Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, February 10, 2026

.: SIHIR PELAKOR :.

Assalamualaikum. 

Hari tu kan, macam bosan sangat nak tengok cerita apa..dok godek² la. Last² terjumpa Sihir Pelakor. Pelakor ni singkatan bagi perebut laki orang (ikut Indonesia). Sinopsis Linda ambil dekat Google sahaja.


Kisah benar "Sihir Pelakor" diangkat daripada pengalaman ngeri Novita Indriani (Vita) yang viral melalui podcast RJL5. Ia mengisahkan kemusnahan rumah tangga akibat ilmu hitam "Sabdo Pandito" yang digunakan oleh orang ketiga. Sihir ini menyebabkan keluarga Vita mengalami teror mistik dan kehilangan ayah selama 1.5 tahun.


Berikut adalah butiran mengenai kisah benar tersebut:
  • Asal Usul: Kisah ini diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku sekitar tahun 2002 dan tular di media sosial sebelum difilemkan.
  • Sabdo Pandito: Ilmu sihir kuno Jawa ini digunakan untuk mempengaruhi akal fikiran dan memecahbelahkan keharmonisan keluarga.
  • Kesan Sihir:
     Keluarga mangsa mengalami gangguan fizikal dan mental yang ekstrem akibat perbuatan pelakor (perampas laki orang) tersebut
    .
  • Adaptasi Filem: Kisah ini diangkat menjadi filem seram/drama yang menonjolkan realiti sosial, pengkhianatan, dan kesan mistik terhadap keluarga.

nie la yang orang kata kena berjaga jaga juga, bukannya kita nak sorok family. tapi tu la hakikat sekarang, nampak helok sikit.baik, sopan. tak kisah la siapa punya, dia nak juga, kikiki. minta dijauhkan la dari family kita dan keturunan kita, samada jadi mangsa ataupun pemangsa.

ending ceritanya, family Vita berjaya mematahkan dan membalikkan semula sihir tu kepada yang menghantar. tapi kan, macam tak sesiai untuk ditonton bersama anak-anak.

till then, see ya.

28 comments:

  1. Patut duk nampak orang tulis pelakor. Ingatkan typo. Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Linda memang sedia maklum, pelakor tu dari bahasa Indonesia, cuma tak jumpa maksud yang panjangnya..

      Delete
  2. Linda tengok movie-nya kat mana? Seram juga cerita sihir-sihir ni. Based on true story pula. Minta dijauhkan la, dari keluarga kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda tengok dekat LokTv kak..cuba kak cari kat playstore..apps yang murah sikit dari Netflix..hihi..

      Delete
  3. Syaitan tak pernah berhenti mengganggu manusia, kitalah kena sentiasa berwaspada. Lagi pulak di zaman medsos ni, nak berkongsi apa-apa kena fikir lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak ujie..kalau org nmpk dosa pahala...semua baik je kat dunia ni.. syurga itu mahal

      Delete
  4. Kena amalkan doa dilindungi dari penyakit ain:
    أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ
    Tak semua org yg tgk kebahagiaan kita dengan hati yg suci murni. Semoga kita semua terlindung dari perasaan hasad dengki dan cemburu orang sekeliling 🤲🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih carneyz..berkongsi ilmu... Aamin, moga² terlindung ..

      Delete
  5. Ada je nampak dekat Netflix tapi belum ada kesempatan nak tengok lagi sebab anak2 lebih suka tengok filem seram dari Thailand sebab kelakar + seram berbanding Indonesia. Nanti boleh tengok ni, boleh review - kalau ada masa..

    ReplyDelete
  6. Indonesia banyak citer mistik dan kadang citer benar yang mistik. Semuga kita dijauhkan lah dari manusia yang suka merampas kebahagiaan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, banyak diadaptasi dari siri podtcast diorang..
      aamin, linda aminkan doa akak

      Delete
  7. Kenapalah nak merebut orang punya ya....moga dijauhkan dari benda2 macam ni. Scary....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut nafsu, macam tu la kak.. semoga dijauhkan dari terkena kita..aamin

      Delete
  8. tak berani nk tgk sbb risau ter-emo lebih =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde adegan cara² orang ketiga menggedik..tapi, lebih kepada effect sihir tu kepada family Vita.

      Delete
  9. Cerita indon ni extreme... en suami x suka kalau sy tgk ceta indon.. hihihi... tp sy kalau layan ceta selain ceta korea mmg tv yg tgk sy akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tengok sebab bukan bersiri..hihi.. tapi memang extreme pun yang ni

      Delete
  10. kalau kat netflix ada gak cerita lebih kurang camni. tapi pembantu rumah tu yg cuba nk rampas laki orang. tak ingat apa nama tajuk citer tu, tapi maid tu nama Asih. citer yg sama ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain..ni memang tajuk dia sihir pelakor..dan org ketiga nya pelanggan salon mak Vita

      Delete
  11. Pelakor.. banyak perkataan Indonesia yang disingkatkan. Pertama yang akak tau wartel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga..takde la panjang no nak menulis..hihihi

      Delete
  12. Pelakor, lalu ada pebinor kak. . Pebinor: Perebut Bini Orang. Ini laki2 yg merebus istri orang lain lah 🤣🤣.

    Memang orang Indonesia suka menyingkat perkataan supaya mudah diingat. Sebenarnya berawal dari sekolah, guru2 suka menyingkat apapun, Krn anak2 memang lebih mudah menghapal jika ada singkatan yg mudah diingat dan unik.

    Saya tak menonton horror yg temanya sihir dalam rumah tangga. Takuuut. Jadi drpd overthinking saya memilih skip 😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pebinor pun ada.. hihi.. bagus la cikgu nya, bisa akronim kan ayat atau perkataan, jadi senang anak muridnya..
      Kalau kak Linda, genre yang tidak suka tengok tu, Zombie.. hihihi

      Delete
  13. Minggu lepas CCL betkesempatan tengok movie sihir pelakor ni ..best tapi tak ada laa seram sangat .

    ReplyDelete
  14. suspens jap tgk ejaan pelakor hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kikiki..bahasa Indonesia kan..banyak short form nya

      Delete