Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label kopi. Show all posts
Showing posts with label kopi. Show all posts

Sunday, March 1, 2026

.: 9 RAMADAN 1447 :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 27.02.2026 - balik Tronoh hari tu.
Naik bas, nak p MRT. Singgah AEON Kepong dulu. Nak cari bekal untuk berbuka puasa.

Beli zus coffee.
Guna tumbler dia lah, isi dalam tu je senang nak bawa.
Lepas tu, beli roti je dekat kedai roti Boheme, yang selalu dekat AEON tu.

Sambil menunggu ETS.
Ni train ke Tanjung Malim.
Train sampai 7.35malam, dah azan dulu.
Jadi sedut air je lah.
Beli Capuccino, pahit.. hahaha.
Sampai Batu Gajah pukul 9.35malam.
Jenuh pasang telinga, Speaker ketapi tak kuat pula.

Sampai stesen, dah turun ketapi, kalut beratur nak keluar.
Keluar² je, terus dedek panggil ibu.
Terkejut ibu, dedek dah sampai.

Sebelum sampai rumah, singgah kedai makan.
Beli tomyam untuk bersahur.
Sedapnya teh ais.

Order keropok lekor sekali.

Sampai rumah dalam 10.30 malam.
Yang ikut dedek je, abang Mueez dengan kak M tunggu rumah je.

Beli zus, dapat sampul duit raya free.
Ada 3 pcs je dalam 1 paket tu.
Kertas memang tebal, premium la.
Takde min purchase, selagi stok masih ada.

Till then, see ya.

Wednesday, February 11, 2026

.: WORDLESS WEDNESDAY 5/26 :.

Assalamualaikum.

Cuba beli kopi putih pula.
Sedap.

Memang buat minum time sahur je lah ni.

Till then,see ya.

Friday, December 26, 2025

.: BUY 1 FREE 1 :.

Assalamualaikum.

Peminum kopi tegar Zus mesti perasan promo ni.

Buy 1 Free 1 item merchandise dari Zus.

linda pun tak ketinggalan juga, hihihi.
berbaloi la untuk beli tumbler Zus nie.

Isnin, 22hb hari tu sampailah parcel nya.
linda cuti kan, jadi hari ni baru dapat buka dan tengok parcelnya.

besar betul kotaknya.

haa.. 2 coit nie je.

lawa la kotak nya.
kira harga seketui RM39.50.
dah ada hadiah birthday untuk kak Mas tahun depan. hihihi.
bagi tumbler zus nie je lah.
nampak lah Wow sikit.. hahaha.

dalam banyak2 warna.
yang ni pilihan hati.
tak tau la kenapa.. hahaha.

dah siap daftar tumbler dekat Zus.
yeay, boleh lah mengopi nanti.

antara alasan yang nak beli tumbler Zuss nie.
1- sayang nak buang plastik cup Zus tu.
2- dapat lah 10% diskaun setiap kali beli ayor zus
3- dapat lah menyumbang sikit kepada pemuliharaan alam semula jadi.
4- of course la sebab harga dia murah, B1F1 kan? kalau nak beli semata2 seketul tu RM79, linda berkira sikit.. hahaha.

nie bahagian penutup, getah dia merata masa mula2 nak buka tu.

linda letak dekat hujung penutup tu.
betul kan tempat dia kat sini?
siapa yang ada tumbler Zus, meh share kedudukan sebenar getah tu kat mana.. hihihi

till then see ya.

Wednesday, November 12, 2025

.: ELEVEN ELEVEN :.

Assalamualaikum.

11.11 semalam shopping apa je?
linda takde beli apa pun. sebab takde pula target nak beli apa-apa.
tapi kan, Zus kan selalu bagi notification.
jadi nya, dari siang bawa ke malam, tak keruan je.. hahaha.
Malam lepas maghrib, terus la kita godek godek sebab nak order juga.
Okei, memang bahaya ya app Zus ni.

11.11
Kalau baca info,katanya 1 cup dapat harga RM6.60. tapi ada list untuk air jenis apa je.


11.11 a
Tapi, takkan lah nak order 1 je.
Order lah 3 item.
Linda punya iced buttercreme tu.
IncikSuami Linda pilih kan double espresso tu. Nasib baik dia kata boleh tido malam.hahaha
Lepas tu, pilih juga sandwich tu.
Memang ada promo sampai 30Nov.

11.11 b
Kalau ikut, amaun sebenar RM31.02.
Tolak diskaun RM6.60.
Linda bayar RM24.40.

11.11 c
Yeay, dah pickup.
Tapi, kenapa meja Mixue?
Sebab habuan anak 4 tu pun ada juga.

11.11 d
Suka matcha atau suka kopi?

11.11 e
Sedap.
Boleh repeat.

11.11 f
Tinggal perisa Boba dengan coklat Oreo je.
Strawberi dengan mangga habis.

Janji Mixue.
Anak 4 on je.

Semalam merempit je dengan abang Mueez, senang sikit cari parking.
Kalau yang tahu, area Selayang Mall tu, memang berchenta cari parking.
Kalau naik kereta, better ada orang lain drive. Jadi boleh drop off je.

Dah, tutup mata je lah dengan Zus ni.
Lepas gaji pulak. Hahaha.

Till then, see ya.

Tuesday, October 14, 2025

.: PERTAMA KALI, ZUS COFFEE :.

Assalamualaikum.

jumaat, 10.10.2025 - orang lain dah berkali kali ye..
linda baru pertama kali..hihihi

beli pun sebab download app zus tu sebelum tarikh lahir hari tu.
sekali dapat voucher buy 1 free 1 untuk kek.
dok belek-belek, ada lagi 4 hari tarikh nak redeem.
jadi, moh la kita gunakan.

order through apps, delivery sampai pejabat.
dalam 30-35 min dah sampai, Alhamdulillah.

tisu pun sayang nak guna macam nie.

beli juga cookies.
bagi dekat abang Mu'az
linda pun tak rasa, sedap lah tu...dia boleh habiskan.

kotak kek.
amik kek lobak merah dengan kek coklat.
2 pilihan tu je yang ada pun.
yang coklat bagi dekat Izzah.
nak bawa balik rumah pun, tak cukup nanti.. kikiki

linda macam biasa la nak try kek lobak merah nie.
Alhamdulillah, sedap.
tapi, tetap tak boleh lawan SR juga.
mungkin sebab banyak kekacang dalam kek lobak merah SR tu

alang-alang kan, order la air sekali.
linda ambil Zus Gula Melaka.
sedap, rasa gula melaka tu.
pahit2 kopi nya pun terasa.

total RM33 untuk 4 item tu.

nie tengok dekat apps ada free cup Zero latte...
tapi kena walk in, terhad pada 100 cup je..
dari pagi sampai 11 am kot.
blogger pencita kopi semua, mesti tau dah promo nie.

sedap juga kopi Zus nie, sekali sekala boleh la beli.
nanti nak belanja kids yang bukan kopi punya la..
tengok air mangga dia pun menyelerakan.

till then, see ya.

Tuesday, August 12, 2025

.: LUNCH HARI NIE :.

Assalamualaikum.

Petang semalam, dah rasa selsema.
Balik rumah, incikSuami tegur "baru puasa sehari dah demam"..hahhaa.
Malam tadi, lepas Isyak, makan pil selsema, vit C sekali..terus ambil kedudukan, tidur.

Bangun pagi tadi, rasa tak sedap tekak.
Layan je lah, selagi boleh kerja, lagipun Linda tak kerja dalam aircond, so ok je.
Sampai pejabat, dok buat² kerja..lepas tu tak boleh tahan, telan la Panadol 2 biji.
Mula lah Aloq, tapi ikut juga staff konsesi buat pembaikan dekat asrama.

Tengah hari, perut dah menyanyi lapar, tapi malas nak keluar cari makan.
Tidur dulu la lunch hour tu, nanti baru fikir makan.
Dah bangun tidur, solat zohor.
Moh la kita order food panda .

Maka ber "family mart" la kita.

Tekak teringin nak hirup kuah tomyam panas², oden FM la penyelamat.

Kopi ais syatuu.
Nie ubat sakit tekak nama dia.

Lunch hari nie Oden + kopi ais.
Nasib baik lah dok sorang² dekat pejabat, makan lepas lunch hour pun ok je.
Janji ada je dalam pejabat.

Macam tau² je esok Linda nak cuti.
Harap² tak berpanjangan lah tak sihat nya ni.

Till then, see ya..

#tadi rasa dah publish lain, cek pula dekat HP lain pula keluar.jadi,menaip semula lah kita.

 

Thursday, April 17, 2025

.: KOPI SAIGON @ HOSPITAL SELAYANG :.

Assalamualaikum

weyh, orang lain dah lama pergi...
ku baru pergi semalam
ada Kopi Saigon dekat kafe Hospital.
patot lah dok tengok status wasap boss ngan nurse yang duduk asrama sama je gambarnya.

jadi, semalam linda pun pergi lah try

order sini

tunggu sini pula.
ramai juga yang membeli kopi nie rupanya.
tapi memang harga marhaenlah kopi nie.
dekat hosp ada satu lagi kedai kopi - Gloria Jean's, linda pun tak pernah pergi sini.
kat belah mana ntah outlet nya pun. haaha

yeay dapat dah..
linda selalu beli Kopi Saigon ori je..
takde tambahna apa-apa
rase, boleh lah.
tapi tak sesedap Kopi Saigon dekat Lotus Rawang.
2 tempat nie je lah yang linda pernah cuba pun.

so, nak repeat ke??
tak kot..hahaha
beli air nescafe tarik yang bancuh dlaam kafe tu lagi sedap..
kikiki.

till then, see ya.