lovvu Dobbu

Tuesday, November 5, 2024

.: NASI RAHMAH :.

Assalamualaikum

hari nie, linda beli makanan dekat cafe.
padahal pagi tadi dah siap masak lunch dekat rumah.
tapi tak bawak bekal, konon nya tengah hari nie balik rumah, sebab incikSuami balik Melaka jap.
kena sign SSPA, alhamdulillah dapat jugak rezeki dia..
naik sikit lah pencen nant, sebab gaji pokok naik. 😍😍

bila tak bawak bekal ni, pukul 11 pagi perut dah meminta minta untuk di isi pulak.
ke kafe lah kita ye.
tengok kat kaunter nasi, ada lagi menu rahmah nie..
jadi Linda ambil lah satu.

RM 5 sebekas nie..ok lah kan
dekat hospital nie ada dua kafe..
selalu ke kafe sebelah luar je, kafe luar takde nasi rahmah.
hari nie ke kafe dalam, ada nasi rahmah.
moh le kita cuba.

nie dalam dia.
ada nasi (separuh), ayam dan sayur..
bagi linda ok je, sebab kalau ambil lauk biasa pun, memang amik lauk ayam 1, sayur 1. 
yang tu pun dah RM10.
nie RM5 ok sangat lah kan.

seklai bila alihkan ayam nya...
ada dua ketul tu je..hihihi
patut lah dengan harga dia.
sayur kacang panjang tu, linda beli lain.
masin pulak sayur kacang panjang tu, tak habis pun.

kalau kita bungkus sayur je RM2.50
selalu kalau lind abawak bekal, kadang-kadang pergi kafe cari sayur.
sebab kat rumah tak masak sayur..hihihi
kalau malas, makan lah nasi dengan lauk je.

Alhamdulillah, untuk rezeki hari nie..
dah kenyang, baru lah tenang nak pick up anak balik sekolah nanti.
eh, awal makan lunch.. hahaha

till then, see ya

1 comment:

  1. ok sgt rege rahmah tu :) MZ beli mknn kat cafe aikol (UIA), sbb amik 2 jenis lauk dan sayur sikit so rege tak rahmah mana tp still lagi murah berbanding harga kat luar sbb students rate

    ReplyDelete