lovvu Dobbu

Sunday, February 16, 2025

.: PASANG AWNING RUMAH :.

Assalamualaikum

Cerita masa cuti Thaipusam hari tu, 11.02.2025.
Balik kampung semalamnya lepas habis kerja, sebab hari cuti tu ada urusan sikit dekat rumah Tronoh.
Sekali dengan nak bawak balik abang Mu'az , abang Mueez lah.
Nak sekolah dah nie.

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk beli kek birthday mak yang dah lepas tu.

Wefie dengan mana yang ada je lah.
Saja lah beli kek, buat makan-makan.
Tapi, linda tak dan makan, nak terus keluar.

Anak 4 bagi can ibu ayah detink sat.
Semua tak nak ikot katanya.
Nak stay rumah embah.

OTW tu, ada "kebakaran" berlaku.
Eh, bukan kebakaran betul pun, cuma pesawah membakar petak sawah yang dah dituai.
Area felcra Seberang Perak nie.

Ke mana linda?
Balik Tronoh sat.

Elok kami sampai.
Geng-geng nie pun sampai.
Panas berdenting weyh.

Nie lah urusan nya.
Pemasangan awning dekat depan rumah.

Sejam lebih jugak nak siap nie.
Dari pukul 3.15 petang hingga hampir 5 petang.
incikSuami beritahu, dia order jenis "Pergola Metal deck"
Linda bayangkan atap dia yang macam zaman sekarang nie la, yang macam jenis lutsinar tu.
Tapi, ehhh, kenapa macam zink biasa je?
Paneh lahh macam nie.

Tapi bila google.

Awning Metaldeck Tahan Lasak

Awning Metaldeck dan awning pergola metal deck adalah pilihan pelindung yang popular untuk ruang luar, memberikan perlindungan daripada cuaca dan menambah estetika kepada rumah atau bangunan komersial. Awning ini diperbuat daripada bahan metal yang kuat dan tahan lama, memastikan ia mampu bertahan dalam pelbagai keadaan cuaca. Awning Metaldeck memberikan perlindungan yang lebih kukuh berbanding awning tradisional, dan ia juga direka untuk memberikan sentuhan moden yang menarik pada rekaan luar.

Manfaat utama menggunakan awning metal deck adalah keupayaannya untuk mengurangkan suhu di bawahnya, menjadikannya lebih selesa untuk aktiviti luar. Dengan struktur yang tahan lasak, awning ini memerlukan penyelenggaraan yang minimum dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang. Awning pergola metal deck juga menawarkan ruang untuk tanaman merambat, menjadikan ruang luar lebih hijau dan menarik. Kedua-dua jenis awning ini memberikan penyelesaian yang praktikal dan estetik, meningkatkan nilai keseluruhan bangunan sambil memberikan perlindungan maksimum kepada penghuni dan pengunjung.

Alhamdulillah, hasilnya beginilah.
Setelah 10tahun, baru ada awning ye kamu..hihihi
Total awning RM2500.00

Lepas pasang awning, terasa gelap pulak dalam rumah.
Sebelum tu, cerah je rasenya. Hihihi
Lepas tu, ada kerjaan lagi dekat rumah tu.
Lepas isyak baru kitaorang gerak balik kampung.
Kerjaan tu, nanti next entry ya.

Till then, see ya.

20 comments:

  1. Alhamdulillah dah pasang awning redup la sikit ruang tamu rumah pun tak ada cahaya terik matahari masuk. Betul kita anak 4 ini kalau dpt masa nak dtg dgn wife syukur sgt.. dpt mengopi 20 minit pun jadilah hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Akhirnya, dapat pasang awning.
      Kan, dapat p sarapan sekejap pun ok lah.. Hahaha..

      Delete
  2. Pasang awning takdela panas cahaya direct matahari cuma gelap la sikit kan rumah.

    ReplyDelete
  3. wahhh Alhamdulillah dah pasang awning jadi gelap tp redup sikit lah kan hehehe.. sipbaik anak 4 kasi chance mak ayah dating hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. A ah, jadi gelap sikit.. Ibu baru cadang nak tengok wayang sekali..hahaha..tapi,tak dan..

      Delete
  4. Kebanyakan rumah teres jadi gitu kan terutama lot tengah. Bila pasang awning, dalam rumah jadi gelap. Kebaikannya redup lah bahagian tu. Kereta kalau park situ taklah berhujan dan berpanas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Kita biasa dok rumah kampung.. Cerah je..
      Bila kawen ngan husband, balik umah MIL umah taman, siang2 pun pasang lampu.. Adoi, tu yang kadang2 pagi terlajak bangun.. Hahaha..

      Delete
  5. Alhamdulillah dah ade awning..Kalau panas awning tu..Senang sikit kain nk kering =D..Tapi tahan lasak ok la...Lama lagi nk ganti yg baru =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..itulah, senang nak sidai baju lepas nie...10 tahun lagi baru gani, tu pun kalau dah rosak..kot belum , pakai je dulu

      Delete
  6. Alhamdulillah, settle dah pasang awning

    ReplyDelete
  7. patutnya letak 1 atau 2 zink yg transparent tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. suami yang deal...linda malas nak campur...cuma kabinet dapur je yang linda campur, sebab tu playground isteri dia.. hahaha

      Delete
  8. Memang jadi agak gelap, tp hawa rumah juga JD lebih sejuk. Buat saya yg penting itu kak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak linda suka pencahayaan... Lemas rasanya bila samar2

      Delete
  9. ok sgt rege RM2500 tu...umah MZ pun tak psg2 lagi awning..memang wishlist cuma lom buat lagi laa..dan rasa mcm mahal jugak kos kat area gombak ni esp termasuk kos pasang selain rege awning tu sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama harga dengan pasang grill dekat rumah teluk intan...

      Delete
  10. tadi rasa mcm MZ dh komen kat entry awning ni...anyway, MZ teringin gak nak psg awning kat rumah MZ cuma lom ada bajet laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen masuk spam...baru linda keluarkan...hihihi...
      insya-Allah, nanti ada bajet tu...aamin

      Delete