lovvu Dobbu

Monday, June 10, 2024

.: MESYUARAT KESATUAN PENYELIA ASRAMA KKMSM :.

Assalamualaikum

tak habis lagi urusan kita di Pulau Pinang
sambung dari entry nie

malam tu p carik makan dengan kak Sham, kak Aina, kak Aida dan kak Zatul
naik kereta kak Sham
mula-mula p cari Ekonomi Tomyam, tapi dah tutup..
pindah ke tempat lain
lepas tu kak Aina pun waze lah Padang Brown
sekali dah sampai , dia bawak p Padang Brown Bak Kut Teh punya...aiyoo
terbahak-bahak kami ketawa dalam kereta

jalan ke depan sikit
jumpa lah Padang Brown yang betul
rupanya Padang Brown nie Medan Selera @ food court
macam-macam jenis makanan yang ada

gambar kredit dari SINI

sampai-sampai, nak cari parking satu hal
lepas tu nak cari meja nak duduk pun satu hal
lepas dah duduk, semua mai serbu , gtaw menu kedai masing-masing
sampai kita plak tergamam tak tahu nak pilih apa..

antara menu air yang ada

linda pilih markisa lemon RM4
takdelah masam sampai ngilu gigi
sedang-sedang elok ja
sedap

lepas tu order juga charkuetiow
tapi, tak kena tekak, terasa sungguh mamak punya style
bukan macam selalu
sebabkan lapar, habis je..
cuma linda makan dengan cili potong tu, buat hilang rase tak sedap tu..hahaha

Alhamdulillah, selesai makan
kitorang balik semula ke tempat penginapan (Ilkkm Pergigian)
sebab malam tu ada mesyuarat AJK kesatuan Penyelia Asrama
dalam pukul 10 lebih baru mula mesyuarat
Presiden pun baru sampai Airport pukul 10.30 malam, sampai Ilkkm dalam pukul 11 lebih

yang tengah-tengah tu tuan Presiden . Ariff...satu intake dengan Linda masa lapor diri
Alhamdulillah, rezeki dia tengah tunggu surat lapor diri ke jawatan baru, Penolong Perangkaan(tak pasti nama jawatannya) E29
Gembira untuk kemajuan diri Ariff, tapi sedih untuk kesatuan Penyelia Asrama.
sebab Ariff menjalan kan tugas sebagai tuan Presiden yang amat dedikasi
bukan nak cakap yang dulu tak berdedikasi, tapi yang dulu perempuan, susah sikit nak bergerak
kali nie dapat presiden lelaki, banyak lah kita nampak apa yang berlaku

comel je
terima kasih team penyelia asrama Ilkkm Pergigian, bagi tempat menginap, bagi tempat bermesyuarat

sebelum  habis mesyuarat, kita wefie satu kali
dekat 1.30 pagi baru habis mesyuarat
bunyi nya macam gah sangat nie, mesyuarat sampai pagi buta...
hihihi
cuma nya, sebab bermula lewat je...

esok kita sambung kursus pulak ya..

till then, see ya

18 comments:

  1. Errr tersalah bawa ke BKT.....alamak....kalau kuey tiaw basah sangat macam tu memang tak berapa suka. Suka kuey tiaw goreng kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin masa tekan lokasi tu tak perasan..nampak je Padang Brown, terus tekan...Linda pun suka yang goreng kering je..kalau CKT yang memang dah tau sedap, baru beli yang berkuah...

      Delete
  2. "buat hilang rase tak sedap tu" -- sipbaik ada cili penyelamat hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sib baik ada cili potong.. Kalau tak, memang tak makan habis pun

      Delete
  3. Ini yg dikatakan mesyuarat sampai dua hari hihii

    ReplyDelete
  4. Aduh. Char kuew teow style mamak habis la lari selera..

    ReplyDelete
  5. Akk pernah gi PB tu... Peniaga situ jenis rebut pelanggan, tak selesa :(
    Hebat betul meeting hingga ke dini hari :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tak seronok pulak jadinya..nak mikir pun tak sempat...hahaha....
      dasyat kan mesyuarat..gaya2 megah Holdings dah nie

      Delete
  6. yg penting happy2 jer dan mission accomplished

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu MZ... Alhamdulillah.. Santai2 je meeting nya

      Delete
  7. sy faham perasaan tu. sbb selalu terkena. kita nak ckt yg cm ni. bla smpi order dpt yg mcm tu... nk x nk kn mkn jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Tu yg jarang order CKT dekat tempat yang tak biasa... Hahaha

      Delete
  8. benonya pi meeting ni syok jmpa kenkawan je kann

    ReplyDelete