Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label tumbler. Show all posts
Showing posts with label tumbler. Show all posts

Friday, December 26, 2025

.: BUY 1 FREE 1 :.

Assalamualaikum.

Peminum kopi tegar Zus mesti perasan promo ni.

Buy 1 Free 1 item merchandise dari Zus.

linda pun tak ketinggalan juga, hihihi.
berbaloi la untuk beli tumbler Zus nie.

Isnin, 22hb hari tu sampailah parcel nya.
linda cuti kan, jadi hari ni baru dapat buka dan tengok parcelnya.

besar betul kotaknya.

haa.. 2 coit nie je.

lawa la kotak nya.
kira harga seketui RM39.50.
dah ada hadiah birthday untuk kak Mas tahun depan. hihihi.
bagi tumbler zus nie je lah.
nampak lah Wow sikit.. hahaha.

dalam banyak2 warna.
yang ni pilihan hati.
tak tau la kenapa.. hahaha.

dah siap daftar tumbler dekat Zus.
yeay, boleh lah mengopi nanti.

antara alasan yang nak beli tumbler Zuss nie.
1- sayang nak buang plastik cup Zus tu.
2- dapat lah 10% diskaun setiap kali beli ayor zus
3- dapat lah menyumbang sikit kepada pemuliharaan alam semula jadi.
4- of course la sebab harga dia murah, B1F1 kan? kalau nak beli semata2 seketul tu RM79, linda berkira sikit.. hahaha.

nie bahagian penutup, getah dia merata masa mula2 nak buka tu.

linda letak dekat hujung penutup tu.
betul kan tempat dia kat sini?
siapa yang ada tumbler Zus, meh share kedudukan sebenar getah tu kat mana.. hihihi

till then see ya.