lovvu Dobbu

Thursday, September 25, 2025

.: PRAY FOR GSF :.

Assalamualaikum.


Mungkin ada yang terlepas pandang. Inilah masanya perhatian kita diberikan ke samudera Mediterranean.
  
Doa dan harapan sedang diluruhkan ke lautan, mengiringi 53 flotilla yang berlayar. Tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum mereka berdepan tembok sekatan.

Jika anda rasa ini perkara biasa-biasa, fikirkan semula. Misi ini penting kerana ia menunjukkan  solidariti rakyat dunia terhadap kezaliman berpanjangan.
.
Lautan sunyi, drone berlegar di langit. Amaran telah pun dikeluarkan.

Dan di sebalik ombak itu… ada anak kecil menunggu susu yang tak pernah sampai, ada petugas kesihatan yang tertekan hampa kerana tiada ubatan di rak, ada yang cedera menahan sakit tanpa rawatan.

Mereka tidak punya pilihan.
Kitalah yang harus bersuara.
.

Jika anda nampak post ini kongsikan, kirimkan doa, dan komen 🍉🍉🍉 banyak-banyak supaya ia tidak tenggelam.

#PublicHealthMalaysia
#fblifestyle


14 comments:

  1. Semuga mereka yang terlibat Allah lindungi lah dan misi berjaya hendaknya. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...
      semoga mereka semua dalam lindungan Allah.

      Delete
  2. Sy tak sabar tunggu. Kuatnya semangat mereka menempuh lautan dah berminggu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul SK..kuatnya mereka...rasa cemburu dengan kekuatan mental mereka...kalau linda sendiri, entah macam mana...

      Delete
  3. baru baca tadi, spain dgn italy nak hantar naval ship utk lindungi kapal2 flotilla. rasanya nipestime aset ketenteraan europe digerakkan utk tolong gaza ni. nak tengok jugakla apa reaksi shitrael tu

    kalau dia tembak salah satu kapal flotilla ni, dia declare war dgn the whole world la. semoga dipermudahkan urusan sukarelawan yg ada kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga dipermudah segala urusan delegasi untuk menyampaikan bantuan...anak2 G pun dah menunggu..semoga sentiasa dalam lindungan Allah..aamin

      Delete
  4. Semoga Allah lindungi dan permudahkan urusan mereka....Aamin

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah permudah segala urusan mereka dan lindungi mereka. Syukur Itali dan Spain ada hantar bantuan. Beberapa hari lagi akan sampai, 29,30 hb macam tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..semoga dipermudah dan sentiasa dalam lindungan Allah...

      Delete
  6. Semoga team Flotilla selamat pergi dan balik...Allahuakbar sedih kenangkan nasib anak2 kat G.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...
      betul tu, sebak, tak sanggup kadang tu nak tengok video2 pasal Gaza...

      Delete