lovvu Dobbu

Friday, May 17, 2024

.: PILIH KASIH :.

Assalamualaikum

hari nie lebih kepada luahan rasa kot.. 😂😂
pasal anak boleh bergaduh suami isteri
naya lah..

anak Linda ada 4 orang
2 tahun sorang
kira rapat lah kan??
tak sempat nak fokus kat sorang, dah ada adik
paling kesian anak sulung lah

sebab tu, Linda takde niat nak tambah dah
tapi perancangan Allah kita tak tahu kan??
setakat hari nie, Alhamdulillah, masih empat, dan kalau boleh kekal lah angka 4 tu

nak jadikan cerita
dedek je dari kecik sampai umur 6 tahun membesar dengan incikSuami
sampai dalam pantang hari tu, lepas dua minggu bersalin, Linda dah balik Melaka
jadinya sambung pantang di rumah sendiri dengan 3 lagi anak yang lain
masa tu, dedek nanges tanpa sebab pun, Linda call incikSuami suruh balik tengok anak
memang nak cakap Linda tak urus sangat Dedek kalau incikSuami tak pergi operasi ke mana

sekarang, yang sulung (Abang Mu'az) nak masuk 12tahun
dah nak remaja kan, nak tackle dia kena ada cara
tapi, memang berlaga angin je ngan ayah dia
sampai Linda pun tak tahu nak buat apa..

selalu keluar dari mulut abang Mu'az "yelah, ayah mana sayang Mu'az, semuanya anak kesayangan ayah je (refer pada dedek) "
linda dengar jadi sentap...
gagal ke aku mendidik anak sebagai seorang ibu

ayat incikSuami selalunya "Mu'az dah besar, anak sulung kena lah mengalah"
Linda tak sokong lah seratus peratus yang tu
tapi, linda nie yang tersepit antara perbalahan ayah dengan anak tu..
sampai incikSuami cakap "haa, manjakan lagi anak tu"
eh, dengar yang nie kita berasap lah..
dia manjakan dedek takpe pulak...
dah..suami isteri pulak bergaduh

Linda dah selalu cakap, "Dedek dari kecik, memang dah nampak abang, Mu'az, bila dia dah besar nie baru dia rase kehadiran abang, jadinya dia tak biasa, budak sekarang tak sama macam dulu, tolerate sikit, jangan guna alasan dia anak sulung je"
lepas tu, daku juga kena balik "nak mengajar kena lah garang sikit, jangan manja sangat"

arghhh...linda yang stress

risau-risau jatuh dalam golongan ibu bapa yang derhaka
bukan anak je yang derhaka taw



dalam video soal jawab Ustaz Azhar Idrus dekat SINI 
ustaz kata haram dari segi fizikal
tapi dalam hati, itu tak boleh buat apa...
hati tak boleh dipaksa..

sebab tu selalu gaduh ngan incikSuami
sebab fizikal tu yang nampak
kalau Linda, nak beli mainan..
4 4 akan dapat mainan, tak sama pun takpe, janji range harga tu sama
kalau nak beli roti, 4 4 kena dapat roti
risau bab anak nie...
semoga segala usaha yang kita lakukan, ada nilainya di sisi Allah...aamin2x

till then, see ya

p.s - ibu yang dalam dilema. 
nak jadi isteri solehah ke, nak jadi ibu mithali
kikiki
tapi, takdelah kata, linda tak marah anak..ada masa, backhand juga.. hahaha

22 comments:

  1. semoga segala kekusutan ini akan berjaya diselesaikan dgn sebaik mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah... Aamin2...
      Dugaan dalam membesarkan anak...

      Delete
  2. Cabaran jadi ibu bapa bila anak lebih dari seorang. Saya yg 2 orang ni pun kadang2 serba-salah seboleh-bolehnya taknak bezakan / bandingkan anak2 tapi kadang2 terlepas jugak. Lepas tu cepat2 cakap, 'Bukan mommy nak kata sorang lagi bagus dari sorang...' ayat klise sgt 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab yg nie 1 hal... Tp, semua pun kena... Hihihi

      Delete
  3. mungkin anak sulung mahukan sedikit perhatian...
    barangkali dgn cara tu mereka akan rasa disayangi...
    kita tak mahulah nnt bla mereka dah besar dan tahu berfikir, mereka akan cari org lain utk dpt kan perhatian yg mereka 'hilang' sewaktu kecil dulu...

    ReplyDelete
  4. Saya anak bongsu. Selalu 'belaga angin" je dgn ayah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tara nak besar orang kata..
      linda dulu anak tengah2...semua nak apa2..minta linda jadi perantara...hahha

      Delete
  5. anak sulong banyak berkorban perasaan kan...ishh saya tak boleh la nk cerita bab anak jadi sebak cepat nak meleleh air mata huwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..mslh sekarang incikSuami pun anak sulung jugak..tp yelah, dia beza 6 tahun dengan adik dia..hahaha

      Delete
  6. Alahai sebak pulak baca…
    Kalau macam tu lindalah kene slow talk ngan abam muaz. Peluk dia pujuk dia supaya dia takde dendam dgn ayah dan dedek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.. Memang selalu.. Malam2 memang kene tido ngan dia dulu kak.. Hahaha... Tu yg suami marah agaknya.. Dia kata linda manjakan mu'az...

      Delete
  7. Sebak baca huhu..
    Insyaallah ada jalan nya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah...
      tp takde lah selalu..kadang2 je tu...bila kadang2 tu sampai, jadi lah gini...

      Delete
  8. huhuhu.. kasihan anak sulung kita kan.. byk makan hati berulamkan jantung.. kita sendiri pun stress dan boleh gaduh.. anak2 tertekan.. ldy selalu rasa gagal mcm linda rasa.. tengok ibu bapa yg lain tenang jer jg anak.. anak2 baik jer.. :( :( :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup lady.. Linda alwayz rasa mcm tu... Tapi, cepat2 cool kan diri sendiri... Anak2 tak sama..
      Insya-Allah.. Kita dah cuba yang terbaik utk anak2 dan takkan pernah berhenti berusaha dan mencuba...

      Delete
  9. memang kena jaga hati anak2 setakat boleh..MZ memang gap antara anak2 jauh2 jugak ie beza 4 tahun dan 5 tahun utk 3 org anak..sbb mula2 tu ingat nak anak sorang ajer...then lps 4 thn, tukar pikiran, nak sorang lagi...then lps 5 thn, try the last one hheheh so cukuplah 3 org hero alhamdulillah..semua perangai lain2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiii.. Yang no 2 je.. Dengan yakinnya nak tambah.. Yang lain.. Xd rancang pun nak tambah... Tapi, makan pil.. Cume barrier dia tak kuat kot.. Last nie pakai IUCD.. Tu yg bertahan 6tahun..

      Delete
  10. Sha yang 2 ini pun kadang-kadang tak tau nak buat apa.. Harap-harapnya kita tak jatuhlah dalam ibu bapa derhaka tu.. Sedaya upaya cuba layan sama rata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin YRA...
      anak skang pemikiran dia lain...kita dulu2 takde lah bawak sampai ke beso...geram time tu je..hihihi

      Delete
  11. Ini yg saya kuatirkan juga. Merasa kok sesekali seperti tidak adil terhadap anak. Tapi yg saya lakukan, minta pengertian mereka juga. Belum lama ini si anak bungsu curhat, kenapa dia belum pernah diajak liburan ke negara bersalju, sementara kakaknya dah sering.

    Krn memang saat diajak traveling dulu si bungsu masih bayi. Jadi dia tak ikut dan stay dengan babysitter. Tapi saya pelan2 bicara kalo dia pasti akan saya ajak nanti. Dan saya jadikan itu target atau janji saya. Untungnya adik lama2 paham. Dan tidak lagi menganggap itu tidak adil.

    Intinya memang orang tua pun hrs pintar2 membicarakan hal begitu dengan anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 nya...anak-anak bisa mengerti dan fahm apa yang kita sampaikn...

      Delete