lovvu Dobbu

Tuesday, November 11, 2025

.: NASI SEGERA :.

Assalamualaikum.

Meh nak jawab soalan
Nasi frozen
Blogger Tot ada tanya pasal nasi segera dalam entry NIE.

Jadi, hari ni, linda bawa bekal nasi segera tu buat makan lunch.
Gigih kan nak tunjuk. Kebetulan hari ni tak masak tengah hari.
Sebab kalau kat rumah, tak dan nak amik² gambar ni.
Dan kat rumah, Linda tak makan nasi ni.. hihihi

Nasi frozen 1
Ni bungkusan nasi segera tu.

Nasi frozen 2
Cara penyediaan ada ditunjukkan.
Mudah je.

Nasi frozen 3
Isi dalam dia.
Nasi segera.
Pek aluminium foil tu lauk dia.
Yang ada tulisan Cina tu, pek pemanasan dia.

Nasi frozen 4
Bentuk dia macam ni.
Kalau rendam dalam air, nanti dia akan kembung dan menghasilkan haba panas.
Air tu akan mendidih didih, macam masak air panas 
Itulah cara nya memasak nasi dan lauk tu.

Nasi frozen 5
Ni Linda dah keluarkan lauk dan nasi.
Mula mula macam beras lah, kena letak air paras bekas tu.
Nampak kan cahaya air tu.?

Lepas tu letak pula air dekat pek pemanasan tu.
Dekat sini, Linda tak sempat nak ambil gambar.
Tengah isi air, tiba tiba dah meletup² air nya..pek nya dah kembung.
Terus tutup je lah.

Nasi frozen 6
Bekas putih nasi tadi, masuk dalam bekas hitam ni, dan tutup.
Dalam masa 15minit, baru buka tengok.

Nasi frozen 7
Tara, selepas 15minit.
Beras tadi dah kembang jadi nasi.
Lauk pun dah panas.

Ok, ni baru kali kedua Linda makan.
Tapi, tak berkenan sangat dekat nasi je.
Rasa nasi segera lah..hahaha..tak macam nasi kita masak, ada janji tu.
Lauk ok, berasa.
Jadi, untuk kecemasan, bawa pergi camping. Sesuai lah.

Mana beli?
Hahaha..yang ni Linda tak tau, sebab incikSuami yang rajin scroll TikTok .
Mungkin boleh search la lepas ni.
Banyak je dah makanan segera macam ni sekarang, sedap dengan tak sedap je.

Till then, see ya.

34 comments:

  1. Wahh..mmg bleh beli kalau time pegi Comic Fiesta nnt =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh..yang ni mudah sikit, sebab guna air masak/air botol biasa je..sebab ada pek pemanas tu.. kalau yg lain² kena guna air panas..

      Delete
  2. Pernah nampak ada orang share makan nasi camni la bercuti kat oversea. Boleh la kan untuk waktu terdesak.

    ReplyDelete
  3. Senang bawak travel @ camping la ni... Kalau produk brahim's tu Akk pernah makan, sedaplah juga. Tapi nasinya dah masak rasanya, rendam dlm air panas je kot. Lupa dah, makan pun sekali je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan nasi dah masak..jenama ni, pertama kali yg Linda jumpa nasi belum masak lagi

      Delete
  4. Tahun lepas waktu saya travel ke Balkan, kami dibekalkan dua pek nasi segera oleh agen pelancongan. Tapi saya tak makan. Bawa balik semula ke Malaya, bagi anak. Tak tahu apa rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa mak pergi haji pun ada dapat juga..mungkin untuk bekal dekat Arafah..

      Delete
  5. Tahu pasal nasi segera ni pasal anak saudara ada jual

    ReplyDelete
  6. Oooo.... terima kasih Linda, atas penjelasan panjang lebor. Hehe.. ok. Yang ini, akak tak pernah jumpa, ada pek pemanasan lagi. Yang kena masuk microwave tu, biasa nampak. Yang rendam air panas dengan bungkusan sekali pun pernah tengok, kakak akak guna masa umrah. Baik, baik. Memang sesuai la bila travelling ni. 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam² jenis ada sekarang ni, tinggal nak pilih sedap dengan tak je

      Delete
  7. Jenis ni rasanya banyak untuk yang pi travel atau camping bawak je banyak2 senang nak makan. Mudah dan kadang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak notie..kena cuba..mana yang sedap..mana yang tak sedap

      Delete
  8. best ni kalau bawa travel
    esp ke negara2 yg susah nak dpt mknn halal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..tapi, kalau berbekas macam ni, makan space juga

      Delete
  9. jenis nasi segera camni yg ada pek pemanas...akak bw time pi umrah dlu..senang

    ReplyDelete
  10. instant food gini function sgt time travel sbb taste wise memang tak sama mcm yg kita masak kat rumah hehhhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..betul..memang tak sama macam masak sendiri

      Delete
  11. nampak menarik. mudah bawa travel . tak pernah beli lagi camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami lah, tiba² beli..dah seronok pula kita..kalau malas masak, suruh deme makan tu je.. hahaha

      Delete
  12. ada nampak orang pi camping share...pas tu ada gak yang bawak travel negara yang susah dapat makanan halal...

    ReplyDelete
  13. Wah mudah betul. Kalau yang segera ni jaranglah sama dengan rasa asalnya kan. Tapi sangat sesuai untuk travel, camping, atau nak cepat makan. Boleh juga standby stok di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..nama pun segera..memang lain lah rasanya... Untuk stok boleh la

      Delete
  14. Saya suka nasi goreng kampung segera jenama CP. Kalau bulan puasa mmg beli beberapa kotak simpan dalam freezer takut terlajak tidur tak sempat masak utk sahur. Panaskan je dalam microwave.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..bulan puasa tahun depan sorang² la berbuka dan bersahur.. 🥹🥹

      Delete
  15. Pernah ada jenis pek yang ada haba ni bawak travel. Nama dia Kembara Food. Tapi....pek panas tu kalau tak silap di banned juga bawa atas pesawat MAS sebab ada risiko terbakar.

    ReplyDelete
  16. RTE : Ready To Eat 😃
    Ini kira training lah kan.. nanti nak gi travel senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszza... Tapi, kita tak travel lah..bila nyah nya..hahaha

      Delete
  17. Saya pernah lihat nasi segera begini. Tp tak pernah beli memang. Cocok lah untuk traveling kan. Apalagi jika susah dpt makanan halal. Penasaran pula jadinya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..saat travelling memang sesuai..tapi, better beli yang dalam plastik..jimat space

      Delete