Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label jalanjalanjapan. Show all posts
Showing posts with label jalanjalanjapan. Show all posts

Sunday, December 1, 2024

. : JALAN JALAN JAPAN @ M3 MALL :.

Assalamualaikum.. 

Sambung entry semalam.. 
Dek kerana asyik lah baca dekat blog sis Nieza dan puan Hazel yang ke M3 Mall.. 
Linda pun ajak incikSuami ke sana. 

Tapi, takde pulak gambar M3 Mall nye. 

Turun je dari escalator, terus nampak JJJ.. 
Memang terus masuk lah.. 
Besar JJJ kat sini.. Hihihi.. 
Puas hati musing.. 

Linda dok kirai-kirai seluar jugak. 
Tapi tak terambik.. 
Tapi... 
Tak keluar dengan tangan kosong ya.. 
Ada je habuan anak 4 tu.. 

Abang Mueez jumpa bekas nie. 
Buat isi beyblade lah. 

Bila buka isi dalam. 
Ada cawan Abang Mu'az. 
Kotak bentuk buku kak M punya. 

Buka pula kotak buku tu. 
Ada keychain 5 ketul, dedek punya. 

Rezeki anak 4 hari nie. 
Alhamdulillah.. 

Lepas tu, ronda-ronda sampai bahagian bawah.
Then,naik semula makan di Nasi Lemak Recipe.. Next entry ya. 

Till then, see ya

Friday, November 8, 2024

.: JALAN JALAN JAPAN @ LOTUSS RAWANG :.

Assalamualaikum

baru lah sempat nak mengarang haa.
27.10.2024 lepas, pergi lah Jalan-jalan Japan dekat Lotuss Rawang
kalut lah kids nak menengok/menyelam beyblade dalam tu.
musim nya kembali pulak dah

ada barang baru sampai.

depan pintu masuk 
ada susunan terompah dan kimono jacket.
lama tak nampak terompah.

anak-anak dah melilau dalam tu.
linda pun cuci mata lah.
banyak pulak patung-patung jepun nie.
comel, cute je tengok.
ada harga mampu milik, dan ada yang lebih rm100 jugak.

linda share gambar yang linda snap.



RM80 sekali dengan box nie kot.
kaca dan frame kayu.
berat jugak.

cantik betul.
linda teringin nak pakai baju kimono yang betul2 macam nie.
jalan kene langkah kecik-kecik, tapi laju.

nie dah versi mak-mak.
sebab chubby sikit.. hahaha

dok gugel, rupanya anak-anak patung nie, ada keraian dia


boleh tekan link atas tu untuk details

eh, eh...jumpa tak beyblade tu??
ada, tapi tak banyak dah.
abang Mueez je beli beyblade, abang Mu'az beli kete stainless steel tu,
dedek pun sama, kak M menyelam dekat lautan keychain.

keluar je dari Jalan-jalan Jepun.

kak M terus tanya "ibu, kita takde makan-makan ke?"
ibu jawab lah "tadi kan dah kata cuci mata je, lepas tu balik lah"
kak M cakap "kakak lapar nie"

emmm, padahal linda dah siap masak nasi dekat rumah.
biasa lah anak-anak nie kan.
ok lah, ibu belanja makan dekat foodcourt je lah.


muka orang lapar lah sangat kononya.
naseb baik makan nasi ayam habis.
kalau tak, ibu jadi singa. hahaha

till then, see ya