Assalamualaikum.
masa nak kemas barang dekat rumah kuarters Hosp Selayang tu.
ada terfikir nak letgo barang2..
sebab malas nak banyak2 barang dekat Tronoh.
tapi, fikir2, takde la barang besar2 pun dekat kuarters tu.
yang ada peti sejuk 1 pintu, mesin basuh manual(linda bawa ke asrama), kabinet dapur yang kecik.
lain2 semua rak2 yang pasang siap..
so, buka dulu, nanti incikSuami tau la nak letak kat mana.
jadi, kami pun angkut lah semua barang yang ada, tanpa dijual.
peti sejuk 2 pintu - memang dari awal kahwin, guna dekat Melaka.
peti sejuk 1 pintu - beli masa duduk kat Selayang.
jauh beza juga bila letak bersebelahan.
nak dijadikan cerita, yang linda balik Tronoh hari tu.
peti sejuk besar tu, elok je function.
tiba-tiba, abang Mueez kabo, peti sejuk besar tu tak sejuk.
eh, terkejut la, sebab baru je buka peti tu simpan lauk basah, elok je sejuk.
tengok semula, betul la tak sejuk.
aikk...memang cukup haul ke apa.. yelah dah 14tahun kahwin, belinya dari incikSuami bujang lagi.
plus minus ada lah 17-18 tahun kot umur peti sejuk besar tu.
nasib baik la tak jadi jual peti sejuk kecik tu.
rupanya peti sejuk besar nak rosak.
ada la peti sejuk spare, buat simpan2 lauk basah.
mujur sangat.
incikSuami kata nak cari orang repair peti sejuk.
tengokkan dulu, kalau modal kecik. repair je lah.
kalau modal kasar, kena kumpul duit lain la jawabnya.
sabar jelah.
duit pencen dah habis dah peti sejuk oii..
hahaha.
till then, see ya.

Biasalah mcm tu, kalau kita br je nk cakap nk let go sst, terus ada problem... selalunya keretalah mcm tu... dia mcm faham pulak apa yg kita bualkan.. hihi
ReplyDeletetapi yang kita nak letgo tu peti ais kecik.. hahaha...sebab malas nak bawa pindah... yang merajuk, peti ais besar pula..
DeleteSemoga akak ada rezeki lebih utk beli peti ais baru. Teringt ina naim yg suami dia ustaz tu, peti ais kt rumah pon tkde
ReplyDeleteZaman anak kecik, memang takde peti ais dekat rumah
DeleteDia mintak tukar peti ais yang lagi besar tu Linda...hehehee
ReplyDeleteRumah comel je nak beli yang besar²..hihihi
Deleteha..nasib baik x letgo lagi..
ReplyDeleteada hikmah tu, klu tidak modal besar beli peti ais baru tu..
Itulah..rezeki tak let go juga..
Deletedia merajuk kot tu heheheh
ReplyDeleteHahaha..jgn lah begitu..kita masih nak guna dia..
DeleteKesian peti ais besar. Dah tua dah dia. Sudah lama berbakti. Kalau boleh repair, repair ler.
ReplyDeleteItulah..tunggu yang pakar menilai dia dulu..husband cakap ada perkhidmatan repair peti ais yang boleh datang ke rumah untuk tengok dulu..
DeleteNak peti baru tu kot. Sampai dah masanya tu agaknya.
ReplyDeleteHihi..nanti lah dulu..biarlah dia berkhidmat lagi...
Deletenasib baik tak buang peti ais yg lama tu. kalau tak, pening mikir mana nak letak bahan2 basah tu.
ReplyDeletealang2 tu terus beli baru jee hehe
Hahaha..nanti la..tengok dulu apa rosak...
DeleteLama bakti peti sejuk besar. Harap dapat dibaiki.
ReplyDeleteAlhamdulillah...lama peti sejuk tu berbakti... Moga² tak teruk la "demam"nya.
DeleteMujur ada peti ais kecil jadi penyelamat :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..nasib tak jual sebelum pindah barang
DeleteBagus juga ada dua kan? Selamat!
ReplyDeleteAlhamdulillah...selamat lagi duitnya...hihihi
DeleteKadang nak repair pun mahal... Syukur juga ada peti ais kecik tu.
ReplyDeleteItulah..kena tengok dulu la apa yang rosak
DeleteSelamat ada dua peti sejuk, kalau tak, pening kepala mana nak simpan bahan mentah. Bab barang elektrik ni jangan diseru, nanti mulalah ia merajuk.. hehehe..
ReplyDeleteHahaha..itulah tu..kita tak seru dia pun..tapi, dia yang merajuk..
Deletemay be dh sampai hayat nya tu...MZ doakan agar linda dimurahkan rezeki utk beli/dapat peti sejuk baru. aamiin!
ReplyDeleteAamin..
DeleteSayang lagi peti nya..elok lagi tu
alang2 linda citer psl peti sejuk...MZ tumpang selit kisah peti sejuk...masa mula2 kawin dgn mr hubby, dia dh ada peti sejuk (dia beli easy payment courts mammoth) ..then kami dpt peti sejuk lain so peti sejuk tu MZ bg kat my mom kat kampung..and guess what, peti sejuk tu masih berfungsi hingga hari ini!! MZ dh kawin dgn mr hubby nak masuk 22 tahun dah...so usia peti sejuk tu lebih kurang 23 tahun sbb mr hubby beli just before weolls kawin.. pnjg lebar plak komen mcm buat entry hahahah nanti MZ kena buat entry psl peti sejuk laaaa hahhaha
ReplyDeleteItulah..peti sejuk lama, memang tahan...barang sekarang...alahai..memang cukup² waranti habis, dia pun selesai perkhidmatannya...kikiki
DeleteMujur ada back up...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
Deleteammi masa mula kawin (tahun 2004) beli peti sejuk LG 2 pintu. setakat masa ammi bagi kat orang (Dis 2021) peti tu masih elok berfungsi dengan baik. Ammi tukar pun sebab ahli keluarga dah bertambah, peti tu mcm tak cukup je nak tampung lauk.
ReplyDeleteLagi besar la ehhh..hihihi
DeleteSelalunya mcm tu ..klau ada plan nk beli brg baru ..autooo brg lama akn bg hint nk merajuk juga ..
ReplyDeleteTakde plan pun nak beli baru..hahaha... Yang kecik tu pun lama juga..cuma bawa pindah
DeleteMemang dah tua usianya yaaa. Biasanya rata2 kulkas, bertahan 20 tahun. Saya teringiiin ganti juga, dengan yg lebih besar, jadi bisa masuk frozen meat banyak. Punya skr macam punya kakak yg 2 pintu, terbatas Frozen nya. Apalagi kalau nak stock cemilan frozen, memang tak cukup
ReplyDeleteNanti boleh la diganti kulkas nya fanny agar lebih banyak ruang...
DeletePenat dah dia berkhidmat.. kasi lah rest... carikan kawan baru 😁
ReplyDeleteAlahai..awal tahun ni, semua nak baru..
Delete