lovvu Dobbu

Tuesday, December 30, 2025

.: TAHNIAH MAYA SYAFIQAH :.

Assalamualaikum.

Jumaat, 19.12.2025 - hari terakhir persekolahan.
Rezeki kak M pula dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah kelas KAFA kategori Kehadiran Terbaik Perempuan.

Sepantas kilat Linda pergi, lepas menjadi team koir jemputan untuk perhimpunan bulanan bulan Disember.

Team koir HRAD
Nah, belanja gambar team koir petang tu.

Untung juga motor ada 2 biji kome.
Senang nak merempit.
Mohon keluar pejabat 3.30-5.00 petang terus.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Sampai² jumpa incikSuami.. 
Terus wefie.
Nasib baik sempat lagi tengok kak M ambil hadiah.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Tahniah kak M

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Wefie pula dengan kak M.
Tahniah kak M.
Sebab tu lah ibu suruh pergi sekolah hari².
Rezeki kak M dapat kategori Kehadiran terbaik.. Alhamdulillah.
Mana tahu penyuntik semangat untuk buat yang lebih baik lagi untuk tahun hadapan..aamin.

Majlis Ikhtifal KAFAi Selayang Pandang
Lawa plak nya.
Tapi yang ni takde tulis nama kelas pula..
Tahun dah ada elok dah.

Alhamdulillah, walau apa pun.
Ibu ayah tetap bangga dengan anak²..
Semoga kejayaan sentiasa mengiringi mereka..aamin.

Till then, see ya.

.: SEHARIAN - MARAN - KL :.

Assalamualaikum.

Sabtu. 27.12.2025 - memenuhi jemputan kenduri kak Na.
seawal 8 pagi dah keluar rumah.
isi perut dulu dekat kedai mamak.

kalau dah jumpa terowong nie, rasa dah dekat la perjalanan nya. hihihi

lepas exit Maran, Subhanallah. 
lawa sungguh pemandangan nya.

sampai lah kita ke Maran, Bandar Sejahtera.
tak jauh dari sini.
kak Na buat majlis dekat Pejabat Agama je.
majlis pun sekadar meraikan mempelai.

one with kak Na.
linda doakan yang terbaik untuk akak.
semoga bahagia milik akak.
dah macam cerita Bahagia Yang Tertangguh pula.

acara makan-makan tak ambil gambar.
tapi kan, yang specialnya ada ikan patin masak tempoyak.
linda tak makan, jadi tak ambil lah.
suami pun rugi lah, sebab dah terlajak ambil lauk lain.
takde rezeki lah nak merasa ikan patin masak tempoyak.

one with little family.
abang Mueez takde, sebab dia tinggal dekat kampung.

lepas makan kenduri, terus balik KL semula.
jalan ada juga lah jem sikit-sikit, tapi ok je.
sebabkan awal lagi, teruskan lah plan yang patutnya nak buat hari Ahad.
ke mana kita??? ke Jalan TAR.
parking dekat tempat parkir awam depan IPD Dang Wangi. RM6 per entry.
murah situ, tak jauh pun nak jalan ke depan tu.

masuk SOGO, wahh banyak nya sale.
tapi untuk members je, kalau takde members macam mana?? hahaha
tapi tak beli apa2 pun, sebab malas nak beratur dan bersesak.
tujuan utama nak cari baju melayu. weyh..awal fikir pasal raya.. hahaha

last-last kita jumpa bajunya di Muaz Tesktil.

Dah penat berjalan.
Harus lah isi perut dulu, jadi sampai rumah kang, takde lah ibu nak fikir anak² nak makan apa..
Sekarang ni, tak beli stok barang basah pun, sebab nak clear rumah kan.

Kak M, dia yang rela hati nak pakai tudung bawal tu, lepas tu. Dia stress masa sendiri.
Tudung tak betul lah, apa lah.
Sabar je Linda.

Mission completed.
Baju Melayu abang Mu'az dan dedek.
Abang Mueez punya tak beli, sebab orang nya takde.
Takut salah saiz bila beli nanti.

Ibu ayah?
dah ada warna yang di pilih tu.
walaupun baju tu dah beli2,3 tahun lepas..
muat lagi, pakai je lah.
malas nak fikir nak beli baju baru.

till then, see ya.

Monday, December 29, 2025

.: MAKAN KENDURI :.

Assalamualaikum.

Cerita awal cuti sekolah hari tu.
Ahad, 21.12.2025 - kenduri anak kawan incikSuami dekat Bukit Jana, Taiping, Perak.

Tak nampak pula namanya.
Kalau tak silap "Warisan Zaitun"
Dia corner lot rumah sebuah sebuah.
Di ubah menjadi tempat untuk buat majlis² keraian yang sederhana pengunjungnya.
Max sekali datang mungkin bawah 100 orang.
Tapi, cozy lah kawasannya.
Lupa nak snap gambar bahagia dalam nya.

Nama pengantin.
Anak kawan incikSuami yang perempuan.

Ni lah kawan incikSuami.
Kami panggil dia PakSyukoq jaa..
Memang beza dalam 10tahun juga lah dengan incikSuami.
Macam mana kenal, rasanya sebab kereta kot..kawan sebelum masuk tentera.
Dengan pakSyukoq ni lah, lepas Linda kahwin dengan incikSuami, follow diorang p Seberang Prai, tengok kedai jual aksesori kereta. 
Dan Linda hampir kena tinggal dekat stesen minyak, sebab incikSuami lupa dia dah kahwin masa tu.. hahaha.
Baru ada isteri seminggu, lupa jap bila dah selalu keluar berdua dengan kawan.

Jom, Linda bawa jamu mata dengan makanan yang Linda ambil.

Main dish, ada juga kari daging dan kuah dalca. Tapi Linda tak ambil.

Side dish, cendol dan bubur kacang merah.
Dia dua pun sedap.
Tak manis sangat.

Ada laksa juga.
Kuah dia ceroi(agak cair) sikit, ataupun orang tu tak kacau sampai bawah. Cedok kot atas je.
Nota bad la rasanya, sedap juga.

Beg goodies yang lawa.
Suka lah corak² batik ni.

Alhamdulillah, dapat menyantuni tuan rumah.
Terima kasih atas jemputan.
Semoga pasangan pengantin berbahagia till Jannah..aamin.

Till then, see ya.

.: HADIAH TOP KOMENTATOR BLOG JURNAL ASHIKIN :.

Assalamualaikum.

Sebelum ni ada cerita yang Linda dipilih sebagai top komentator bulan Disember untuk blog Jurnal Shikin.
Alhamdulillah, hari Sabtu,27.12.2025. hadiah yang dikirim dah selamat sampai.

Udah malam baru p collect dekat asrama. Hihi.
Jom la kita unboxing 

Amboi, panjang list nya.
Terima kasih ya blogger Shikin.

Mini perfume pelbagai bauan.
Ada 5 jenis bau semuanya.
Abang Mu'az dah minta satu.

Alhamdulillah, terima kasih banyak ya.
Semoga dimurahkan rezeki berpanjangan.Aamin.

Boleh la buat tambah² koleksi minyak wangi.


Till then, see ya.

Sunday, December 28, 2025

.: CARDCAPTOR SAKURA - COMICS VERSION :.

Assalamualaikum.

Banyak lagi cerita tak up dalam blog.
Tapi nak up yang ni dulu.

Sebabkan terbaca dekat blog Bola Katok pasal Gempak Starz keluarkan buku Cardcaptor Sakura.
Seketul Linda yang minat series tu, memang teruja la.
Tapi, takde lah mencari betul².
Sampai² la masa Krismas tu, lepas habis tengok wayang.
Nampak abang sebelah ni belek² komik Cardcaptor Sakura ni.
Terus la semangat membara.

Hari ni, ajak incikSuami jalan dekat Aeon Shah Alam.
Sebab kat situ ada Popular dan Kaison.

Masuk Popular. 
Dan..

Cardcaptor Sakura
Terus nampak komik yang dicari.
Haisyh, memang ambik semua volume, 1-4.
Tak pasti pula memang habis sampai volume 4 ke macam mana.

Grilled chicken
Puas hati dah dapat komiknya.
Meh la kita makan.
Alhamdulillah, habis.. lapar agaknya.. hahaha.

Dah sampai rumah, jom kita close up sikit.

Volume 1 - Cardcaptor Sakura
Volume 1

Volume 2 - Cardcaptor Sakura
Volume 2

Volume 3 - Cardcaptor Sakura
Volume 3

Volume 4 - Cardcaptor Sakura
Volume 4

Senaskah komik tu RM16
Ada diskaun 10% setiap satu.
Jadi total 4 naskah tu RM57.60.
Dah bertahun tak membeli komik ni.

Saat entry ditulis, volume 1 dah habis baca.

Till then, see ya.

.: MAJLIS APRESIASI 2025 :.

Assalamualaikum.

Saja nak share sini.
Khamis, 18.12.2025 - Majlis Apresiasi SKSJ.
Alhamdulillah, rezeki abang Mueez nak naik pentas tahun ni.
Jom la kita meraikan abang Mueez.

Makem 2025
wefie sikit dengan incikSuami.
Dah hujung² takde orang pun.
Tapi, Linda mai pun lewat.
Takde lah nak tunggu dari mula.

Makem 2025
Alhamdulillah, sempat sebelum abang Mueez naik pentas.
Tahniah sekali lagi.
Semoga terus sukses di masa hadapan.
Semoga dapat sesuaikan diri di sekolah baru nanti, aamin.

Owh, abang Mueez dapat Anugerah Lonjakan Saujana. Kiranya prestasi meningkat(paling banyak dari murid lain) dari tengah tahun ke akhir tahun.

Makem 2025
Satu sebagai kenangan.

Makem 2025
Ni lah plak yang dapat.
Patutnya tulis tahun 2025, baru syok kan.
Kita tahu lah tahun bila.
Alhamdulillah ,rezeki abang Mueez.

Debar pula nak tunggu result UPKK tahun depan.
Takde lah letak harapan tinggi sangat.
Moga yang terbaik lah untuk abang Mueez.

Till then, see ya.

Saturday, December 27, 2025

.: 17.12.2025 - PART 5 :.

Assalamualaikum.

Aktiviti terakhir pada hari ulangtahun perkahwinan ke 14.
Takde acara makan².
Tapi ada acara shopping kasut. 
 
Selesai menonton Papa Zola..
Buat urusan kendiri sekejap.
Tiba² incikSuami ajak pergi Puncak Alam.
Follow jelah.

Nish bundle
Ke Nish Bundle.
Anak² tau lah. Diorang tengok TikTok.

Banyak kasut.
Atas pun ada. Bawah pun banyak.
Anak² pun dah rambang mata. Hahaha.

Nish bundle
Onitsuka kuning tu cantik, tapi takde saiz dah.

Nish bundle
Adidas samba hitam.
Tapi, bosan la hitam je.

Nish bundle
Jom jalan² lagi..
Tengok mana yang berkenan.

Maya Syafiqah di Nish Bundle
Kak M dah dapat yang berkenan di hati.

Nish Bundle
Eh, awak pun lawa juga.
Sweet je. Memang nampak gegirl betul.

Naik turun, ke depan ke belakang.
Try yang ni, try yang tu.
Sejam juga dekat dalam ni.
Masing² pun dah tetap dengan pilihan hati.
Jom bayar.

Nish Bundle
6 pasang semuanya.
Harga jangan tanya, walaupun bundle.
Anak² siap cakap mahal harga nya..hahaha.
Nampak sangat ibu selalu belikan kasut dekat Shopee je, itu pun yang bawah RM70 je.
Tak baloi kadang tu, pakai sat ja, lepas tu tak muat dah..
Haaa, mcm sneakers yang selalu linda pakai tu, beli untuk abang Mu'az..baru pakai sat, dah kena tukar saiz.
Nasib sneakers tu saiz Linda, Linda lah yang sambung kontrak pakai.
Kasut yang lain², memang tak sambung kontrak lah.. dah beso.
Kaki ayah pun kalah dengan kaki abang Mu'az..

Eh, nak tahu ke Linda pilih kasut yang mana?

Nish Bundle
Finally, Adidas Samba hitam putih ni.
Sebab sedondon dengan incikSuami.
Saja lah nak matchy².. 🤭🤭

Tapi, tulah.. tak rasmikan pun lagi.

Alhamdulillah, terima kasih incikSuami belanja kami anak beranak kasut baru.
Moga murah rezeki selalu, diberikan kesihatan berpanjangan. Aamin.

Habis sudah cerita 17 Disember kami.🥰🥰

Till then, see ya.

Friday, December 26, 2025

.: BUY 1 FREE 1 :.

Assalamualaikum.

Peminum kopi tegar Zus mesti perasan promo ni.

Buy 1 Free 1 item merchandise dari Zus.

linda pun tak ketinggalan juga, hihihi.
berbaloi la untuk beli tumbler Zus nie.

Isnin, 22hb hari tu sampailah parcel nya.
linda cuti kan, jadi hari ni baru dapat buka dan tengok parcelnya.

besar betul kotaknya.

haa.. 2 coit nie je.

lawa la kotak nya.
kira harga seketui RM39.50.
dah ada hadiah birthday untuk kak Mas tahun depan. hihihi.
bagi tumbler zus nie je lah.
nampak lah Wow sikit.. hahaha.

dalam banyak2 warna.
yang ni pilihan hati.
tak tau la kenapa.. hahaha.

dah siap daftar tumbler dekat Zus.
yeay, boleh lah mengopi nanti.

antara alasan yang nak beli tumbler Zuss nie.
1- sayang nak buang plastik cup Zus tu.
2- dapat lah 10% diskaun setiap kali beli ayor zus
3- dapat lah menyumbang sikit kepada pemuliharaan alam semula jadi.
4- of course la sebab harga dia murah, B1F1 kan? kalau nak beli semata2 seketul tu RM79, linda berkira sikit.. hahaha.

nie bahagian penutup, getah dia merata masa mula2 nak buka tu.

linda letak dekat hujung penutup tu.
betul kan tempat dia kat sini?
siapa yang ada tumbler Zus, meh share kedudukan sebenar getah tu kat mana.. hihihi

till then see ya.