Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label bagandatoh. Show all posts
Showing posts with label bagandatoh. Show all posts

Saturday, July 11, 2026

.: BAGAN DATOK - MASJID TERAPUNG :.

Assalamualaikum.

Nak masuk penghujung dah cerita Sekinchan ni.
Lepas borong kerepek tu, terus je tuju Bagan Datuk, niat nak singgah solat dekat Masjid Tuminah Hamidi. 


Linda pernah la juga ke Dataran Bagan Datuk tu, tapi tak singgah la ke Masjid. Tak pernah pergi pun masjid nya.
Tengok je lah.
Jadi, ni pun kali pertama Linda ke situ.

Meh la tengok gambar apa je yang ada.

Bahagian kubah belah dalam.
Linda snap dari kawasan solat perempuan.

Ni bahagian luar kawasan solat perempuan.
Tapi, rasa nya digunakan untuk ruang solat juga.
Ada pembahagi pintu, jadi kalau ada anak² kecil, boleh la duduk sini.
Tak mengganggu la ruang solat.
Karpet tebal ni.

Ni dekat salah satu ruangan dekat bahagian luar.
Lawa sungguh la design dia.
Ayat Al-Quran dekat corak atas tu, cuma Linda tak ingat ayat apa.
Tapi. Memang yang common je lah.

Wefie dengan incikSuami.
Ada ruang tengah yang terbuka. 
Kalau masjid buat event, letak khemah dekat sini pun, muat 10 khemah rasanya.

Ada dewan juga rasanya.
Sebab masa Linda pergi ni, ada katering dan macam ada majlis kahwin buat dekat dewan tu.
Mungkin luas juga la ruangan dewan tu.

Minta adik ipaq snapkan gambar.
Kalau tengok gambar masjid dekat belakang tu.
Tempat yang Linda solat, kalau tak silap dekat kubah yang besar sikit tu.
Yang sebelah kiri.

Alhamdulillah, selesai dekat sini.
Kami teruskan perjalanan balik Taiping, potong terus dekat Jambatan Sultan Nazrin Shah.

Jambatan yang merentasi Sungai Perak.
Dari Bagan Datuk terus sampai ke kawasan Sejagop.

Kalau dari Pasir Salak atau Manjung nak ke Bagan Datuk, dah tak payah pusing jauh.
Ada jambatan ni, memang jimat masa sejam juga lah.

Kalau sampai Perak, boleh la cuba jambatan baru ni.
Sekarang ni Linda tunggu satu lagi jambatan siap.
Yang menghubungkan Sg Air Tawar, Selangor ke Hutan Melintang, Perak.
Saja nak tengok tembus mana ke mana.
Banyak perubahan berlaku dari Linda kecil sampai ke besar ni.

Till then, see ya. 
 

Tuesday, December 23, 2025

.: URUSAN PERTUKARAN SEKOLAH :.

Assalamualaikum.

Cuti bukan saja² berehat.
Cuti ada urusan yang perlu diselesaikan.
2 hari Linda dan suami selesaikan urusan perpindahan sekolah anak²..
Alhamdulillah, masing² dah diterima ke sekolah yang dimohon.
Cuma abang Mu'az lah, permohonan asrama dia masih hanging..
Moga dapat lah asrama, takde lah ibu runsing.

Isnin,22.12.2025 - ke Pejabat Pendidikan Daerah Bagan Datuk.

PPD Bagan Datuk
Alhamdulillah, urusan dipermudah.
Pegawai luluskan permohonan tanpa banyak soal.

SMK Seri Perkasa
Terus ke sek yang dimohon, untuk hantar borang kelulusan serta fail pelajar.
Hantar sekali borang permohonan asrama, sek ni ada asrama, tapi limited lah.
Tengok maklumat murid dalam pejabat pun, pelajar lelaki lagi banyak dari perempuan.
Selalunya, perempuan lagi ramai dari lelaki.

Sek ni, memang abang Mu'az request.
Dengan alasan "Mu'az tak nak cari kawan baru lah ibu".
Kebanyakan yang sekolah sini, kawan2 dia dari sek kampung juga.
Kan pernah sekolah dekat kampung selama setahun.

Tapi, syarat ibu, kena duduk asrama lah.
Kalau ulang alik, tak daya ibu nak pantau.
Kakek dengan embah pun tak larat nak tengok.

Selasa,23.12.2025 - ke Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan pula.

PPD Kinta Selatan
Urusan sek adik² yang akan bersekolah di Tronoh.
Ramai yang berurusan di PPD ni.
Sampai² peg tanya "dah tanya sek yang dimohon ni, ada kosong ke tak?"
Eh, tak tahu pula kita kena telefon sek dulu.
Nasib baik peg tu mudahkan urusan.
Beliau yang tolong telefon kan sekolah untuk pengesahan.
Alhamdulillah, dapat sekolah yang dimohon.
Ke sekolah pula untuk hantar surat kelulusan dan fail peribadi.

Kecil je sekolahnya, vibes sekolah luar bandar, tapi murid ramai.
Sekolah ada 2 sesi.
Dedek tahap 1, sesi petang.
Kak M dan abang Mueez tahap 2, sesi pagi.

Semoga dimudahkan urusan kami sekeluarga tahun hadapan.
Semoga tahun 2026, permohonan pertukaran Maslinda binti Miswan diluluskan ke Tronoh, Aamin.

Share sini sek baru anak² di Tronoh.

Till then, see ya.

P/s - kali ni,urusan pertukaran sekolah, Linda serah dekat incikSuami je, dia yang ke sekolah, sediakan dokumen semua.

 

Monday, March 25, 2024

. : JAMBATAN BAGAN DATOH, PERAK :.

Assalamualaikum... 

Sunyi je kan Linda weekend nie
Alhamdulillah, dapat balik kampung, berbuka, bersahur dengan mak bapak, kakmas, adik, amar.. 

Sekali daaa... 
Hari ahad tu.. 
Boleh elektrik takde dari lepas subuh smpai dua petang.. 
Bebudak nie dok kecek lah.. 
"jom lah ibu, ajak ayah jalan2 naik kereta, jalan je, tak payah berenti beli apa2" 

Maka, Linda pun ajak lah incikSuami
Berjalan sambil naik sekali lagi jambatan bagan datoh tu.. 
Ritu lalu malam, tak puas hati tak nampak.. 

Belum sampai jambatan, dah selamat tido.. 
Dedek dok depan ngan Linda
Kak M dekat belakang sekali haa.. 

Kitorang stat naik dari belah bagan datoh

Panjang nya nak merentasi kebun sawit je, sebelum sampai sungai Perak

Nie dah lalu atas sungai
Nampak sungai pun panas je haa
Merentas sungai, sekejap je. 
Yang lama nya, nak merentasi kebun tu haa

Yang ada anak panah tu jambatan nya.. 
Nie dah pusing balik ke jalan arah Teluk Intan

Mengimbau lah kenangan.. 
Lalu depan sekolah Linda zaman sekolah dulu2

Sekian, cerita di hari ahad
13 Ramadhan

Till then, see ya