Assalamualaikum.
Meh nak jawab soalan
Blogger Tot ada tanya pasal nasi segera dalam entry NIE.
Jadi, hari ni, linda bawa bekal nasi segera tu buat makan lunch.
Gigih kan nak tunjuk. Kebetulan hari ni tak masak tengah hari.
Sebab kalau kat rumah, tak dan nak amik² gambar ni.
Dan kat rumah, Linda tak makan nasi ni.. hihihi
Ni bungkusan nasi segera tu.
Cara penyediaan ada ditunjukkan.
Mudah je.
Isi dalam dia.
Nasi segera.
Pek aluminium foil tu lauk dia.
Yang ada tulisan Cina tu, pek pemanasan dia.
Bentuk dia macam ni.
Kalau rendam dalam air, nanti dia akan kembung dan menghasilkan haba panas.
Air tu akan mendidih didih, macam masak air panas
Itulah cara nya memasak nasi dan lauk tu.
Ni Linda dah keluarkan lauk dan nasi.
Mula mula macam beras lah, kena letak air paras bekas tu.
Nampak kan cahaya air tu.?
Lepas tu letak pula air dekat pek pemanasan tu.
Dekat sini, Linda tak sempat nak ambil gambar.
Tengah isi air, tiba tiba dah meletup² air nya..pek nya dah kembung.
Terus tutup je lah.
Bekas putih nasi tadi, masuk dalam bekas hitam ni, dan tutup.
Dalam masa 15minit, baru buka tengok.
Tara, selepas 15minit.
Beras tadi dah kembang jadi nasi.
Lauk pun dah panas.
Ok, ni baru kali kedua Linda makan.
Tapi, tak berkenan sangat dekat nasi je.
Rasa nasi segera lah..hahaha..tak macam nasi kita masak, ada janji tu.
Lauk ok, berasa.
Jadi, untuk kecemasan, bawa pergi camping. Sesuai lah.
Mana beli?
Hahaha..yang ni Linda tak tau, sebab incikSuami yang rajin scroll TikTok .
Mungkin boleh search la lepas ni.
Banyak je dah makanan segera macam ni sekarang, sedap dengan tak sedap je.
Till then, see ya.









Wahh..mmg bleh beli kalau time pegi Comic Fiesta nnt =)
ReplyDeleteBoleh..yang ni mudah sikit, sebab guna air masak/air botol biasa je..sebab ada pek pemanas tu.. kalau yg lain² kena guna air panas..
DeletePernah nampak ada orang share makan nasi camni la bercuti kat oversea. Boleh la kan untuk waktu terdesak.
ReplyDeleteBetul tu Cie..buat² sangat terdesak
DeleteSenang bawak travel @ camping la ni... Kalau produk brahim's tu Akk pernah makan, sedaplah juga. Tapi nasinya dah masak rasanya, rendam dlm air panas je kot. Lupa dah, makan pun sekali je.
ReplyDeleteKebanyakan nasi dah masak..jenama ni, pertama kali yg Linda jumpa nasi belum masak lagi
DeleteTahun lepas waktu saya travel ke Balkan, kami dibekalkan dua pek nasi segera oleh agen pelancongan. Tapi saya tak makan. Bawa balik semula ke Malaya, bagi anak. Tak tahu apa rasanya.
ReplyDeleteMasa mak pergi haji pun ada dapat juga..mungkin untuk bekal dekat Arafah..
DeleteTahu pasal nasi segera ni pasal anak saudara ada jual
ReplyDeleteOOO...lagi senang nak cari..buat stok .hihi..
DeleteOooo.... terima kasih Linda, atas penjelasan panjang lebor. Hehe.. ok. Yang ini, akak tak pernah jumpa, ada pek pemanasan lagi. Yang kena masuk microwave tu, biasa nampak. Yang rendam air panas dengan bungkusan sekali pun pernah tengok, kakak akak guna masa umrah. Baik, baik. Memang sesuai la bila travelling ni. 👍
ReplyDeleteMacam² jenis ada sekarang ni, tinggal nak pilih sedap dengan tak je
DeleteJenis ni rasanya banyak untuk yang pi travel atau camping bawak je banyak2 senang nak makan. Mudah dan kadang sedap
ReplyDeleteIye kak notie..kena cuba..mana yang sedap..mana yang tak sedap
Deletebest ni kalau bawa travel
ReplyDeleteesp ke negara2 yg susah nak dpt mknn halal...
Betul tu..tapi, kalau berbekas macam ni, makan space juga
Deletejenis nasi segera camni yg ada pek pemanas...akak bw time pi umrah dlu..senang
ReplyDeleteBetul..senang, tak payah nak cari air panas..
Deleteinstant food gini function sgt time travel sbb taste wise memang tak sama mcm yg kita masak kat rumah hehhhe
ReplyDeleteHihi..betul..memang tak sama macam masak sendiri
Deletenampak menarik. mudah bawa travel . tak pernah beli lagi camni
ReplyDeleteSuami lah, tiba² beli..dah seronok pula kita..kalau malas masak, suruh deme makan tu je.. hahaha
Deleteada nampak orang pi camping share...pas tu ada gak yang bawak travel negara yang susah dapat makanan halal...
ReplyDeleteBetul..senang bawa g camping..travel
DeleteWah mudah betul. Kalau yang segera ni jaranglah sama dengan rasa asalnya kan. Tapi sangat sesuai untuk travel, camping, atau nak cepat makan. Boleh juga standby stok di rumah.
ReplyDeleteBetul..nama pun segera..memang lain lah rasanya... Untuk stok boleh la
DeleteSaya suka nasi goreng kampung segera jenama CP. Kalau bulan puasa mmg beli beberapa kotak simpan dalam freezer takut terlajak tidur tak sempat masak utk sahur. Panaskan je dalam microwave.
ReplyDeleteHihi..bulan puasa tahun depan sorang² la berbuka dan bersahur.. 🥹🥹
DeletePernah ada jenis pek yang ada haba ni bawak travel. Nama dia Kembara Food. Tapi....pek panas tu kalau tak silap di banned juga bawa atas pesawat MAS sebab ada risiko terbakar.
ReplyDeleteBetul..bahaya juga kot...
DeleteRTE : Ready To Eat 😃
ReplyDeleteIni kira training lah kan.. nanti nak gi travel senang.
Yeszza... Tapi, kita tak travel lah..bila nyah nya..hahaha
DeleteSaya pernah lihat nasi segera begini. Tp tak pernah beli memang. Cocok lah untuk traveling kan. Apalagi jika susah dpt makanan halal. Penasaran pula jadinya 😅
ReplyDeleteBetul..saat travelling memang sesuai..tapi, better beli yang dalam plastik..jimat space
Delete