Assalamualaikum.
kalau ada yang perasan blogger NA pernah up entry mengenai poskad yang nak di berikan kepada siapa yang mahu.
linda pun salah seorang yang mengirim e-mel pada kak NA untuk minta sekeping poskad juga.
linda memang sentimental sikit, suka kumpul setem, suka something yang fizikal.
sebab tu photobook belambak lambak. hihihi.
kak NA e-mel Linda awal bulan 6, beritahu poskad sudah dipos.
Tunggu punya tunggu, tak sampai pun.
Lagilah Linda sedih, sebab member ada pernah pos surat, tapi tak sampai.
Risau sebenarnya.
Tapi, surat kak M yg tawaran tahun 1 dulu, sampai je dekat peti surat bawah rumah tu.
Siap e-mel semula kak NA, minta maaf awal-awal kalau poskad tak sampai.
Sekali, sebelum cuti awal Muharram hari tu, dedek bawak naik.
Dedek cakap ada surat untuk ibu.
Nie lah poskad yang Linda dapat.
Gambar kesan tapak kaki Rasulullah.
Sape Linda minta kak NA buat coretan sikit.
Setem nie boleh lah simpan.
Lama betul tak dapat surat dan setem.
Dulu, masa zaman sek rendah, suka tulis surat berkenalan.
Kan dalam majalah-majalah ada segmen yg ada gambar dan biodata.
Dari situ,Linda pilih la yg mana berkenan..
Alhamdulillah, masih ada sorang sahabat pena yang kekal bersahabat hingga sekarang.
Ibarat kakak Linda lah, bakal kak ipaq tak jadi juga.
Tapi, ok je..Linda dengan dia masih bersahabat seperti biasa.
Namanya kak Husna, cumanya sekarang nie bertanya khabar melalui wasap je lah.
Nak jumpa susah betul. Hihihi.
Yang penting, syukur sangat-sangat, poskad tu masih direzekikan untuk Linda, walaupun hampir sebulan dia mencari jalan nak sampai ke rumah Linda.
Till then, see ya.
Wahhhh rezeki tu... Gambar tapak kaki Rasulullah... Koleksi mahal tu ...
ReplyDeleteTak dapat tengok sendiri,dpt poskad pun seronok dah.
DeleteMasya-Allah, cantiknya, gambar kesan tapak kaki Rasulullah SAW. Alhamdulillah, kalau dah rejeki, tak ke mana.
ReplyDeleteWah, suka tulis surat juga ye, Linda ni dulu.
Itulah kak..dah namanya rezeki..sampai juga, Alhamdulillah..
DeleteSuka kumpul setem,tu yg suka tulis surat
Alhamdulillah, rezeki tu, sampai jugak poskadnya.
ReplyDeleteAda lagi ek poskad zaman sekarang. Setem tu Cie dulu pernah jadi pengumpul stem siap ada album lagi.
ReplyDeleteunik poskadnya ..lakaran tapak kaki rasullah swt
ReplyDelete