lovvu Dobbu

Thursday, May 9, 2024

.: AL-FATIHAH UNTUK ABAH :.

Assalamualaikum 

Dah 2 tahun FIL dijemput Ilahi.. 
Entry SINI

Pertama kali sepanjang linda berkahwin, linda nampak muka incikSuami macam nie.. 
tengok gambar je pun dah sebak

"semoga Allah hadirkan kekuatan dalam diri awak untuk hari-hari yang mendatang, Aamin" 

apa yang incikSuami pendam, Linda pun tak tahu
jujur cakap, kitorg tak macam pasangan suami isteri yang lain kot
ada pillow talk, heart to heart bagai...kikiki

mana sempat nak pillow talk, letak je kepala kat bantal. terus hanyut... hahaha
nak menyembang time tengok TV?? anak-anak pun, dan dan kalut jugak nak menyembang time tu..
kadang-kadang sampai berbincang dalam wasap je 😂😂

yelah, masing-masing dengan cara tersendiri kan
insya-Allah selagi diperlukan, Linda akan selalu ada

till then, see ya

p.s - Al-Fatihah untuk arwah abah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, aamin.




 

18 comments:

  1. moga2 arwah FIL linda ditempatkan di taman2 syurga..aamiin

    ReplyDelete
  2. al-fatihah buat arwah FIL akak.. org lelaki bila sedih mmg sebak tengoknye :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ana...
      A ah, betul sgt, linda pun tak nampak air mata dia... Sebab masa har kejadian tu, kitorg still PJJ lagi..

      Delete
  3. Semoga arwah FIL Linda tenang di sana. Hmm... kiteorg pun bila anak2 dah besar baru ada sesi pillow talk. Tu pun tak lama, 5 minit je pastu terus dihanyut ke alam mimpi 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2x... Mekasih kak Carneyz...
      Ya Allah... Betul kak, letak kepala.. Tak sedar dah... Hahaha... Lagi2 linda nie menjadi rebutan anak2... 😂😂.. Kdg tu smpai tetido kt bilik anak.. Kol 2,3 pagi baru terjaga.. Baru p tido kat bilik sendiri...

      Delete
  4. اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

    setiap pasangan ada 'bahasa cinta' masing2... yg mana kita selesa, just proceed dan istiqamah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doanya anies..

      Iya, Alhamdulillah yang penting suami ok.. Bertolak ansur.. Tapinya, isteri kadang keluar peel bosan... Hahaha... Nak lain dari yg lain pulak... 😂😂

      Delete
  5. sama la Linda...memang tak sempat nak pillow talk tiba2 dah masuk alam mimpi..weekend ok sikit la boleh borak2

    ReplyDelete
  6. Semoga almarhum ayah mertua selalu diterangi kuburnya ❤️. Memang paham sangat jika komunikasi dengan suami tak sedekat pasangan lain. Krn saya pun begitu. Jangan harap lah kami ada pillow talk. Tapi bersyukurnya msh rukun hingga sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin2x.. Terima kasih atas doanya Fanny...

      Iya, kerna itu.. Kadang kadang ada teman yang minta tips kerukunan rumah tangga, mungkin dia tidak pernah melihat kak linda bergaduh dengan suami @ dia melihat suami kak linda senang untuk diurusin.. Hahaha..
      Kak linda tak mampu nak bagi tips rumah tangga, kerana pergaduhan itu dalam rumah tangga itu pasti ada, cuma cara kita tanganinya...
      Jangan lah asal bergaduh, di luahkan dalam medsos, bila sedang bahgia juga diluah dalam medsos (dalam erti kata yang melampau) .. Bagi kak linda hubungan rumah tangga itu terlalu sulit.. Tidak boleh selalu dipamer dikhalayak awam... 🤭🤭

      Delete
  7. Anak dah besar sok insyaallah ada masa kita manja2 dgn suami pulak. Trust me…

    ReplyDelete