Assalamualaikum.
jumaat, 06.02.2026 - pagi sampai malam ada aktiviti. penuh jadual. Hihi.
Seawal 9 pagi, team dah berkumpul dekat asrama.
Rutin 2bulan sekali, rondaan asrama dan kuarters, bersama bos dan team² yang berkenaan.
Lunch hour, kak Qyra (unit HR), jemput untuk majlis makan² sempena hari ulang tahun nya.
Semoga kak Qyra sihat² selalu, dimudahkan segala urusan..aamin.
Hari Jumaat, balik Tronoh lagi.
Kali dah pandai sikit, beli tiket pukul 7.35petang.
Awal lagi kita sampai, snap² dulu lah gambar dari atas.
Dari MRT nak turun ke KTM Sg Buloh.
Atas bawah jalan
Jalan ketapi KTM
Nampak macam tenang je.
Tapi, banyak kete simpang siur.
Sambil menunggu KTM, sempat menyembang dengan sorang akak ni.
Nak balik Sungkai, naik train yang sama.
Cuma dia Coach E, Linda Coach A.
Berborak la sampai KTM sampai.
2jam kemudian, sampai lah Batu Gajah.
Linda tak tido lansung sepanjang perjalanan.
Seat semua penuh.
Tapi, rezeki Linda, sebelah Linda kosong.
Bermaharajalela lah kita. Hahaha.
Perut pedih weyh, masuk angin.
Selalu sebelum maghrib Linda dah makan berat.
Abang Mueez order bongsu Strawberry.
Kena makan sebelum cair, baru sedap.
Ais kisar dia halus sangat.
Linda order nasi, makan pun paling cepat habis, nampak sangat lapar.
Tapi, sampai ke rumah perut rasa sakit.
Lepas ni, kena makan dulu kat Aeon Kepong tu. Baru la teruskan perjalanan.
Till then, see ya.






No comments:
Post a Comment