Assalamualaikum.
Ahad, 08.02.2026 - menghadiri event babyRuz kelab PRAC dekat Restu Ibu,Hulu Yam, Selangor.
Gerak dari Tronoh 6 pagi, Subuh di jalanan.
Masuk je highway, Linda tidur sampai lah keluar exit Tg Malim.
Sampai tempat event, dalam 8.15 pagi mcm tu.
Ada ahli bawa kek.
Memang "watak utama" la kek ni.
Susun² makanan.
Macam biasa lah potluck.
Bawa sorang sikit, terus jadi banyak.
Bawa meja dan kerusi.
Payung pun incikSuami bawak juga, tapi tak guna pun.
Sebab elok port kami pilih tak kena panas.
Abang Mu'az tak ikut, sebab tak sempat nak ambil dia dan tak nak kalut nak cepat² nak hantar dia masuk asrama pula.
Sesi pembukaan majlis.
Eh, tiba² incikSuami kena baca doa pula.
Alhamdulillah, boleh jadi ustaz lepas ni.kikiki..
Selesai sesi² baca doa, ada serah menyerah sticker baru juga.
Ini lah masa nak berkubang.
Masa pagi ni, air tak naik lagi.
Abang Mueez, yang berendam bertudung tu kak M.
Yang ni ada gambar dedek.
Kalau perasan, dekat tebing tu ada simen kan?
Dalam 11 lebih nk masuk tengah hari tu, paras air dah tinggi sikit, dah naik ke tebing simen tu.
Tapi, anak² mandi sekejap je.
Dalam sejam, dua gitu.
Sejuk katanya.. hahaha..
Memang lah sejuk, air sungai.
IncikSuami ambil job bakar ayam.
Dari mula sampai habis.
Ngelat dia, takmo main air.
Linda pun tak rajin pula nak berendam.
Lepak² jelah tengok² keliling.
Tapi, tak ambil gambar pun.
Restu Ibu ni ada chalet, dia macam tanah persendirian.
Tapi, boleh walk in untuk mandi sungai sahaja.
Parking kereta RM10 sekali masuk.
Kalau nak sewa chalet pun ada juga.
Boleh la cari dekat FB, tak dapat pula Linda nak share link.
Kawasan nya, bersih la.
Memang terjaga la.
Cuma macam chalet tu, tengok gambar macam style lama.
Boleh sewa siang saja, boleh juga untuk bermalam.
Harga lain² la.
Nak balik tu, incikSuami hantar Linda balik Selayang.
Sekali nak ambil barang² yang masih ada lagi.
Sekali, 30min je perjalanan dari tempat mandi manda tu ke Selayang.
Kalau tau dari dulu, memang tetiap minggu pergi mandi sungai.. hahaha.
Sabar jelah.
Sebab Linda dengan incikSuami bukan jenis redah je, tu yang tak jumpa tempat² mandi manda ni, padahal banyak je dekat² Selayang tu.
Takpelah, ada rezeki, kita sewa chalet Restu Ibu tu.
Bolehlah berkubang puas².
Till then, see ya.







sronok potluck lps tu mandi manda kt sungai plak
ReplyDeleteAlhamdulillah...sorang bawa sikit, penuh 1 meja..
Deleterasanya dah lama x buat family day makan2 sambil bakar ayam mcm tu.
ReplyDeleteBetul tu..
DeleteWah! Uniform merah ye... nampak garang!
ReplyDeleteMeluncur laju..hihihi
DeleteSeronok dapat mandi air sungai, sejuk. Aktif, kome, event kelab kereta, ya.
ReplyDeleteYa kak..kelab kereta aruz merah..hihi..suami kita la..kita follow je..buat² ramah..
DeleteMemang syok kalau ada air sungai, anak-anak boleh mandi sekejap, orang dewasa lepak santai... Memang lengkap mood family day ni.
ReplyDeleteIye, anak² pun dah besar..Setel mandi, tukar baju sendiri je lah..
DeleteSebenarnya byk je kan tempat mandi² sungai area kita ni, belah² Ulu Yam tu ...tapi Akk pun sama juga mcm Linda,
ReplyDeletex reti nak terjah²
A ah..betul kak..yang dekat Selayang tu pun tak pergi.. hahaha...
DeleteBestnya join event macam ni meriah.
ReplyDeleteAlhamdulillah..ada satu lagi, insyaAllah bulan 8 nanti suami kata..yang ni bermalam...
DeleteWaaaah kuat juga komunitas mobil nya ya kak 👍👍👍👍. Di sini jarang saya dengar ada komunitas mobil. Adaaa, tapi yg saya tahu macam brand luxury, komunitas bmw, mercy, VW beetle, Harley...
ReplyDeleteTapi bisa jadi memang suami saya yg malas nak join kalaupun ada komunitas Toyota misalnya 🤣🤣.
Soalnya, pada mula² tu suami join kerana mau tambah input mengenai kereta..apa lagi model Aruz tu yang pertama..jadi, senang dalam komuniti nya..boleh banding² harga segala.
DeleteWow geng2 kereta rupanya. Berapa keluarga yg join semua tu? Nmpk mcm tak ramai sangat
ReplyDeleteKalau ikut 30biji kereta tak silap...ramai je, cuma silap tak ambik gambar masa awal sebelum terjun..dah terjun, masing² dah buat acara sendiri..cuma makan je lah masih berulang..selagi ada.
DeleteLaaa.. dekat sangat tu kalau 30 minit. Ada sorang adik akak suka camping tepi sungai.. anak² diorang plak jenis suka mandi sungai.Banyaklah tempat diorang pergi.
ReplyDeleteItulah..dekat je..tapi, yang dekat Selayang pun kami tak pergi...selalunya, malas tang nak salin² baju tu je..kikiki
DeleteMandi sungai, makan2. Memang enjoy la kan....
ReplyDeleteBetul...hihihi
DeleteBestnya mandi sungai =D
ReplyDeleteSeronok..air sejuk kan..Linda bawa je baju salin, tapi malas pula nak berbasah²..hahaha
DeleteSeronoknya . Dapat berkumpul ..makan sambil mandi manda ..
ReplyDeleteAktiviti sebelum puasa.. insyaAllah..raya ada juga gathering nya macam selalu
Deletebestnya dpt attend event2 gini!! kek tu lawaaa
ReplyDeleteItulah..kek tu jadi watak utama lah
Delete