Lovvu Dobbu

Event Ticker

Friday, December 6, 2024

.: ALHAMDULILLAH, TETAPLAH BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH :.

Assalamualaikum. 

Sekadar perkongsian untuk kita selalu bersyukur dan bersangka baik dengan Ujian Allah... Insya-Allah.. 

Ada satu kisah seorang yang diuji dengan anak perempuannya datang rumah pemulihan ustaz. Tingkatan 5 mengandung anak luar nikah.

Ayahnya seorang imam di negeri selatan, ibunya mengajar ngaji di kampung. Ayahnya memang seorang yang tawaduk, maklumlah imam. 

Tiba-tiba anaknya mengandung, satu kampung tahu.

Sekolah berhentikan anaknya. Satu kampung tahu dan tak mahu dia jadi imam.

Pergi kenduri tak dijemput sampai dia rasa down sangat. Kena pulau. Tak ada seorang pun yang hantar anak mengaji pada isterinya.

Pergi kedai nak beli air, orang kecam.

Nasihat ustaz, jangan kecam orang lain hatta dia imam atau orang baik-baik. "Ish, apalah anak ustaz macam, orang agama baik-baik pun keluarga masalah." 

Jaga-jaga, bila-bila masa Allah boleh terbalikkan ujian tu ke batang hidung kita. Baru kita tahu langit tinggi atau rendah. Mulut jangan cepat mencemuh.

Jangan mulut terlalu cabul, jari terlalu pantas nak kecam orang.

"Ya Allah, ustaz beratnya ujian saya ni ustaz. Ustaz tolong jaga anak saya mengandung luar nikah. Saya dah rotan dan pukul dia. Dia tak bagitahu apa-apa pun. Dia ni memang lain sikitlah, tak macam kakak-kakak dia." Keluh Pak Imam tu.

"Shhh, abang, jangan bandingkan dengan kakak-kakak. Diam dan bertenang dan duduklah dulu." Ustaz tenangkan dia. 

Satu kezaliman sebenarnya bila ibu ayah membanding-bandingkan anak mereka. 

"Ustaz apa nasihat ustaz pada saya dan isteri?

"Abang, abang jangan sekadar jadi orang yang hanya bersabar tapi jadi orang yang bersyukur." Jawab saya.

"Syukur apa ustaz?!!! Anak saya mengandung anak luar nikah, ustaz suruh saya bersyukur?"

Imam tu dah macam hilang sabar.

"Syukurlah abang. Sabar ni kita bertahan, syukur ni kita bersangka baik kepada Tuhan. Abang ikut saya ajar ya.

"Alhamdulillah..." Ucap saya berulang kali.

"Ustaz ni ajar ajaran sesat ni!" Tempelaknya.

"Tak apa, abang ikut ya perlahan-lahan. Alhamdulillah, Alhamdulillah Ya Allah, Alhamdulillah Ya Rahim." Mereka pun ikut perlahan-lahan, satu-satu. 

Terima kasih ya Allah aku ada anak

Alhamudlillah ya Allah, anak aku ni baik orangnya ya Allaj

Mungkin aku kurang bersyukur sebab tu kau azab aku dengan ujian anak mengandung luar nikah ya Allah.

Dia ikut cakap.

"Abang, amalkan hari-hari sujud syukur atas ujian anak yang mengandung ni. Paling tidak dia tak mandul." 

"Tapi ustaz, anak yang dia mengandung ni anak haram." Dia masih rasa berat nak buat.

"Tak apa, abang cuba dulu ya. Buat betul-betul." Ustaz terus dorong dia.

Tak lama lepas tu kuasa Allah seperti yang Allah beritahu dalam Surah Ibrahim ayat 7.


وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ ٧

“Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: ‘Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras’.”


Apa berlaku? 

Masya-Allah, 2 tahun anak dia duduk di rumah kami berjaya hafal 20 juzuk Quran.

Bayi yang lahir diambil jadi anak angkat seorang ustaz dan isterinya ustazah. Selepas dia keluar dari rumah pemulihan, ustaz tadi datang masuk meminang jadi isterinya. Isterinya sebelum tu meninggal dunia akibat kanser rahim. 

Rupa-rupanya doa dia seorang ibu muda ni, 

"Ya Allah aku mengandung dan lahirkan dia. Tolonglah satukan kami semula nanti." 

Waktu yang sama ibu muda ini bertaubat dan menghafaz Quran masyaAllah selesai banyak masalah. Akhirnya dia disatukan semula dan dapat menyusukan bayinya tadi. MasyaAllah Tabarakallah.

Dari sisi hidup imam tadi, akhirnya dapat menantu imam dan anaknya jadi anak, isteri dan ibu solehah. Alhamdulillah.

Ustaz jumpa imam tu tanya khabar. 

"Alhamdulillah ustaz, dah empat orang anak dah ustaz. Semua pandai-pandai ustaz. "

"Kan saya dah kata, alhamdulillah anak ini dia tak mandul. Alhamdulillah." 

Pengajaran dari kisah ini, percayalah Allah tak pernah bohong. Allah s.w.t kata "Siapa bersyukur, akan ditambah nikmat."

Pujuklah hati kita, seberat mana pun ujian kita pada hari ini "we still have a life to live". Masih ada hidup untuk diteruskan. 


Ubahlah, ubah cara kita berfikir.

Syukur banyak dapat nikmat atau ujian.

Kalau tak syukur, azab pedih. 

Pedih di dunia dan di dalam barzah. 

Ini yang Allah swt sebut juga dalam ayat sama Surah Ibrahim tadi. 

Hidup yang berbaki ini mesti diteruskan dengan agama. Pujuk hati kita, pujuk untuk syukur dan jangan kufur.

InsyaAllah jiwa kita akan tenang.

#UstazHanafiMalek

Cnp dari Fesbuk


till then, see ya.

Thursday, December 5, 2024

.: TRAGEDI DISEMBER :.

Assalamualaikum

kisah di pagi hari..
gas habis.. naseb baik sempat masak sarapan.

mekasih lah panda sebab ada untuk selamatkan hari saya.
dah 3 tahun juga cooker nie.
beli masa mula-mula pindah selayang nie.

jadi lah lauk lunch hari nie.
ayam kari + ubi kentang.

malam tadi incikSuami dah kabo

IS - api dapur tu dah warna merah, gas nak habis dah tu agaknya
L - eh, cepat nya, kan baru tukar hari tu...selalu 6 bulan, belum lagi lah
IS - kan sekarang nie banayk dok rumah je, selalu masak dekat kampung
L ~buat tak tahu je~

sekali pagi tadi, bub bub bub...
terpadam terus api nya.. hahaha

lepas tu dapat kisses nie dari penghuni asrama yang nak keluar. Alhamdulillah, moga murah rezeki selalu.
dapat tukar dekat ngan suaminya, semoga tak PJJ lagi lah...
lama jugak dia PJJ, 8 tahun duduk asrama, dah kahwen berapa tahun tak pasti lah pulak.

semoga yang baik-baik je untuk kita semua...
semoga permohonan pertukaran linda pun dipermudahkan jugak, insya-Allah, Aamin

till then, see ya.

Wednesday, December 4, 2024

.: PERTANDINGAN NASYID :.

Assalamualaikum.. 

Cerita isnin (2 Dis 2024), berlansungnya program Ihtifal Tadika MAWIP Zon Batu di Masjid Wilayah Persekutuan. 

Alhamdulillah, dedek terpilih untuk masuk pertandingan nasyid. 
Banyak betul kenangan dedek untuk kelas 6 tahun nie. 
Agaknya, geng lelaki tak ramai, tu yang muka sama je masuk pertandingan.. Hihihi.

Gambar tak ikot susunan ye.. 
Linda tak ikot, sebab minggu nie sek keb dan KAFA ada exam akhir tahun. 

Nie gambar penyampaian hadiah. 
Takde rezeki nak menang tahun nie. 
Dapat hadiah saguhati, Alhamdulillah.. 
Usaha dah ada, cuma tak dapat lawan team nasyid yang lain.. 
Sebab incikSuami cakap, siap ada bawak props mayat lagi tu.. Seram betul. 

Outfit nya. 
Memang kena pakai uniform sekolah. 
Just tambah je lah aksesori lain lain. 

Geng boboi team nasyid tadika dedek

Sempat lagi. 
Dedek dok hujung sekali. 
Yelah, tinggi tak cukup sangat..hihihi

Dengan sebahagian ahli kumpulan nasyid.
Naseb baik lah incikSuami dah free time nie. 
Kalau tak, kelam kabut jugak nk fikirkan nak buat macam mana.. 

Sebelum nie pun ad pertandingan futsal. Linda tak dapat hadir juga, sebab minggu PSRA waktu tu. 

Alhamdulillah, semoga semua nie menjadi kenangan dedek dan penguat semangat untuk terus maju ke hadapan. 
Jauh lagi perjalanan nya. 

Till then, see ya. 

Tuesday, December 3, 2024

. : SETIA = LOYALTY :.

Assalamualaikum 

Nampak tak tali jam tu? 

Jadi, tak dinafikan lah linda seorang yang setia... Hahaha

Gitu. 
Nak kena g jalan-jalan cari tali jam baru nie. 

Till then, see ya. 

Monday, December 2, 2024

. : NASI LEMAK RECIPE @ M3 MALL :.

Assalamualaikum 

Sambung lagi cerita hari sabtu.. Hihihi
Sebab kan dah tengah hari, memasing dah lapo... 

Teringat jugak PH pernah share makan dekat Nasi Lemak Recipe nie.. 
Kita pun cuba lah. 

Antara menu yang ada

Hot plate pun ada

Linda membayangkan kedainya mcm kedai lah... Hahaha.. 
Khas untuk nasi lemak. 
Rupanya open concept, ibarat foodcourt jugak lah.. 
Cuma nya cashier 1, tukang buat air 1 dan tukang masak nya 1 jugak.. 
Takde lah banyak2 kedai.. 
Cuma menu je yang banyak.. 
So, ok jugak.. 
Order siap2 dekat kaunter, terus bayar, air kena ambil sendiri bila diorang dah siap buat. 
Makanan dia akan hanta sampai meja. 

Untuk 5 makanan
6 air
Total RM74.60

Gambar makanan takde.. 
Sebab henset dah kena curi.. 

Owh, rate makanan.. 
Ok, sedap lah bagi linda... 
Sesuai lah dengan harga dia... 
Bila2 rajen, boleh repeat lagi. 

IncikSuami sponsor makan hari nie.. 
Alhamdulillah... Moga murah rezeki ya.. 
Minggu depan belanja lagi.. Hihihi

Selesai makan2, lajak ke Amway.. 
Lepas tu terus ke Giant Batu caves... 
Apa jugak lah yang dicari kan.. Hahaha

Amway beli supplements untuk laki bini yang dah habis. 
Seronok tengok packaging baru, selama nie beli dapat yang lama je. 

G Giant pulak.. 
Ada orang tu (incikSuami), beli telefon baru.
Telefon dah tak boleh g dah.. Hahaha.. 
Sampai orang kedai telefon tu cakap, "u orang kedua datang kedai dengan telefon paling lama" 

Ye, telefon incikSuami dari tahun 2017 tak silap..
Telefon linda dari 2019..hihihi..
Boleh guna.. Kita guna je dulu.. 
Alhamdulillah... 

Till then, see ya

Sunday, December 1, 2024

. : PA TO PT :.

Assalamualaikum 

Simpan sini sebagai kenangan

Tarikh keramat SSPA di kuatkuasakan. 
Maknanya berkuatkuasa juga lah skim jawatan baru linda. 

Penyelia Asrama ke Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi) 

Setelah 11tahun 5bulan
24.06.2013 - 30.11.2024
Menyarung uniform pink, lepas nie tak tahu lah macam mana. 
Tapi, untuk bulan 12 nie, masih menyarung uniform pink. 

Semoga yang baik2 je untuk rakan-rakan seperjuangan semua. 

Takpelah, fikir positif je. 
Dengan bertukar nya jawatan, mungkin peluang untuk PA yang mohon tukar lebih mudah. 
Dan mungkin, dapat belajar benda benda baru, Insya-Allah. 

Till then, see ya. 

. : JALAN JALAN JAPAN @ M3 MALL :.

Assalamualaikum.. 

Sambung entry semalam.. 
Dek kerana asyik lah baca dekat blog sis Nieza dan puan Hazel yang ke M3 Mall.. 
Linda pun ajak incikSuami ke sana. 

Tapi, takde pulak gambar M3 Mall nye. 

Turun je dari escalator, terus nampak JJJ.. 
Memang terus masuk lah.. 
Besar JJJ kat sini.. Hihihi.. 
Puas hati musing.. 

Linda dok kirai-kirai seluar jugak. 
Tapi tak terambik.. 
Tapi... 
Tak keluar dengan tangan kosong ya.. 
Ada je habuan anak 4 tu.. 

Abang Mueez jumpa bekas nie. 
Buat isi beyblade lah. 

Bila buka isi dalam. 
Ada cawan Abang Mu'az. 
Kotak bentuk buku kak M punya. 

Buka pula kotak buku tu. 
Ada keychain 5 ketul, dedek punya. 

Rezeki anak 4 hari nie. 
Alhamdulillah.. 

Lepas tu, ronda-ronda sampai bahagian bawah.
Then,naik semula makan di Nasi Lemak Recipe.. Next entry ya. 

Till then, see ya