Assalamualaikum.
Hari tu kan, macam bosan sangat nak tengok cerita apa..dok godek² la. Last² terjumpa Sihir Pelakor. Pelakor ni singkatan bagi perebut laki orang (ikut Indonesia). Sinopsis Linda ambil dekat Google sahaja.
Kisah benar "Sihir Pelakor" diangkat daripada pengalaman ngeri Novita Indriani (Vita) yang viral melalui podcast RJL5. Ia mengisahkan kemusnahan rumah tangga akibat ilmu hitam "Sabdo Pandito" yang digunakan oleh orang ketiga. Sihir ini menyebabkan keluarga Vita mengalami teror mistik dan kehilangan ayah selama 1.5 tahun.
- Asal Usul: Kisah ini diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2002 dan tular di media sosial sebelum difilemkan.
- Sabdo Pandito: Ilmu sihir kuno Jawa ini digunakan untuk mempengaruhi akal fikiran dan memecahbelahkan keharmonisan keluarga.
- Kesan Sihir:Keluarga mangsa mengalami gangguan fizikal dan mental yang ekstrem akibat perbuatan pelakor (perampas laki orang) tersebut.
- Adaptasi Filem: Kisah ini diangkat menjadi filem seram/drama yang menonjolkan realiti sosial, pengkhianatan, dan kesan mistik terhadap keluarga.
nie la yang orang kata kena berjaga jaga juga, bukannya kita nak sorok family. tapi tu la hakikat sekarang, nampak helok sikit.baik, sopan. tak kisah la siapa punya, dia nak juga, kikiki. minta dijauhkan la dari family kita dan keturunan kita, samada jadi mangsa ataupun pemangsa.
ending ceritanya, family Vita berjaya mematahkan dan membalikkan semula sihir tu kepada yang menghantar. tapi kan, macam tak sesiai untuk ditonton bersama anak-anak.
till then, see ya.

Patut duk nampak orang tulis pelakor. Ingatkan typo. Hahha
ReplyDeleteHahaha..Linda memang sedia maklum, pelakor tu dari bahasa Indonesia, cuma tak jumpa maksud yang panjangnya..
DeleteLinda tengok movie-nya kat mana? Seram juga cerita sihir-sihir ni. Based on true story pula. Minta dijauhkan la, dari keluarga kita semua.
ReplyDeleteLinda tengok dekat LokTv kak..cuba kak cari kat playstore..apps yang murah sikit dari Netflix..hihi..
DeleteSyaitan tak pernah berhenti mengganggu manusia, kitalah kena sentiasa berwaspada. Lagi pulak di zaman medsos ni, nak berkongsi apa-apa kena fikir lebih.
ReplyDeleteBetul kak ujie..kalau org nmpk dosa pahala...semua baik je kat dunia ni.. syurga itu mahal
DeleteKena amalkan doa dilindungi dari penyakit ain:
ReplyDeleteأَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
Tak semua org yg tgk kebahagiaan kita dengan hati yg suci murni. Semoga kita semua terlindung dari perasaan hasad dengki dan cemburu orang sekeliling 🤲🏻
Terima kasih carneyz..berkongsi ilmu... Aamin, moga² terlindung ..
DeleteAda je nampak dekat Netflix tapi belum ada kesempatan nak tengok lagi sebab anak2 lebih suka tengok filem seram dari Thailand sebab kelakar + seram berbanding Indonesia. Nanti boleh tengok ni, boleh review - kalau ada masa..
ReplyDeleteHahaha..kalau Thailand memang kelakar...
DeleteIndonesia banyak citer mistik dan kadang citer benar yang mistik. Semuga kita dijauhkan lah dari manusia yang suka merampas kebahagiaan orang lain.
ReplyDeletebetul, banyak diadaptasi dari siri podtcast diorang..
Deleteaamin, linda aminkan doa akak
Kenapalah nak merebut orang punya ya....moga dijauhkan dari benda2 macam ni. Scary....
ReplyDeleteikut nafsu, macam tu la kak.. semoga dijauhkan dari terkena kita..aamin
Deletetak berani nk tgk sbb risau ter-emo lebih =D
ReplyDeleteTakde adegan cara² orang ketiga menggedik..tapi, lebih kepada effect sihir tu kepada family Vita.
DeleteCerita indon ni extreme... en suami x suka kalau sy tgk ceta indon.. hihihi... tp sy kalau layan ceta selain ceta korea mmg tv yg tgk sy akhirnya
ReplyDeleteSaya tengok sebab bukan bersiri..hihi.. tapi memang extreme pun yang ni
Deletekalau kat netflix ada gak cerita lebih kurang camni. tapi pembantu rumah tu yg cuba nk rampas laki orang. tak ingat apa nama tajuk citer tu, tapi maid tu nama Asih. citer yg sama ke?
ReplyDeleteLain..ni memang tajuk dia sihir pelakor..dan org ketiga nya pelanggan salon mak Vita
DeletePelakor.. banyak perkataan Indonesia yang disingkatkan. Pertama yang akak tau wartel.
ReplyDeleteBagus juga..takde la panjang no nak menulis..hihihi
DeletePelakor, lalu ada pebinor kak. . Pebinor: Perebut Bini Orang. Ini laki2 yg merebus istri orang lain lah 🤣🤣.
ReplyDeleteMemang orang Indonesia suka menyingkat perkataan supaya mudah diingat. Sebenarnya berawal dari sekolah, guru2 suka menyingkat apapun, Krn anak2 memang lebih mudah menghapal jika ada singkatan yg mudah diingat dan unik.
Saya tak menonton horror yg temanya sihir dalam rumah tangga. Takuuut. Jadi drpd overthinking saya memilih skip 😫
Pebinor pun ada.. hihi.. bagus la cikgu nya, bisa akronim kan ayat atau perkataan, jadi senang anak muridnya..
DeleteKalau kak Linda, genre yang tidak suka tengok tu, Zombie.. hihihi
Minggu lepas CCL betkesempatan tengok movie sihir pelakor ni ..best tapi tak ada laa seram sangat .
ReplyDeleteBetul, takde la seram sangat..seronok..
Deletesuspens jap tgk ejaan pelakor hahahah
ReplyDeleteKikiki..bahasa Indonesia kan..banyak short form nya
Delete