Lovvu Dobbu

Event Ticker

Tuesday, January 21, 2025

.: PLAYGROUND UNTUK ISTERI :.

Assalamualaikum.

eh eh..nie warna untuk apa pulak nie??
semalam tengok warna untuk cat dinding rumah.
nie pilih warna apa pulak?

hat nie pun jadi rambang mata

gigih incikSuami, siap snap lagi.
yelah HP baru kan, banyak lagi lah ruang memory nya. kikiki

hari yang sama lepas pasang grill tu, linda terus ke tronoh, seri iskandar.
incikSuami dah deal dengan orang pasang awning dan kabinet, untuk sesi mengukur.

dalam banyak-banyak yang dah survey.
kami pilih Hasny Furniture
based dekat Seri Manjung dan Pantai Remis, tapi boleh cover merata tempat, Insya-Allah.
sesi mengukur dan consultation pun bermula.
lebih sejam jugak lah. bagus betul staff yang mai tu.
sekali bila dah deal balik melalui wasap, rupanya yang mai mengukur tu boss depa.
Pemilik nama Hasny lah.

jauh betul linda ambil gambar dapur nie.
ala, kecik je dapur nya.
yang untung , table top memang sedia ada dah.
jadi kami cadang tambah kabinet je sampai syiling dan pintu kabinet bahagian bawah tu.
itu je yang mampu dulu setakat nie.

drawing secara kasar yang En Hasny tu dah buat.
insya-Allah, kalau jadi nanti mesti lawa.hihihi.
tapi, lepas raya baru boleh siap dan pasang.
tak sempat lah raya dengan kabinet baru. 😂😂

sampai tertido lah dedek menunggu, walaupun panas.
sebab kipas hall tu dah jem, incikSuami tak sempat tukar lagi.
tapi, masa nie pun dedek tak sihat sangat.
jumaat semalam nya tu, incikSuami cakap dedek muntah-muntah.
makan pun tak lalu. sian nye dedek.

dah petang baru sempat incikSuami nak tukar kipas nie haa.
kisah nya, kat rumah tu ada je meja kantin, tapi tak sampai jugak.
tangga takde, kena keluar juga lah membeli kerusi.
selepas tanya jiran sebelah, dia pun takde tangga.

kipas baru dh beli siap-siap dekat tiktok.
naseb baik lah incikSuami boleh buat sendiri.
takat tukar kipas, tukar lampu tu, boleh lah buat sendiri.
tu yang rumah Teluk Intan nanti nak suruh dia je pasang sendiri nanti.
Linda masak lah sedap-sedap, upah dia pasang kipas nanti..hahaha

mesti orang kata beriya macam masuk rumah baru.
ya, memang rumah baru pun.
yang dekat Seri iskandar tu, kami tak pernah duduk pun walau dah hampir 10 tahun umur rumahnya. 
penyewa je dah 3x bertukar.
nie baru kami nak duduk, kira masuk rumah baru lah kan?? hihihi.

dan weekend hari tu lah, baru pertama kali kami tidur dekat situ.
lepas incikSuami dah tukar kipas tu, kita tido je dekat hall tu.
naseb bawa radio kecik tu, boleh lah buat peneman malam tu.
Alhamdullillah, walapun dah lebih setahun takde orang menghuni.
kami tido dengan nyenyak nya malam tu. tanpa gangguan. hihihi

till then, see ya.

Monday, January 20, 2025

.: COLOUR PALETTE :.

Assalamualaikum

dok bermain-main dengan warna sekarang nie.
tiba-tiba terasa nak cat dinding rumah nanti dengan warna selain putih / cream

warna utama kali nie adalah PURPLE

jadi, dok cari-cari lah dekat internet nie warna apa yang nak dipadankan dengan purple nie
so, inilah hasil nya.

1 - ada warna yang menonjol dan sejuk

2 - warna senada je

3 - ini lebih pada ungu pekat, ungu perlahan

4 - wow jugak nie..tapi kalau padankan dengan hitam, macam lagi kecik je rumah tu.

5 - purple pink memang so matchy2.. girlish sangat kan

6 - krim dia nampak pekat sikit. nice juga

7 - wooo... mcm lawa pulak combination nie

nanti kita tunjuk kat incikSuami combination warna nie.
tengok lah dia nak pilih yang mana.
cepat buat pilihan, mana tahu raya cina nanti boleh mengecat dah.

so, warna bilik ibu dan kak M, berkisarkan ini juga.
bilik boys nak kaler kelabu katanya.
pun boleh lah, nanti kita mix match untuk ruangan dining pulak.

makan modal sungguh la. kikiki

Designing With Purple

Purple may not be the most commonly used color in interior design. But as you’ve seen, a surprising variety of hues actually pair nicely with various shades of purple. Whether you’re adding a fresh new wall color or simply adding a few pops of color to an existing palette, purple can transform any room! https://www.color-meanings.com/

agak-agak yang mana pilihan korang?

till then, see ya

. : PASANG GRILL :.

Assalamualaikum 

Sabtu semalam, 18.01.2025
Dalam 8.30 pagi dah keluar dari kampung. 
Pergi tengok rumah dekat teluk intan. 

Yeay, meter air dah pasang. 
Tapi, tak sempat nak berlama-lama untuk cek bocor. 
Ada nampak leaking sikit-sikit dekat stopcock utama, sinki bilik air. 
Nanti kena spend time juga nie.. 
Dengar 1 baris tu, tiba-tiba ada paip bocor plak, sampai basah syiling atas tu. 
Eh, seram pulak linda. 

Ke Teluk Intan tu, sebab dah janji dengan orang pasang grill, untuk pasang hari nie. 
Jadi, kita bukak lah mangga pagar tu. 
Senang orang tu nak masuk nanti. 

Dah buka mangga. 
Pegi lah cari sarapan dulu. 
Google keluar lah "Gerai Pak Andak" 
Dekat bandar lama Teluk Intan. 
Naseb baik sempat, roti canai ada lagi. 
Rating linda - boleh la ditelan, takde unsur wow sangat. 
Tapi, rojak sedap. Kuah sedap. Cucur udang dia juicy, takde lah garing sangat. Tu yang penting. 

Siap sarapan, gerak semula ke rumah.

Eh,team grill nie dah sampai. 
Dah nak siap pun. 
Tinggal grill pintu sliding nie je. 

Linda amik gambar dari dalam. 
Lupa nak snap gril yang lain. 
Pintu dapur pun dia tukar, buat yang ada pintu kecik untuk udara, tanpa perlu buka semua pintu. Gitulah. 

Total untuk 1 rumah - RM2500. 
Gril lurus je. 
Takde pattern2, kalau ikot, ada yang murah sikit. 
Tapi, yang nie kena dengan masa linda. 
So, on je lah. 
Memang bajet banyak itu pun. 
Nanti menabung untuk awning pulak. 😁😁

Lepas selesai nie, berkejaran ke rumah Tronoh pulak. 
Dari Teluk Intan ke Tronoh, dalam sejam setengah gitu lah.. Kalau bawa santai2. 

Next entry linda share buat apa pula dekat sana. 

Till then, see ya. 

Sunday, January 19, 2025

. : PUDING KARAMEL :.

Assalamualaikum

Kerap sungguh masak puding caramel dalam 2minggu nie. 

Yang pertama untuk majlis tahun 6 abang Mu'az. 
Lepas tu, untuk jamuan akhir tahun sek agama, req by abang Mu'az jugak. 
Kali ke3, dedek pun request jugak nak puding karamel mcm abang Mu'az untuk jamuan tadika dia. 
Ibu layan kan jelah, selagi bahan ada. 

Beratur lah bekas puding nie atas kabinet. 
Naseb baik ada kabinet nie, boleh susun atas dia. 

Selepas diisi dengan puding nya. 
Kalau berjualan nie, laku juga ya. 
Selalu orang jual berapa sebekas?? Hihihi

Simpan dalam peti ais yang comel je tu. 
Naseb baik muat semua bekas dalam peti ais 1 pintu tu. 🤭🤭

Bekas polistren nie memang ada kat rumah. 
Kalau balik sabak bernam, bawak sekali. 
Beli lauk2 fresh dekat market bawak balik selayang. 

Penuh bekas polistren tu, dapat 40 bekas. 
Ok lah tu, nama pun jamuan.
Pot luck makan sorang sikit, jadi banyak jugak nanti. 

RESEPI PUDING KARAMEL (bekas dadih) 

  • Secawan gula pasir (utk buat karamel nya). 
  • Setengah cawan air panas (lepas gula cair sepenuhnya). 

Untuk puding nya :
  • Satu tin susu cair. 
  • Agar-agar 20g.
  • Sesudu kecil tepung kastad. 
  • Setengah tin susu pekat (manis ikot individu ya). 
  • 4 cawan air masak (linda sukat guna tin susu cair tu je). 
  • Campur semua, masak sampai mendidih kuat. 

Dah siap isi dalam bekas, simpan dalam peti sejuk. 
Sedap makan sejuk2. 

Adik ipar dah request suruh buat hari raya nanti. 
Linda cakap, kena suruh mak duduk depan, kalau tak, malu nanti nak buat. Hihihi

Till then, see ya. 

Friday, January 17, 2025

.: JOM SOLAT :.

Assalamualaikum

salam Jumaat ya semua..


sharing sikit, untuk peringatan diri sendiri juga.
kadang-kadang susah sikit, sebab linda akui, persekitaran kita memainkan peranan.

semoga kita berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi contoh dan ikutan untuk keluarga kecil kita sendiri.
itu yang paling penting.

till then, see ya.

 

Wednesday, January 15, 2025

. : TAHNIAH DEDEK :.

Assalamualaikum 

08.01.2025 - majlis graduasi tadika permata Mawip zon Batu. 

Bertempat - Masjid wilayah, KL. 

Sampai je, ibu soh dedek amik gambar dekat sini. 

Suruh ambik dekat photobooth nie tak nak pulak. Sabar je lah mak pun. 
Jadi, ini je lah buat kenangan. 
Waktu nak balik, beratur panjang dah. 
Malas dah nak tunggu. 

Dalam dewan, selfie dengan incikSuami. 

Dengan abang Mu'az dan Kak M. 
Abang Mueez pegi sekolah. 
Ibu cakap, kalau lambat, tunggu je dekat sekolah. 
Sebab tak tau habis pukul berapa. 

Zon Batu ada 15 buah sekolah. 
1 sekolah ada lebih kurang 50 murid 6 tahun. 
Yang diraikan, murid 6 tahun sahaja. 
Murid 5 tahun, cuti rehat di rumah. 
Tapi, gambar pakai jubah. Dah ambil siap2 dekat sekolah. 

Dedek dah siap berjubah. 
Kemain mata tu. 
Ibu amik gambar, dia main2 pulak. 

Nie dah turun dari pentas, lepas dapat scroll lah kononnya. 
Berlari dia nampak ibu dah tunggu bawah.
Alala,macam dia sorang je lah ada ibu. 

Naseb baik ibu ternampak ada orang amik gambar dekat pintu nie. 
Jadi ibu pun tiru lah. 🤭🤭
Beg goodies tu, linda buat sendiri je.. 
Letak set pensil, lolipop, nabati. 
Belon beli RM5. 
Igt nak beli belon dekat ninso je, tapi batang belon dh takde pulak dekat rumah. 
Naseb baik dedek tak tanya yang lain dah, jimat sikit duit ibu. Kikiki

Dengan cikgu fiza. Dulu cikgu kelas kak M. 
Skang ganti sementara utk kelas dedek, sebab cikgu Mira cuti bersalin. 
Tak dapat nak bersama-sama. 

Banyak orang berjualan. 
Jadi, nak balik tu, membeli belah dulu. 

Sebelum masuk kereta, makan dulu dekat bawah pokok nie. 
Masuk dalam kete, sat g melekit lekit kereta.

Naseb baik habis awal, takde lah lewat ambil abang Mueez. 
Lepas dah ambil, lajak terus ke Lotus Rawang. 
Lunch dekat foodcourt aje. Alhamdulillah. 

Till then, see ya. 

Tuesday, January 14, 2025

. : SMART WATCH :.

Assalamualaikum. 

Orang len dah jemu pakai. 
Linda baru nak pakai. 
Nie pun, tiba2 incikSuami hulur. 

"nah" katanya. 
Alhamdulillah, orang nak bagi.. Kita amik. 
Yang mana memang hajat kita, kita dah mintak awal-awal.
Yang lain-lain, rejeki. 

Buat masa nie, linda pakai background ini. 
Girlish sikit kata nya. 😆😆

Sebab, ada banyak lagi background yang boleh pilih. 
IncikSuami jeles, sebab dia punya takde banyak pilihan pun. 

Antara pilihan yang ada. 

Nie pun ada lagi. 

Alhamdulillah, dah ada jam sendiri, semenjak jam yang INI putuih. 
Nak tukar tali, tak tukar-tukar lagi. 
Sementara waktu, rembat je jam incikSuami, jam dia banyak. 
Kita pinjam je lah. 

Till then, see ya.