lovvu Dobbu

Thursday, May 2, 2024

.: IdMe - PERMOHONAN TAHUN SATU 2025 :.

Assalamualaikum

hari nie 02.05.2024 mesti hari stress semua ibu bapa yang nak mohon tahun 1 untuk sesi 2025
termasuk lah yang tengah menulis nie
yang lagi stress nya...
sebelum nie, linda dah buat kemaskini profi segala

tapi, hari nie tetap jugak kena kemaskini semula bawah tab nama "Mukhlis Syahir"
kenapa lah dia tak sedut je secara automatik
dah ibarat ko isi borang yang sama berulang kali...

siap2 kemas kini, eh... tiba2 hilang terus nama "Mukhlis Syahir"
takde...
tekan dekat permohonan tahun 1, takde anak yang nak mohon tahun 1
tekan balik dekat anak jagaan, takde nama Mukhlis Syahir

dah, kena buat lagi...

oklah... untuk yang tak daftar lagi...
nie Linda share cara-cara nak daftar akaun IdMe tau

langkah 1 - pergi ke laman web IdMe
belum ada akaun, klik Daftar Baru
kalau dah ada akaun klik Daftar Masuk

langkah 2 - dah Daftar Masuk
akan keluar kata kunci keselamatan
kalau betul, baru masukkan kata laluan 

langkah 3 - sila tekan dekat Aplikasi tu

langkah 4 - tekan pula dekat Pengurusan Awam tu

langkah 5 - tekan pada Pengurusan IdMe tu

langkah 6 - kemas kini lah segala macam profil yang dia minta

dah siap...
kalau untuk mohon tahun satu..
dekat tab sebelah kiri tu
akan ada "permohonan tahun satu"
tekan je yang tu

kalau kita dah daftarkan nama anak kita
automatik dia akan keluar nama anak yang nak naik tahun 1 tu

oklah, Linda pun nak sambung stress lagi..
hahaha

till then, see ya


P/S - sangat tak mesra ya IdMe nie..Linda lagi suka yang lama...

 

12 comments:

  1. mungkin pengunjung tgh ramai tu
    tu yg prob tu linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye Anies...yang kita nie nak battle untuk penempatan anak...sekolah2 dekat selayang nie kan banyak hotspot..takot tak dapat tempat...
      dengan maklumat suami, sekejap IC awam, sekejap no Tentera...banyak sangat tab dia...
      nama penjaga lah, nama ibu bapa...padahal benda yang sama je nak kena repeat2...

      Delete
  2. ye betul tu. Idme memang tak mesra mak bapak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul MY..lagi2 kita yang pernah guna yang lama..yang lama lagi ok rasenya..isi maklumat semua, terus ke permohonan...ibarat 1 buku je,de mukasurat 1- habis...

      skang nie ibarat 1 buku, tapi ada jilid2...
      buku BM, tapi ada jilid 1, jilid 2..pening betul

      Delete
  3. fuhh MZ dgr pun tumpang stress hahhaha syukur la fasa anak2 MZ umur 7thn/djh 1 dah berlalu...my youngest now dh jdh 4...ada exam la plak next week, so stress jugak nak kena suruh dia buat latihan etc

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal exam.. Good luck.. Mama dia jgn stress pulak

      Delete
  4. Huhu... dah penah merasa. Mmg stress sbb sistem tak bijak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg IdMe nie 1st time...yg lelain tu pakai yg lama.. Rse macam yg lama tu ok sikit

      Delete
  5. Saya agak roaming kali ini, tak paham IdMe yang dimaksud 😅. Tapi apapun semangaaat kak lindaaa. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. IdMe itu sistem untuk mendaftar masuk tahun 1 (sekolah rendah) selepas tamat tadika..sistem ini baru dalam 2 tahun, jadinya ramai yang tidak faham.. Tapi, bagi kak linda yang udah 4 kali mohon (kerna anak 4 orang).. Sistem kali ni, memang tak mesra.. Susah untuk mengisi maklumat2 yang diperlukan... Terlalu banyak error nya

      Delete
  6. Alamak...babb macam ni yang stresss ni

    ReplyDelete