lovvu Dobbu

Friday, November 28, 2025

.: FUN WITH FRIENDS :.

Assalamualaikum.

Khamis, 27.11.2025 - incikSuami bagi greenlight abang Mu'az follow trip ke Bangi Wonderland dengan kawan² kelas.
Tapi, ponteng sekolah lah sehari. 🤭🤭

Jadi, dalam pukul 9 pagi gitu, Linda hantar abang Mu'az ke tempat berkumpul.
Masa sampai takde siapa lagi, Linda p pick up Zus jap.
Pusing semula, tengok dah sampai ketua rombongannya.

Tara, kak Daryna, mak Iskandar(kawan kelas abang Mu'az).
Terima kasih kak, sudi bawa anak² ke Bangi nun.
Linda sabit kak M dengan dedek periksa akhir tahun KAFA je.
Kalau tak, mau follow sekali..Kikiki.
Bulan 5 ritu pun, kak Daryna teman anak² tengok wayang juga, cerita Blood Brothers.

Ada lah gambar sikit masa dekat Bangi.
Kak Daryna share.
Harap abang Mu'az, bertuah lah.

Gerak dalam pukul 10 pagi juga, tunggu yang lain sampai.
Alhamdulillah, pukul 11.15 pagi gitu dah sampai Bangi.
Nampak cerah cuaca tu.

Puas lah hati abang Mu'az tu.
Dapat p waterpark, main dengan kawan².
7 orang yang pergi katanya.

Owh, duit tiket, guna duit belanja sek yang abang Mu'az kumpul sendiri.
Beli online, murah RM10.
Tapi, semalam Linda hulur la juga RM50 buat makan².
Lepas tu ada juga pesan kat abang Mu'az duit minyak dalam sampul, bagi dekat mak Iskandar.

Sampai rumah semalam pukul 9 malam juga lah.
Hujan + jem kan.
Linda ambil dekat Selayang Mall.
Buat kenangan abang Mu'az, moga tak putus kawan lah bila balik Perak nanti.

Till then, see ya.

1 comment: