Assalamualaikum.
Jumaat, 27.02.2026 - balik Tronoh hari tu.
Naik bas, nak p MRT. Singgah AEON Kepong dulu. Nak cari bekal untuk berbuka puasa.
Beli zus coffee.
Guna tumbler dia lah, isi dalam tu je senang nak bawa.
Lepas tu, beli roti je dekat kedai roti Boheme, yang selalu dekat AEON tu.
Sambil menunggu ETS.
Ni train ke Tanjung Malim.
Train sampai 7.35malam, dah azan dulu.
Jadi sedut air je lah.
Beli Capuccino, pahit.. hahaha.
Sampai Batu Gajah pukul 9.35malam.
Jenuh pasang telinga, Speaker ketapi tak kuat pula.
Sampai stesen, dah turun ketapi, kalut beratur nak keluar.
Keluar² je, terus dedek panggil ibu.
Terkejut ibu, dedek dah sampai.
Sebelum sampai rumah, singgah kedai makan.
Beli tomyam untuk bersahur.
Sedapnya teh ais.
Order keropok lekor sekali.
Sampai rumah dalam 10.30 malam.
Yang ikut dedek je, abang Mueez dengan kak M tunggu rumah je.
Beli zus, dapat sampul duit raya free.
Ada 3 pcs je dalam 1 paket tu.
Kertas memang tebal, premium la.
Takde min purchase, selagi stok masih ada.
Till then, see ya.





Tu la nampak cantik sampul tu tapinya macam malas nak minum kopi puasa ni. Tahun lepas dekat raya masih ada sampul. Sebelum ni sambul Zus macam pelik2 gambarnya.
ReplyDelete