lovvu Dobbu

Thursday, May 16, 2024

.: SELAMAT HARI GURU 2024 :.

Assalamualaikum

petang semalam ada orang berzikir sebelah telinga nak bagi cikgu hadiah..
nseb lah kedai eco dekat je ngan rumah
kita vroom lah kejap..

tapinya, macam semut malam tadi kat kedai ECO...
ramai sangat orang serbu..
niat nak cari marker pen warna warni
eh takde pulak..

dari tahun lepas, linda cakap kat anak, kita bagi cikgu makanan @ minumam je...
pen tu mesti banyak cikgu dapat

tengah bayar dekat kaunter, ada anak dara sunti dua orang..mungkin darjah 5 dan 6, beli hadiah hari guru dan pakai duit raya @ duit belanja sekolah yang dikumpul
ibu cakap dengan abang Mu'az, " haa beli lah pakai duit sendiri"
dia buat derk je ngan ibu..
bertuah punya anak.. hahaha

selesai membungkus hadiah
paper bag tu memang ada dekat rumah.
dah habis stok paper bag ibu, kena beli lagilah buat stock gini

yang kotak beso tu, abang Mu'az punya
dia beli biskut dekat cikgu, tak muat nak masuk paper bag.
naseb baik kotak ngam2..kita balut lah dia

abang Mu'az request nak reben..
kita pusing lah lorong reben..
nampak ini, Linda pulak yang teruja..
nak tahu macam mana nak buat untuk jadi reben.

dah buka..belek-belek
jadi heran pulak..
nak buat macam mana lah agaknya nie...

rupanya, tarik je reben pink yang halus tu
jadilah dia macam bawah nie..

seketui reben yang lawa
tak payah penat-penat nak menggulung dah
Linda dah tau cara-cara nie..
memang tuju situ je lah nanti kalau nak pakai reben..

kreatif betul yang buat nie
kita jadi boleh DIY reben cara mudah
yang reka nie, memang banyak kali lah buat R&D..
terbaik lah...



SELAMAT HARI GURU 
untuk semua insan yang bergelar guru
walapun sekadar mengajarkan secebis ilmu kepada orang lain
anda tetaplah guru
ilmu tiada batasan dan sempadan
ilmu itu boleh diperolehi dengan apa cara sekalipun
semoga para GURU terus tabah dan bersemangat mengajar anak  bangsa..
semoga para GURU diberi kesihatan berpanjangan, Aamin

till then, see ya

20 comments:

  1. Selamat hari guru buat semua insan yang bergelar guru

    ReplyDelete
  2. waaa cutenya reben tu...berkenan laaaa nak beli gak laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cute sangat MZ.. Boleh beli, buat stok.. Sebab kadang2 kita nie, tiba2 je nak buat hamper lag.. Nk buat hadiah lah... At least ad spare reben gitu

      Delete
  3. Wahh..Nice..Segalanya ada dkt kedai ECO...Hahaha

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Guru kepada warga pendidik

    ReplyDelete
  5. Senang banyak keja kan ada instant reben camni. Pernah beli juga mmg senang nak guna.
    Auto berseri bila letak reben tu 👍

    ReplyDelete
  6. selamat hari guru buat semua cikgu,
    sama la..MA pun semalam ke DIY..beli hadiah cikgu Iris..hari ni print2 apa yg patut..esok baru sambutannya..tgk la esok apa hasilnya yer

    ReplyDelete
  7. untung laaa cikgu yg dpt hadiah dari muaz niiii... special tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guru kelas dia tahun lepas... Terkejut cikgu tu dpt lagi tahun nie dr Mu'az...

      Delete
  8. Anak ammi yg berdua kat rumah ni pulak ambik peluang taknak gi sekolah masa hari guru tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Ini rare... Anak kita lagi suka p sekolah time2 ada aktiviti gitu.. Sebab tak belajar

      Delete
  9. Mujur ada Kedai Eco.. banyak pilihan dan mesra poket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...berbelanja dekat kedai eco je...hihihi

      Delete