lovvu Dobbu

Wednesday, July 9, 2025

.: FAREWELL MR TAN :.

Assalamualaikum.

Isnin, 30 Jun 2025 - jamuan perpisahan En Tan (Timbalan Pengarah Pengurusan).
En Tan, lapor diri di Hsel hujung bulan 7,2024.
Dapat kenaikan pangkat, tu yg pindah Hsel, rezeki memangku di sini sahaja.
Hakikinya di HkL..
Belum setahun, dah keluar.
Linda dah hampir 4 tahun di sini, dah 2 TP pengurusan yang datang dan keluar.

Pengarah memberi sepatah dua kata.

En Tan pula memberi sepatah dua kata.
Kiranya En Tan nie bos linda yang paling tinggi lah, sebelum pengarah.
Baik En Tan nie,humble je.
Mungkin sebab dia bermula dengan gred yg rendah (jurubahasa mahkamah), sebelum dia sambung belajar dan dapat jadi PTD (Peg Tadbir Diplomatik).

Kek perpisahan.

Menu jamuan perpisahan.
Sedap semua lauk pauk nya.

Macam biasa,untuk jamuan macam nie,akan ada kutipan yang dibuat..
RM15 seorang, tapi tiada paksaan untuk sertai jamuan.

Alhamdulillah, moga lepas nie rezeki linda pula dapat bertukar, aamin. 

Till then, see ya. 

30 comments:

  1. Kalau dapat bos baik, kita rasa sedih kan kalau dorg nak bersara / bertukar. Sebab nanti pengganti belum tentu sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..nie tak tau bila nak ada pengganti baru

      Delete
  2. Kebiasaannya dapat bos yg baik sekejap je dah pindah

    ReplyDelete
  3. Jarang jumpa PTD kaum C ni, ramai yg sy kenal org kita je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Min..tapi,saya pernah juga kerja dengan PTD India...yg tu pun baik, boleh dengar pendapat org bawahan.

      Delete
  4. Sedap plk nampak slice cake tu =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi biasa2 je...kek coklat tu,kek span biasa je..

      Delete
  5. ooo siap ada kutipan yer utk buat jamuan..kat AIKOL ni biasanya guna peruntukan yg ada tp boleh jer saper2 bwk mknn ala2 port luck utk bagi meriah juadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..sini takde peruntukan MZ...peruntukan diri sendiri je..

      Delete
  6. jarang betul jumpa Chinese dalam pejabat kerajaan kat johor ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat KKM nie,sebab lapangan kan..banyak juga yang ada .doktor² dengan farmasi lah ramai sikit chinese

      Delete
  7. klau di bahagian sis, kelab akan taja menu utama.. anggota boleh la bawak menu sendiri untuk potluck.. bukan apa, bahagian sis ni mystep sahaja pun 50 orang.. klau buat majlis, semua pakai peruntukan kelab pun masak juga.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok juga tu...
      Yang nie kutipan termasuk hadiah perpisahan...kita ikot serta suka² je..

      Delete
  8. Replies
    1. Semua yang ada kita letak dekat pinggan..memang meriah la jadinya

      Delete
  9. Moga ada rezeki linda jugak.....bertuah dapat bos baik, tapi biasanya tak lama bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin...
      Biasa mcm tu kak,bos baik sekejap je

      Delete
  10. Tempat akak pun kalau nk jamuan ada kutipan.... Jarang nak jumpa pegawai Cina kerja di jabatan kerajaan kan. Ada tapi tak ramai

    ReplyDelete
  11. Berat sekali kalau berpisah dengan bos yang baik ya Mbak.
    Kue perpisahan dan jamuan makan nya menarik juga Mbak.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda tidak bekerja secara lansung dengan bos, jadi tidak lah terasa berat nya..yang berat, Linda Masih belum dapat bertukar lagi...hihihi..
      Alhamdulillah,makan nya sedap².

      Delete
  12. Sedihnya bos baik nak berpindah. Walaupun pangkat tinggi tapi humble. Semoga lepas ni rezeki linda pulak dapat berpindah. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..moga lepas NIE rezeki Linda pula...aamin

      Delete
  13. Susah nak jumpa boss yang humble dan baik hati.
    Sedap tengok hidangan jamuan perpisahan.
    Semoga lepas ni, rezeki Linda pula untuk bertukar. Aminn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dapat bos baik...
      Insyaallah..moga masin mulut kak...amin

      Delete
  14. Linda minta tukar juga ke? Semoga dipermudahkan...
    Selamat Maju Jaya utk Mr Tan. Boss baik ni ramai yg sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa...awal tahun dah submit kak..tapi biasa lah, anak² buah nie susah sikit..kalau ada rezeki,dapat lah awal.

      Delete