lovvu Dobbu

Friday, July 4, 2025

.: MEK MEERA MASUK OT :.

Assalamualaikum.

Walaupun nightmare nie dah berlalu,tetap nak cerita pasal mek meera moq moq nie.

Kisah bermula, mek nie terjatuh dari buai, tak pasti lah buai laju ke,tinggi ke.
Jatuh ke bawah,terkena batu batu kecik agaknya.
Luka lah, bila mama dia hanta gambar dalam group, memang kami semua cakap kena jahit nie.

Tapi, sampai dekat ED, doktor pun tengok tengok, beliau pun cakap tak perlu jahit. Sikit je. Nak letak gam je, sebab kesian nanti berparut bila jahit.
Kita nie, folo je lah..dah doktor yang cakap kan.takkan nak minta jahit juga.

Kesahnya jadi hari ahad tak silap, jadi doktor pun letak gam.
Kira dah 24jam, dah petang² hari Isnin esoknya tu. Mama dia tengok tempat Luka tu macam bernanah.

Yang gambar besar -pada hari kejadian.
Gambar kecik tu -esok hari nya,mcm nanah kan?

Sebab dah petang, mek meera pun takde meragam.
Mama dia bawak p Klinik Kesihatan pada esok hari nya.
Sampai KK, dah jumpa doktor.
Doktor KK cakap "eh,nie kena jahit nie,saya refer hosp terus"
Terus ke hosp, dapat app ptg tu juga dekat klinik pakar dental..
Ini hospital yang sama ye dengan ED tu.

Doktor cakap,patutnya hari kejadian tu doktor ED tu patot refer,terus admit.

Jadi, admit lah dak meera nie.
Makan tetap tak lepas ya..hahaha.
Kena admit, sebab doktor nak tidurkan, dan nak jahit luar dalam.
Memang prosedur jahit tu boleh je pakai bius dan tak tidurkan, tapi anak kecik kan. 
Mana maunya nak duduk diam lama lama.

The next morning, mek meera stress, sebab kelaparan. Hahaha.
Nak masuk OT kan, kena puasa lah.
Mek nie,celik celik mata je kena makan.

Selesai minor surgery nya.
Masih dibawah pengaruh ubat bius Dan ubat tidur...hihihi

Alhamdulillah, update hari nie.
Dah buka jahitan nya.
Doktor cakap, good girl sangat.
Sebab tak menangis pun masa doktor kelebet kelebet dia.
Tu lah agaknya masa dekat ED tu doktor gam je, sebab mek nie tak nanges masa tu.

Mek meera nie baru 3 tahun.
Haa,lengkap lah anak perempuan adik Linda nie masuk OT.
Mula mula ritu kakak icha, nie kisah nya.
Nie adik dia pula, mek Meera.

Moga membesar jadi anak yang solehah, cemerlang dunia akhirat, Amin.

Till then, see ya.

11 comments:

  1. siannyaaa....moga meera cepat sembuh.....mujur tak kena jahit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mieja... Kena jahit tu.. Hihihi.. Siap masuk bilik pembedahan lagi...

      Delete
  2. Alhamdulillah semoga baik² ye...comel dia...
    Sama macam kes Abang dulu ... Jatuh basikal, doc ED cuma dressing dan bandage je. Lepas bbrp hari mula bernanah then baru jahit. Kita ni tak tahu, anak sulong kan ikut je la doc 1st tu cakap

    ReplyDelete
  3. Semoga mek meera cepat sembuh lukanya.
    Masalah juga bila doktor mula cakap lain, doktor lain cakap lain. Tapi takpe la, dah selamat.

    ReplyDelete
  4. Aduh... uncle tak boleh tengok anak cedera macam ni... uncle pun rasa sakit.

    ReplyDelete
  5. Kasian adik ni..semoga cepat sembuh ya dek

    ReplyDelete
  6. Semoga lekas sembuh ya dek Meera...

    Salam,

    ReplyDelete
  7. Adoi seram tengok bila kena masuk OT jahit2 ni. Semoga baik2 je anak.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah... Alhamdulillah tak teruk. Moga cepat sembuh ye sayang.

    ReplyDelete
  9. get well soon, mek meera. She is a fighter!

    ReplyDelete