Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, February 18, 2026

.: BALIK TAIPING :.

Assalamualaikum.

Ahad, 15.02.2026 - balik Taiping minggu ni, kebetulan ada kenduri akikah sepupu Sabtu, 14hb tu.

IncikSuami nak cuci kete, Linda sibuk nak ngikut.
Anak² pun dok bahan ibu dia "ayah nak cuci kete pun nak ikut".. 
Hahaha, biarlah..orang nak spend time Ngan suami sendiri.

Balik Taiping
Letak kereta dekat carwash, p makan sat.
Soto dia, Emm..tak menarik.
Rasa pekat sangat kot.
Memang Linda makan isi dia je, tak hirup kuah pun.

Balik Taiping
Haa, bukti basuh kete ye.
Bukan sesaja keluar.

Balik rumah, terus ajak MIL dengan SIL pergi hospital, nak melawat Pak Jang.
Diserang strok buat kali ketiga pada Rabu minggu lepas tak silap.

Hospital Taiping
Snap gambar wad.
Wad B2.

Hospital Taiping
Ni pun wad juga.
Tahun lepas melawat Farah anak Pak Jang.

Hospital Taiping
Alhamdulillah, Pak Jang sedar, boleh makan minum seperti biasa.
Cuma badan, kaki dan tangan lemah.
Tak boleh bergerak.
Semoga Pak Jang cepat sembuh..aamin.
Tu ada Mak Ngah hujung tu.
Pak Jang adik ipar MIL.

Selesai dekat hosp, menuju ke AEON Taiping pula.
Ramai orang, nasib baik tak lama musing cari parking.

Mueez beli Beyblade
Abang Mueez kalut nak Beyblade lagi.
Ibu tanya ada duit tak?
Ada RM10 je katanya.
Haa, meh bagi ibu duit tu.
Tak cukup ibu tambah. Tu yang suka sangat tu.
Ibu tambah RM10 juga la, beyblade tu RM19.90.
Lepas tu, sibuk dok tengok² gelanggang dia, tak payah. Dekat rumah tu ada 3, 4 jenis gelanggang.
Mainnya bukan selalu pun, bila teringat je.

Ibu cuti raya cina ni, laju duit mengalir macam air.
Nasib baik lah balik Selayang dah puasa.
Jimat la sikit duit beli makanan..hihi.

Di kesempatan ini, linda ingin mengucapkan, selamat menyambut Ramadan Al Mubarak.
Semoga kita semua merebut pahala di bulan Ramadan.
Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita bertuah kerana dikurniakan dengan bulan Ramadan, segala ibadah yang kita lakukan pada bulan ini, akan dilipat kali gandakan pahalanya. Maka, jangan lah kita sia² kan.

Till then, see ya.

1 comment:

  1. Hehebe biarlah sesekali mak nak dating ngan ayah😍
    Semoga Pak Jang dikurniakan kesembuhan

    ReplyDelete