Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label harisukan. Show all posts
Showing posts with label harisukan. Show all posts

Tuesday, May 5, 2026

.: HARI SUKAN SKT :.

Assalamualaikum.

cerita lambat bersiaran ni.
Sabtu, 25.04.2026 - hari sukan Sek kebangsaan anak-anak.
memandangkan kak M dan abang Mueez masuk acara.
jom la kita pergi untuk meraikan.

sesi pembukaan, perbarisan masuk padang.
sikit je kan??
tapi, itu bukan mewakili keseluruhan murid sekolah nya.
ni murid yang terlibat dengan hari sukan je, yang masuk acara pada hari tu.
selain dari tu, memang cikgu dah maklum, tak perlu hadir pun takpe.

salah satu sebab nya, cikgu nak memaksimum penggunaan waktu.
sebab separuh daripada padang tu, tengah berlansung aktiviti pembinaan bangunan baru bertingkat untuk menampung pelajar yang semakin ramai.
walaupun masa ni, takde kerja2 sedang dilakukan, tapi langkah berjaga-jaga terpaksa ambil.

ini je gambar abang Mueez yang ada.
tahun lepas di sek lama masuk perbarisan.
tahun ni, masuk persembahan silat dan bacaan ikrar pula.
boleh la masuk markah koku nanti.

gambar larian, linda tak ambil pula.
ada video je.
jadi, terus la ke acara penyampaian hadiah.

waktu ni tengah beratur untuk ambil hadiah.

kak M dan team tahun 4 rumah biru.
acara 4x100m dapat tempat kedua.
hebat juga kak M boleh potong pelari rumah lawan.
tudung tu beli semata mata hari sukan.
cikgu suruh pakai tudung warna biru katanya.
padahal orang lain, berwarna warni tudung nya.. hahaha.

abang Mueez dan team tahun 6 rumah kuning.
acara 4x100m dapat tempat pertama.
abang Mueez paling tinggi antara kawan-kawan yang lain.

tengok dekat gambar tu.
belum pukul 11 pagi, dah selesai acara untuk hari sukan.
ni, abang Mueez tolong cikgu kemas-kemas padang.
cikgu pula serba salah dengan linda siap cakap "puan, kalau nak bawa Mueez balik, boleh je"
alaa, kita pun takde rushing p mana, biar lah dia tolong cikgu pun.

salah satu yang linda suka dekat sekolah luar bandar, cikgu akan kenal semua anak murid dia.
insyaAllah, lagi-lagi yang tak reti duduk diam macam abang Mueez tu.
semoga yang baik-baik je untuk anak-anak.
belajar untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.

#adabdulubaruilmu.

till then, see ya.

Tuesday, July 30, 2024

. : HARI SUKAN SKSJ 2024 :.

Assalamualaikum

rasanya baru je hadir hari sukan SKSJ tahun lepas -entry nya-
nie dah hadir untuk tahun 2024 pulak
sekejap je masa berlalu
salah satu tanda akhir zaman, tapi kita manusia biasa tetap lah lalai
semoga kita terus istiqamah dalam mempersiapkan diri untuk bertemu Sang Pencipta, Aamin

hari Jumaat - 26.07.2024
sukaneka untuk Tahap 1

kak M dah bersedia dalam barisan 
tahun nie kak M masuk 1 acara je.

nak main dah nie
kak M masuk acara tarik bola dalam gelung
tapi, tu lah, tak amik gambar pulak
nak share video malas pulak nak upload

dapat jugak lah medal..
sebab ada 3 team je yang lawan
dapat no 3, dapat lah medal..hihihi

next pulak, hari sabtu - 27.07.2024
hari sukan untuk tahap 2 pulak

team rumah biru - buah blueberry


Mueez masuk acara 4x100m
tapi, takde rezeki nak dapat medal

team rumah kuning - buah nenas

abang muáz masuk acara tarik tali

dapat lah medal, sebab naik johan

rumah kuning mengungguli, Johan sukan tahun 2024

tahun depan kena datang lagi lambat lah..hihihi
anak dah darjah 5, acara hujung-hujung nuh
datang awal-awal pun, stress kita menunggu..hahaha

tapi, yang buat linda tercuit hati nie
sambil-sambil dok tunggu acara, ada pulak pelajar perempuan tegur linda
ingatkan nak tegur pasal apa..
rupanya dia suruh linda pilih calon menantu..
sape yang fofular sangat nie..
harus lah BIRTHDAY BOI semalam
ya Allah, betapa sempoinya, berani nak tegur acik nie haa...
dulu kita suka pun, diam-diam je...
acik tak tahu nak gelak ke, nak jawab soalan ke...
semoga masing-masing membesar dengan baik, jadi anak solehah, berjaya dunia dan akhirat, Aamin

till then,see ya