Assalamualaikum.
Khamis, 30.04.2026 - balik Tronoh..
Naik bas di TBS, tiket kereta api sold out, jadi naik bas la.
Bas pukul 9.15malam.
Sampai TBS dalam 7.30malam.
Ramai orang malam tu.
Weekend panjang kan.
Jalan jem pun katanya, nak makan pun beratur.
Nak order Marrybrown, lambat que.
Menunggu orang order dekat mesin tu, lama beno dia buat pilihan.
Nak beli nasi kukus, pun menunggu juga.
Sudahnya ke 7 eleven lah kita.
Beli kopi gula aren + ayam goreng spicy.
Makan panas², memang berayor mata lah.
Ayam goreng nya.
Tunggu punya tunggu.
Bas Linda naik pun delayed juga.
Pertama kali kena delayed ni.
Bas trip 9.15malam, bas sampai 10.30malam.
Pertama kali naik bas Kesatuan, kononnya hari tu sebab trip awal sikit dari Arwana.
Sekali Lambert juga.
Tapi, memang jem pun atas highway.
Nak keluar dari TBS, driver lalu jalan Istana, mengemut kereta.
Nak ke utara, so keluar Tol Duta.
Lepas tu, bas ni ke Ipoh,Terminal Amanjaya dulu.
Baru lah hala ke Tronoh.
Eh, lawa pula gambar ni.
Bulan mengambang juga ni, gambar dalam bas. Hala ke Tronoh dah ni.
Sampai terminal Seri Iskandar pukul 5 pagi.
Balik rumah tak tido pun, risau terlajak..
Tunggu subuh, lepas tu buat sarapan wrap(bawa roti wrap dari Selayang).
Abang Mueez ada training bola sepak dekat sekolah, boleh la buat makan dulu.
Linda kirim nasi dagang dekat suami, rupanya kedai tu tak buka hari Jumaat.
Jadi suami beli nasi lemak, selesai makan, lepak² atas katil..
Nohh, lena sampai zohor..
Hahaha.
Till then, see ya.




Sepanjang Cuya hidup, Cuya pernah sekali seumur hidup pergi TBS sebab pergi bercuti ke genting highland bersama kawan baik Cuya.
ReplyDeleteMemang pengalaman takleh lupa sebab kita jarang2 dah naik bas hehe
ingt flight je delay...bas pn delay juga ye
ReplyDeleteCuti 3 hari masing² nak bercuti.
ReplyDeleteWalaupun naik bas tidur... bila sampai destinasi auto tidu macam takde hari esok. Dia punya penat tu lain macam.
for me yg dah menua ni, jem atas jln begitu meletihkan.
ReplyDelete