Assalamualaikum.
Anak Soleh, abang Mueez jatuh basikal 🥹🥹🥹
Petang semalam, sampai ke rumah dari sek KAFA, macam biasa, tukar² baju untuk turun main basikal dan ke kedai serbaneka di ED hosp.
Ya..rutin harian biasa.
Tiba-tiba menjadi luar biasa, bila dedek naik rumah dan beritahu "ibu,ayah, Mueez kepala dia berdarah, terlanggar kereta"
Terus suruh incikSuami pergi tengok.
Linda menunggu di rumah untuk berita selanjutnya.
Tak lama incikSuami turun, telefon Linda berbunyi "eh,sayang nak ikot tak?Mueez masuk ED tu,zon merah"
Terus bersiap zass, sambil tu telefon berdering, dari Hosp Selayang untuk beritahu perkara yang sama.
Terus ke Kecemasan,masuk zon merah.
Luluh hati tengok abang Mueez menangis, kepala berdarah..
Tak sanggup nak tengok, ibu terus keluar untuk buat pendaftaran, tinggal lah incikSuami menemani abang Mueez.
Selesai pendaftaran, kembali menjenguk abang Mueez.
Sudah terlena, kepala berbalut, rambut telah dicukur.
Menunggu giliran untuk membuat CT Scan dan X-ray.
Kepala terhentak ke jalan, hentakan yang kuat rasanya.
Nak share gambar kecederaan di kepala, tak sanggup..cukup lah sekadar simpanan peribadi.
Selesai CT Scan dan X-ray, hampir jam 8.30 malam.
Balik ke rumah dahulu, bergantian dengan incikSuami.
Tempat kejadian, depan ED.
Kesan darah masih ada, tak dapat Linda bayangkan.
Setelah doktor review itu,ini..
Perkhabaran sedih yang perlu ditelan, terdapat pendarahan yang sedikit di bahagian otak.
Kes direfer ke Neurosurgeri hosp Sg Buloh.
Menunggu review Neurosurgeri untuk langkah selanjutnya, sementara menunggu.
Kami masih di Kecemasan Hosp Selayang.
Mohon doakan semoga urusan anak Soleh dipermudah, tiada perkara yang serius, moga sembuh seperti sedia kala..Aamin
Alhamdulillah, dari petang 6pm,16Julai2025 hingga saat ini, 2.30am,17Julai2025. Abang Mueez baik² dan dalam keadaan stabil..masih waras, tiada muntah²..
Mohon salurkan kekuatan pada Linda..terima kasih semua.
Owh,selepas diselidiki, dan ada bantuan kawan yang bagi CCTV parking, abang Mueez jatuh sendiri (mungkin rantai basikal terjatuh,basikal nampak stuck dan terberhenti, inertia menyebabkan abang Mueez terjatuh)..nampak hentakan kuat,selepas hentakan kuat, diikuti sawan.. Allahuakbar, luluh hati, tak boleh tengok video tu berulang kali.
Till then, see ya.
Ya Allah, Ya Tuhan, sabor ye Linda. Akak doakan abang Mueez tak apa², dan cepat² sihat. Stay strong, dan segala urusan dipermudahkan. 🤲 Kesian Muezz, mesti sakit.
ReplyDeleteAllahumma Aamin... terima kasih kak Nur...
DeleteAllahuakbar, moga abang Mueez sihat2 dan tiada kesan sampingan hendaknya
ReplyDeleteAamin@x... terima kasih Umifuzy..harap2 begitulah
DeleteShafahullah. Allahumma yassir
ReplyDeleteaamin2... terima kasih MZ
DeleteAllahu Akbar 😭
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan utk Linda sekeluarga dan mueez kembali sihat 🤲🏻
Strong ye Linda ❤️
terima kasih PH...insya-Allah...ibu is seterong...
DeleteAllahuakbar...Semoga semuanya baik2 aje utk mueez...Shafahullah. Allahumma yassir..Amin
ReplyDeleteAllahumma Amin... terima kasih sis nieza
DeleteAllahuuu, semoga kembali sembuh dan sihat seperti sebelumnya.
ReplyDeleteSemoga terus kuat Linda dan ahli keluarga.
Shafakallah Mueez, semua akan baik-baik hendaknya.
Aamin2x... terima kasih atas doanya Cha...
DeleteAllahuakbar.
ReplyDeleteYa Allah berderau darah kalau ada accident ni. Terus kuat Linda untuk Abang Mueez segera sembuh dan sihat seperti biasa. Semoga Allah permudah segala urusan Linda sekeluarga. Aamiin...
betul, memang berderau lah darah nie semalam...
Deletesemoga yang baik2 je untuk abang Mueez..aamin
Moga cepat sembuh. Apa yang Linda tulis membimbangkan juga. Moga semuanya baik-baik ajer.
ReplyDeleteterima kasih kak.. ya, betul, untuk kita yang bukan pakar nie memang membimbangkan, tapi doktor2 pakar dah pantau, insya-Allah semua nya dipermudah...aamin
Deletesmoga cpt sembuh & dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteaamin2.. terima kasih MT
DeleteAllahuakbar lyn, berderau kak mieja baca, moga cepat sembuh abg mueez, moga dipermudahkan urusan lyn & hubby.
ReplyDeleteAllahu, linda semalam tengok abang Mueez dekat redzone lagi tak sanggup, tu yang lari p kaunter pendaftaran...
Deleteterima kasih atas doanya kak Mieja, Insya-Allah semoga semua yang baik2 je...aamin
Allahuakbar...saya pun gitu kalo ank sakit...suruh husband handle x sanggup nak hadap diorg...Semoga abg Mueez cepat sembuh...Semoga Allah permudahkan urusan keluarga Linda...
ReplyDeleteItulah...semalam dengan darah,dengan meraung nya...aduhh
Deletesemoga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh...teruk kecederaan tu...harap tak trauma nak berbasikal
ReplyDeleteInsyallah...terima kasih Taufik atas doanya..
DeleteAllahu... semoga Abang Mueez cepat sembuh dan Allah permudahkan urusan Linda sekeluarga.
ReplyDeleteLinda pun jaga kesihatan ya.
Aamiin..terima kasih kak.. InsyaAllah...Linda ok je nie..take over malam je..siang biar lah bapa dia..
DeleteSemuga semuanya Allah permudahkan dan Muez cepat sembuh ya.
ReplyDeleteAamiin..terima kasih kak notie
DeleteKita yang baca ni pun rasa sedih, tak dapat nk bayangkan perasaan emak bapaknya kan. Moga dipermudahkan semuanya buat abg Muez, moga diberi kesembuhan dan sihat spt sediakala.
ReplyDeleteAamiin..terima kasih kak Dana...
DeleteAllahuakbar, semoga abang mueez cepat sembuh ya..
ReplyDeleteTerima kasih ya..
DeleteSemoga abang Mueez tidak mengalami cedera yang serius, Mbak.
ReplyDeleteDan semoga lekas kembali sehat dan normal seperti sedia kala.
Salam,
InshaAllah... Mudah mudahan kembali seperti sedia kala..aamin
DeleteTiada muntah2 tu petanda bagus... Semoga baik2 semuanya
ReplyDeleteBetul tu uncle... Alhamdulillah,semoga dipermudah untuk ke depannya... aamin
DeleteSemoga Mueez dikurniakan kesembuhan sepenuhnya. Mudah-mudahan segala urusan rawatan dan proses penyembuhan berjalan lancar, lapang laluannya dipermudah Allah.
ReplyDeleteAamin...terima kasih atas doanya MF...
DeleteInnalillahiwainnailaihirajiun. Allahuakbar. Moga Allah permudahkan urusan Linda sekeluarga. Semoga Abang Muezz sihat kembali.
ReplyDeleteAamiin YRA...mudah mudahan dipermudah segala urusan... Aamin...
DeleteTerima kasih kak NA
semoga tidak ada apa2 lagi kecederaan yg serius. Semoga anak soleh cpt sembuh ye. Aamiin...
ReplyDeleteAlhamdulillah,tiada yang serius...dah boleh balik kerumah...terima kasih doanya, AK
DeleteMoga tak ada kecederaan yg serius ..
ReplyDeleteAlhamdulillah..dah berlalu fasa yang serius...moga baik2 saja selepas ini..aamin
DeleteAstaghfirullah, Kakaaaak, be strong okay ❤️❤️❤️. Saya doakan anak kakak tidak kenapa2, tidak ada yg bahaya, bisa pulih cepat seperti sedia kala ❤️❤️❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah... dipermudah segala urusan..abang Mueez baik2 saja...terima kasih fanny
DeleteAllahuakbar meremang bulu roma acik baru baca berita abang muezz...moga tak ada apa yang serius..terus berdoa ye Linda insyaAllah semua baik2
ReplyDeleteAlhamdulilah..buat masa sekarang takde yang serius...moga² takde effect di hari mendatang.. aamin
Delete