Assalamualaikum.
Hari tu kan, macam bosan sangat nak tengok cerita apa..dok godek² la. Last² terjumpa Sihir Pelakor. Pelakor ni singkatan bagi perebut laki orang (ikut Indonesia). Sinopsis Linda ambil dekat Google sahaja.
Kisah benar "Sihir Pelakor" diangkat daripada pengalaman ngeri Novita Indriani (Vita) yang viral melalui podcast RJL5. Ia mengisahkan kemusnahan rumah tangga akibat ilmu hitam "Sabdo Pandito" yang digunakan oleh orang ketiga. Sihir ini menyebabkan keluarga Vita mengalami teror mistik dan kehilangan ayah selama 1.5 tahun.
- Asal Usul: Kisah ini diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2002 dan tular di media sosial sebelum difilemkan.
- Sabdo Pandito: Ilmu sihir kuno Jawa ini digunakan untuk mempengaruhi akal fikiran dan memecahbelahkan keharmonisan keluarga.
- Kesan Sihir:Keluarga mangsa mengalami gangguan fizikal dan mental yang ekstrem akibat perbuatan pelakor (perampas laki orang) tersebut.
- Adaptasi Filem: Kisah ini diangkat menjadi filem seram/drama yang menonjolkan realiti sosial, pengkhianatan, dan kesan mistik terhadap keluarga.
nie la yang orang kata kena berjaga jaga juga, bukannya kita nak sorok family. tapi tu la hakikat sekarang, nampak helok sikit.baik, sopan. tak kisah la siapa punya, dia nak juga, kikiki. minta dijauhkan la dari family kita dan keturunan kita, samada jadi mangsa ataupun pemangsa.
ending ceritanya, family Vita berjaya mematahkan dan membalikkan semula sihir tu kepada yang menghantar. tapi kan, macam tak sesiai untuk ditonton bersama anak-anak.
till then, see ya.

No comments:
Post a Comment