Assalamualaikum.
Mencari Maybank sampai ke Batu Gajah, dekat Seri Iskandar takde pula.
Boleh pula jumpa kawan.
Terkejut juga Linda, sebab tak tau pun incikSuami ada kawan kat area Batu Gajah.
Rupanya adik kawan sek men dia.
Gara-gara jumpa kawan incikSuami.
Dapat info ada pasar malam pula dekat Batu Gajah hari Selasa.
Jadi lepas Maghrib, kami pun ke pasar malam lah.
Saja nak tengok-tengok.
Tapi, tak ambil gambar pun.hihihi.
Laksa full aksesori RM4.
Yang takde sayur-sayuran RM3.50.
Siap bungkus asing².
Senang nak pilih.
Selepas pusing pasar malam.
Rehat dekat buaian, sebab Linda dah aim nak rasa air kopi dekat Kopi dan Pancing.
Memang lalu kafe nie bau kopi dibru.
Lokasi - dataran Batu Gajah.
Kabin je, tempat minum open.
Kalau petang² atau malam ok lah.
Linda order Hazelnut Latte RM11 ke RM 10.
Not so bad.
Kopi & Pancing,
lot 1, Laman Local Agenda 21,
Jalan Pasar, 31000 Batu Gajah, Perak.
till then, see ya.
GA PV 200,000 masih berlansung ya.
murahnya laksa tu.. kat johor ni tak jumpa dah harga macam tu. ada aksesori ke, takde ke.. harga sama. Kat pasar malam kat area rumah ni RM8
ReplyDeleteBatu Gajah tu dah macam pekan koboi.. tu yang harga murah lagi kot
DeleteKenapa la kat sana murah2 makanannya..kat Seremban ni...hurmmm....fikir 2 kali nak beli
ReplyDeletepergi kedai makan, order air buah, RM3- Rm3.50 je..
Deletetapi, rate rumah sewa murah la...
rumah linda sewakan dulu Rm450-500 je..
Ish murahnya laksa tu... dekat rumah akk ni RM8 sebekas
ReplyDeleteselayang pun gitu kot kak..lama tak p pasar malam...kalau p pun, cari sayur...sebab sayur murah..kikiki
DeleteBelah utra harga makanan masih murah. Syioknya
ReplyDeleteitulah...balik Taiping, p pasar malam pun rambang mata...dah la segar2 semuanya
DeletePusing-pusing mesti ada jumpa yang kita kenal kan. Untung juga dapat jumpa, dapatlah tahu ada pasar malam.
ReplyDeleteBagus jugakan dia asing ada sayur dan tak ada. Yang tak makan sayur tak perlu susah payah nak asingkan. Masih murah lagi harga laksanya tu. Berbaloi beli.
Mesti owner kedai kopi suka memancing ni. Unik namanya. Hazelnut latte iced ye. Sedap tu.
senang gitu..kalau anak2 kan tak makna sayur..amik yang kosong tu je...
Deletesusah juga nak jumpa suami ada kenal orang, sebab dulu2 dia memilih kawan.. hahaha...selek orang sekarang cakap..
igtkan sebelah kolam pancing ke..hihihi..
Belum sampai lagi Batu Gajah Perak, padahal ada ex-roommate duduk kat situ hehe.
ReplyDeleteSebab bukan laluan utama Batu Gajah nie, kalau nak termampir, memang susah sikit lah
Deletelama tk pegi pasar malam sejak2 pasar malam kt area umah dh pindah jauh
ReplyDeleteYang kita nie,malas nak keluar balik..Hihihi..kalau nak g, sebelum tukar baju, buka tudung kena terus g pasar malam
DeleteMurahnya RM4 je laksa. Kat Lipis ni laksa sarang pun dah naik harga sampai RM8.50 dah sebelum ni RM6 je.
ReplyDeleteLaksa sarang dekat Seri Iskandar RM6 tak silap.
Delete