lovvu Dobbu

Thursday, July 3, 2025

.: BEKAL HARI NI :.

Assalamualaikum 

Hari nie punya bekal.

Sarapan goreng kuetiau.
Tak sempat makan dekat rumah,bawa p pejabat.
Atas tu kudap kudap lerr ..

Ada order manggis dekat ofismate.

Besar besar manggis nya

Gebu, manis isi dia..
3 kg RM20, murah tu.
Linda beli 6 kg, bagi bagi sikit dekat cleaner asrama tu.

Bekal tengah hari pula

Alaa, comel sangat yang 4 segi tu.

Nasi putih, terung sambal, ayam tomyam.
Tomyam tu memang semata mata ayam ye.
Takde sayuran pun.

Alhamdulillah, rezeki hari nie.
Rajen nak masak.

Esok rasa macam nak buat ayam masak lemak kuning.
Kalau malam nie sempat nak goreng ayam dulu..boleh la..
Linda suka goreng ayamnya untuk masak lemak tu..tak tau lah kenapa.

Till then, see ya.

35 comments:

  1. Musim manggis ni kan? Rumah uncle pun ada manggis

    ReplyDelete
  2. Musim manggis dah rupanya nampak ramai dah orang share. Kena cari jugak ni.

    ReplyDelete
  3. besar2 manggis dia tuuuu..cantik isinyaa

    ReplyDelete
  4. sedapnya bekal! terliur manggis tuuuu dh musim eh sekrg ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim dah rasenya...dekat kampung pun berbuah juga

      Delete
  5. Gebunya isi manggis tuuu. Sy suka manggis.

    ReplyDelete
  6. Aduhaiii sedapnya manggis tu...Dkt ofis smlm tgk lori tu jual 2kg RM15..Teringin je nak beli..Tp fikir berat nk bwk jln dr ofis ke LRT =D

    ReplyDelete
  7. Sedapnya terung sambal tu...Saya beli terung x masak2 lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la tu masak sambal...saya kena terus masak, kalau tak memang kecut, ke tong sampah la jawabnya.

      Delete
  8. cantik nya isi buah manggis....sudah musim durian pasti ada geng nya buah manggis

    ReplyDelete
  9. waduhhh sedapnyaaaa manggissss tuuuu!!!

    ReplyDelete
  10. Manggis, manggiiisss lupa beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cari nanti kak...tepi jalan banyak jual

      Delete
  11. Alhamdulillah jimat poket Linda hari ni :D
    Akk ni tengah batuk, tengok je la org jual manggis, durian dan rambutan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat tang makan lunch..tapi lebih belanja tang manggis...hihihi..
      Kena bagi hilang batuk dulu lah,tapi batuk nie jahat,lambat nak hilang

      Delete
  12. Elok kejadian manggisnya, Linda. Akak ada jumpa buah manggis tepi jalan. Tapi boleh lupa nak beli. Rajin Linda bawa bekal. Akak pun baru 2-3 hari lepas masak tomyam ayam. Comelnya tupperware Linda. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok boleh la repeat tempat tu,beli manggis ..
      Hihihi,pakai je Tupperware ap yang ada kat rumah kak..kdg2 yang budak² punya pun kita guna..

      Delete
  13. Alhamdulillah. Dapat berkongsi rezeki juga share buah manggis. Saya pernah juga masak ayam goreng masak lemak cili api. Sedap juga masak begitu. Cuba masak tu sebab viral di FYP TT. hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, Linda lebih suka ayam digoreng..lagi2 bahagian isi tu..takde lah rase lembik sangat...

      Delete
  14. Haaa ada terung ni boleh la buat sambal. Hehe. Kadang takde idea nak masak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak...lagi plak nak masak untuk anak2 nie

      Delete
  15. Ammi kalau ayam biasanya lebur je tp kalau ikan yg jenis sekor2 ammi suka goreng sikit. Sejenis kalau masa tak reti nak gaul2 manja kalau tak goreng ikan tu mau jadi serunding nanti ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas lebur je,kalau rajen..tu yg goreng dulu...ikan memang harus digoreng dulu

      Delete
  16. Sedap lah tu terung sambalnya. Akak suka sangat kalau dapat makan menu ni.
    Manggis malam tadi baru makan, anak buat bawa dari Tapah, pokok sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok sendiri lagi syiok..dekat kampung pun ada pokok,tapi bapak dah tebang sepokok,tinggal sepokok je..buah nya tak lebat sangat,merajuk agaknya..hahaha...lepas tu,buah pun tak berapa nak elok sgt dah..

      Delete
  17. Kalau manggis akak x berani makan banyak...x pasal2 batuk kang..setakat sebiji tu ok lagi..akak ni sensitif skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tu kak, dah tau apa yang boleh makan ke tak...boleh la berpada pada

      Delete