Lovvu Dobbu

Event Ticker

Wednesday, January 14, 2026

.: SESI SKODENG ANAK :.

Assalamualaikum.

Selalu kan blogger Ammi dengan blogger Rawiwa selalu share skodeng anak.

Nahh, sekarang Linda pun terjebak sama.
Tapi, bukan dalam group wasap atau tele.
Dalam Facebook sek anak.
Alhamdulillah, admin Facebook up to date dalam mengupdate gambar anak²..
Sama ada aktiviti sekolah ataupun aktiviti warga aspura, aspuri (dah betulkan selepas Ammi tegur)

Kisah Asrama Mu'az
Gambar yang dah 5,6 kali Linda belek.
Baru nampak muka abang Mu'az.

Alahai, punya lah kelam kabut, last minit masuk asrama.
Linda tak teringat nak sediakan kelengkapan solat dia.
Jadinya, berbaju Melayu putih je lah.
Nanti lah, minta tolong wak Mas hantarkan baju Melayu warna warni yang ada dekat kampung tu.

Alhamdulillah, nampak muka tu reda je, moga boleh adapt dan takde lah adegan nak keluar asrama pula ye.
Tak nak duduk asrama, sekolah dekat Tronoh dengan ayah.. Kikiki.

Abang Mu'az ni, bukan boleh nak duduk dengan ayah.
Kalau ibu ada sekali, dia ok sikit.
Apa apa pun, ibu doakan yang terbaik buat abang Mu'az, moga dijauhkan dari sebarang perkara yang bukan²..aamin.

Till then, see ya.

28 comments:

  1. selamat menyekodeng... tiba2 ada perkataan "aspirin" kat situ. Ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..menyampah tau telefon ni, dia suka eja ikut kamus dia.. eja jelah ikut ejaan Linda...

      Delete
  2. Tak pe linda bukan skodeng orang lain skodeng anak je pun nak tenguk bagaimana kekehidupan anak di sekolah. Sekurangnya terubat hati ibu yang sedang rindu anak-anaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..dah la takde pun dia telefon ibu, ok ke tidak kat sana..alahai..

      Akak, hadiah dah sampai..nanti² kita up entry ya.. terima kasih banyak tau.. 🥰🥰

      Delete
  3. Semoga yang baik- baik aje untuk abang Muazz ye...oo ni mesti lebih rapat ngan ibu berbanding ayah ni ye..biasa la anak lelaki memang rapat ngan ibu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia membesar dengan kurangnya kehadiran ayah.. hihihi... anak sulung kan, masa tu ayah sibuk sangat dengan kerja askar dia tu..jadi dah besar, kureng la sikit dengan ayah.. nak minta pape semua tanya linda.. kalau adik2 selamber je minta kat ayah.. hahaha..

      Delete
  4. Wahhh duduk asrama dah ya. Moga berjaya dunia akhirat ya.

    ReplyDelete
  5. Kita geng la Linda... Sehari dua ni itulah kerjanya, teropong si Kakak 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak takde depan mata..kalau duduk rumah atuk nenek nya, boleh video call

      Delete
  6. Dapat tgk muka pun dah happy... anak masuk pra sekolah risau sbb cikgu update gmbr tak de muka anak... smpai bising kat wife.. smpai la ada muka anak baru lega hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kesian la wife tu.. bukan dia cikgu pra.. ,😂😂

      Delete
  7. Abang Muaz dah besar boleh berdikari. Seronok tu duk asrama ramai kawan.

    ReplyDelete
  8. Semoga Abang Mu'az happy tinggal di asrama. Insya-Allah, dia ok. Doa banyak².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin.. insyaAllah..doa tak pernah lekang untuk anak²..

      Delete
  9. Semua mak mcm tu.. kalau ada update dlm wasap kelas ke medsos sekolah ke mmg cari muka anak dulu.. hehehe... semoga abg muaz dpt adapt life di asrama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..itulah...sekarang wasap group anak 3 orang tu, ayah dia pegang..jadi, takde la boleh nak skodeng².. aamin, terima kasih atas doanya..

      Delete
  10. saya dan suami memang tak leh tak tgk anak2 dpn mata..so kami decide tak mau anak masuk sek asrama. tp semua pun depends kat parents/anak masing2 kan...asalkan cemerlang kat mana2 pun ok insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak berpindah randah..memang semua dok depan mata je..tapi, tulah.. ada lah perhitungan yang kami suami isteri buat di sebalik keputusan ini..moga yang baik² saja semuanya..

      Delete
  11. Semoga semuanya baik2 sahaja utk si abang... Moga berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  12. Kalau guru anak saya kirim ke WA group. Memang sibuk zoom in zoom or kalau cari anak2. Dahlah mata minus 😂😂.

    ReplyDelete
  13. Selamat datang ke dunia ZIZO (zoom in zoom out) 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..anak bujang malu bergambar..susah sikit la nak cari pun

      Delete