Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, June 5, 2026

.: AKTIVITI HARI CUTI :.

Assalamualaikum.

Kisah hari Rabu, 03.06.2026.

Petang ke Batu Gajah, pergi Majlis Daerah dan Pejabat Tanah untuk urusan menukar alamat surat menyurat.
Dulu guna alamat kem, ni dah pencen. 
Tukar la alamat.

Ada model rumah, rumah
Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dibesarkan ketika zaman persekolahan baginda, rumah itu terletak di No. 37, Jalan Aman, Kampung Bendera, Batu Gajah, Perak. Kini rumah tersebut dipelihara sebagai Rumah Kediaman Almarhum Sultan Azlan Shah dan dijadikan galeri/muzium yang memaparkan kisah hidup baginda dari zaman kanak-kanak hingga remaja.

Boleh masuk dalam list nanti ni, buat lawatan.

YB tengah isi borang.
Borang pertukaran alamat surat menyurat. Hihihi

Memang orang Perak Kome.
Tandasnya tulis Yeop dan Yong.

Petang pula, meneruskan aktiviti harian macam biasa.
Kali ni, keliling taman je lah. 
IncikSuami dok basuh kete.

Dedek teman sambil naik basikal.

Cukup lah tu, buat tambah² step.. hihi.

Malam. Kak M tunjuk aktiviti mewarna sempena AidilAdha hari tu.

Kalau boleh zoom, tengok la kak M tulis nama dia, sekali nama arwah atuk dan moyang nya. Hahaha.
Ada je idea dia.

Till then, see ya.

2 comments:

  1. Baru tahu tentang rumah Almarhum Sultan Azlan Syah dibesarkan. Mekasih atas perkongsian, Linda. Cayalah, rajin briskwalk, Linda ni. 👏👏💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² kak.. Linda pun baru tahu..nmpk model rumah tu dalam pejabat majlis..

      Delete