehehhe
ReplyDeleteyelah kak dana...6 april lah...adoi...
Deletewowww.. rezeki bulan Syawal.
ReplyDeleteBoleh tu lajak jumpa Pak Habib😊
Emas pun mahai dah kak.. Hahaha.. Yang dpt tu, kena kumpul dulu.. Baru lah dapat seurat..
DeleteBling² on the way la ni, dapat duit raya tewwww :D
ReplyDeleteRezeki juga Linda jammed tak jammed tu. Kitorang 9 jam dari Jitra, cousin 12 jam dari SP, which is lagi dekat ikutkan
Double dari biasa tu kak.. Hihihi.. Selalu dari taiping 2jm lebih je.. Nie dekat 7jam..hahaha.
DeleteItulah tu, masuk tabung untuk bling2 nanti lah.
Tak sangka dapat duit raya dari incikSuami lepas 'membebel' kat blog. Rezeki jangan ditolak, betul tu!
ReplyDeleteSelamat hari raya...!!
selamat hari raya...
Deleterezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari
Cuya jela tak merasa jem, duduk di kg jer... Hahahaa
ReplyDeleteAlhamdulillah dpt duit raya, Cuya yang dh berusia ni pon masih dpt duit raya drpd kak ipar dan abg2 dan makcik2. Rezeki jgn ditolak
kot2 jodoh orang jauh ke...merasa lah nanti jam..hihihi..
Deleterezeki jangan ditolak, orang bagi, kita amik
best tu dpt duit raya yayyy!! MZ pun dpt duit raya dari mr hubby (MZ dh siap simpan dlm akaun MIGA ie emas online under maybank)
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Deletetahniah MZ dah simpan...linda mcm nak tukar blink2.. hahaha..tengok lah nanti
yeayyy...linda dapat duit raya...Alhamdulillah..semoga tahun depan husband bagi lagi ya..hehehe...
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki tahun nie...dia jadi YB kan...kikiki
DeleteAlhamdulillah rezeki..
ReplyDeleteAlhamdulillah...rezeki raya tahun nie...
Deletesenyum muka si suami tu bagi duit raya.. hehehe
ReplyDeleteBangga dia dapat bagi duit raya dekat isteri... Hihihi..
DeleteWahhh..Seronok ni dpt duit raya =D
ReplyDeleteAlhamdulillah... Rezeki
DeleteBukit kat Ipoh banyak diletupkan...gondol la nanti....
ReplyDeleteBukit tu batu kapur.. Buat simen kalau tak silap..
DeleteHilang penat dapat wet raya, tak kisahla tinggal bas ke, ketapi ke. raya isteri setiap bulan, eh?
ReplyDeleteLeh senyum sampai telinga.
sekarang dah takde raya tiap bulan, sebab suami dah pencen..kikiki...kalau dulu , masa dia servis, dapat lah duit raya tiap bulan...tp biasa lah, itu juga yang guna buat topup2
Deletebiar lambat asalkan ada. Ammi ni tak jadikan bagi duit raya (walaupun utk anak-anak) masa salam raya tu satu kemestian.
ReplyDeletebagus Ammi nie...linda pun bagi yang mana ada je...takdelah sampai berhabis untuk duit raya
Delete