Assalamualaikum.
Isnin, 12.01.2026 - hantar abang Mu'az ke sekolah, lepas tu beli buku².
Terus ke pejabat sekolah.
Nak tanya mengenai asrama.
Tunggu punya tunggu, PK Hem call sana sini.
Alhamdulillah, dapat penempatan di asrama.
Lega Linda tang situ.
Boleh je nak ulang alik, tapi duduk dengan atuk nenek, kita tak nak lah susahkan diorang.
Balik sekolah, ambil abang Mu'az.
Belanja makan, beli kelengkapan apa yang patut.
Balik rumah, kemas².
Dalam pukul 5 petang, hantar pergi asrama.
Ni je gambar yang ada masa dekat asrama.
Dah ada kawan yang kenal, senang hati ibu tang tu.
Tapi, masa nak tinggalkan ni, hati ibu dah libang libu.. 🥹🥹
Rasa macam nak bawa dia balik sekali.
Padahal sebelum tu, ibu yang berapi² nak suruh dia duduk asrama.
Tapi, bila dah hantar betul²..eh, sebak lain macam.
Rupanya, memang berat untuk melepaskan anak pergi.
Semoga yang baik² untuk abang Mu'az dan anak² yang lain.
Semoga dimudahkan segala urusan nya..aamin.
Till then, see ya.



takde pengalaman hantar anak asrama lagi. tapi ada pengalaman sendiri masuk asrama. memang bercampur aduk la perasaan nak bagi anak berdikari kan. semoga baik2 jela tu duduk asrama.
ReplyDeleteTahniah Mu'az. Jaga diri dan belajar berdikari duduk di asrama ye.
ReplyDeletemoga yg baik2 ajer utk ur son! mr hubby and myself memang tak bg anak2 dok asrama hehehe tunggu masuk uni baru bagi dok hostel..tu pun zharfan kat uia ie dekat rumah so dia kerap jer balik tidur kat rumah
ReplyDeleteAduhai..Kita sama naik sebak..bertabahlah ye..Semoga yg baik2 aje utk anak2 kita..Amin
ReplyDeletemoga yang baik baik jer utk Mu'az... take care ya
ReplyDeleteSelamat menempuh alam asrama. Jangan nagis2 ibunya :P
ReplyDeleteKak SA xde pengalaman hantar Dania masuk ke sekolah asrama masa sekolah menengah, tapi amsa dia mula2 masuk UCAM hari tu sebak sikit je...dia homesick pun kejap aje..memang hati seorang ibu kan, walau kental tetap ada sedihnya
ReplyDeleteAlhamdulillah..duduk asrama ni bagus juga linda, anak2 ni boleh berdikari. InsyaÁllah semuanya Ok.. maknya jangan nangis2 ya...
ReplyDelete