lovvu Dobbu

Monday, May 13, 2024

.: RASMI PERIUK BARU KITA :.

Assalamualaikum

hari tu kan Linda share resepi Laksa ala2 D'laksa tu
semalam kita on projek

sebab barang semua memang ada dekat rumah
laksa je takde..
fuhh, yang tu mencabar...
2,3 kedai cari laksa..takde
nak beli yang kering, tak sempat nak rendam bagai
last2 ada laksa pendek..
first time guna tu
ala-ala macam cendol je, tapi laksa

selepas semua bahan di blend
masukkan dalam periuk, tambah air ikot suka hati nak pekat mana

biarkan mereneh, dah mendidih, perasakan
tambah fish ball
nie pun tak jumpa yg kecik, ada saiz jumbo je..
so belah empat lah..jadi banyak sikit

ta tara
dah boleh dimakan
maaf lah salad takde..
ada timun ngan bawang je

eh eh, Linda dah rasmi periuk hadiah daripada SA
seronok nya rasa pakai periuk baru...hihihi

kalau ikot resepi tu, tak pedas pun
kalau nak pedas, boleh tambah cili mesin sendiri
tapi, memang sedap..
nie Linda buat macam ceroi sikit, sebab first time buat kan
jadi tak tahu banyak mana air nak guna..

yang pasti, habis 2 bungkus laksa
selalu nya tak habis laksa ku
maknanya anak-anak approved lah laksa nie (sebab tak pedas)
lain kali boleh repeat lagi

so, boleh dah buat makan-makan
ada konfiden sikit nak masak-masak..kikiki

till then, see ya

24 comments:

  1. Wah so cantik periuk baru Linda tu šŸ‘
    PH pun dah save resepi laksa Linda tu, tgh tunggu kerajinan aha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lawa..kalau masak kuah penuh periuk tu..boleh jamu 2,3 family makan...takde lah pening2 nak masak dalam apa nanti...hihihi

      Delete
  2. cantiknya periuk baru..
    sedapnya laksa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cantik kaler pink...
      Alhamdulillah, habis anak2 makan

      Delete
  3. bila guna periuk baru, semangat memasak tu lain macam.. mesti sedap ni Linda masak.. yumm yumm yumm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Boleh lah buat anak2 makan... Hihihi...

      Delete
  4. Cantik periuk baru tu, warna pink ye. Mesti bersemangat Linda memasak guna periuk baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kak.. Eksaited...terua jadi laksa haaa... Kikiki

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah.. Rezeki dapat hadiah periuk..

      Delete
  6. Cantiknya warna periuk tu....feminin sangat. Tiba-tiba teringin nak laksa la pulak.....haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah.. Lawa sgt kaler pink tu..
      Boleh masak lah dah tu.. Dok teringin dah

      Delete
  7. guna periuk baru tu yang anak2 berselera tu hehehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah guna dah..lega Linda suka...kak SA ada satu, blom rasmi lagi...nanti nak rasmi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...gigih guna...
      sape tak suka dapat hadiah kak...hihihi

      Delete
  9. sronok tu dh rasmi periuk baru masak laksa

    ReplyDelete
  10. Semangat masak Laksa Guna periuk baru..Tiber Jadi syedapp

    ReplyDelete
  11. Rasa macam nak cuba buat juga laksa ni…cuma jangan suami ammi ingat ammi buat tebiat sudahlah haha

    ReplyDelete