lovvu Dobbu

Tuesday, December 30, 2025

.: TAHNIAH MAYA SYAFIQAH :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 19.12.2025 - hari terakhir persekolahan.
Rezeki kak M pula dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah kelas KAFA kategori Kehadiran Terbaik Perempuan.

Sepantas kilat Linda pergi, lepas menjadi team koir jemputan untuk perhimpunan bulanan bulan Disember.

Team koir HRAD
Nah, belanja gambar team koir petang tu.

Untung juga motor ada 2 biji kome.
Senang nak merempit.
Mohon keluar pejabat 3.30-5.00 petang terus.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Sampai² jumpa incikSuami.. 
Terus wefie.
Nasib baik sempat lagi tengok kak M ambil hadiah.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Tahniah kak M

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Wefie pula dengan kak M.
Tahniah kak M.
Sebab tu lah ibu suruh pergi sekolah hari².
Rezeki kak M dapat kategori Kehadiran terbaik.. Alhamdulillah.
Mana tahu penyuntik semangat untuk buat yang lebih baik lagi untuk tahun hadapan..aamin.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Lawa plak nya.
Tapi yang ni takde tulis nama kelas pula..
Tahun dah ada elok dah.

Alhamdulillah, walau apa pun.
Ibu ayah tetap bangga dengan anak²..
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka..aamin.

Till then, see ya.

2 comments: