Lovvu Dobbu

Event Ticker
Showing posts with label tengokwayang. Show all posts
Showing posts with label tengokwayang. Show all posts

Monday, September 21, 2026

.: MENONTON WAYANG :.

Assalamualaikum.

Ahad, 20.9.2026 - konon nak pergi tengok wayang dekat Ipoh.
Lupa pula abang Mueez ada kelas extra untuk writing essay.

Lepas tu, belek punya belek.
Teringat la yang dekat D'mall Seri Iskandar ni pun ada juga cinema.
Tapi, brand biasa je lah.

Kita nya nak beli tiket awal, jimat sikit.
Pung pang pung pang, godek sana sini.
Alhamdulillah, ada tiket pukul 12.20 tengah hari. Harga RM8.80/pax.
Weyh, murah banyak sih.
Ada cas untuk tiket 50sen/pax.

Linda pilih untuk tengok cerita Terbang.
Baru je keluar cinema.
Diinspirasikan dari kisah sebenar.

Ambil abang Mueez pukul 12pm, terus pecut p cinema.
Lega sempat sampai. Hihi.

Pick up kudap kudap.
Scan tiket, moh Ler kita masuk hall cinema.

😱 Kosong hall nya.
Ingatkan orang tak masuk lagi.
Tapi, memang dari mula sampai habis movie, kami 5 beranak je dalam tu.
Kak M dengan dedek, dah habis popcorn dia, mula la menjelajah sana sini.
Mentang takde orang.
Kerusi tu nampak tegak kan? Tapi, once kita sandar, dia terus terlentok.
Eh, mcm mana nak cakap ye.
Kiranya, tak perlu ejas la kecondongan kerusi tu, dia ikut je badan kita macam mana.
Ruang kaki dengan kerusi depan pun, luas juga.
Nor bad la, so lepas ni, kita pilih sini je lah.
Takde la jauh dari rumah, dan kurang sikit lah duit yang keluar. Hahaha.

Wefie sikit.

2jam juga cerita nya.
Nanti Linda review lain eh.

Nak selit juga gambar couple.

Alhamdulillah, hujan lebat petang semalam.
Sejuk bumi.
Rasa nya, dekat semua tempat hujan.
Dekat kampung pun kakak cakap hujan juga.

Till then, see ya.

Noted - PV sekarang 986578

Sunday, January 4, 2026

.: AVATAR , FIRE AND ASH :.

Assalamualaikum.

Cerita tahun lepas, Khamis,25.12.2025 - tiba² malam sebelum tu incikSuami ajak p tengok Avatar.
Terus lah kita booking, weyh.. banyak full lah. Ingatkan orang tak tengok.. Kikiki

Kali ni tengok dekat TgV Wangsa Walk.
Tak jangka jalan jem, dari TF Batu Caves tu dah beratur..
Terus melencong ikut Duke lah.
Kalau follow jem, risau tak sempat sampai pula.
Sampai² ngam² je.
Tak tunggu lama, beli popcorn terus hall buka.

Gambar sesudah selesai menonton, lampu dah pasang, baru lah nampak muka semua.

Overall, best cerita dia.
3jam ye..hihi..
Hall full house.

Linda memang follow dari 1st movies.
So, bila tahu keluar yang baru ni, memang nak tengok lah.

Ada part sedih, ada part geram, ada part menyampah.
Part nanges tu, masa Tulkun Payakan cerita pasal keturunan dia kena bunuh dengan pemburu Tulkun. Sebab tu lah Payakan tu nak balas dendam, dan sebab Payakan tu nak balas dendam dekat pemburu tu lah dia kena pulau, siap kena buang negeri.
Memang nangis lah part yang tu.

Abang Mu'az kata, ada sambungan lagi ni.
Sebab varang tu tak mati lagi.. 

Dah siap tengok wayang tu, jalan² la jap. 
Nampak benda yang comel.

3 ketul patung Pokemon ni.

Squirtle ni comel tau.
Konon² nak bela lah 😂😂, sekali rege dia RM300 lebih..
Tak jadi weyh.. hahaha.

Takpelah, bela yang Squirtle yang ni jelah.

Elok nak keluar, hujan lebat.
Tunggu sat, dah reda.. terus lah masuk kete..
Cari makan pula..
Kita masuk makan dekat TF Batu Caves je lah. Senang, hala balik.

Till then, see ya.

Thursday, December 25, 2025

.: 17.12.2025 - PART 4 :.

Assalamualaikum.

Sambungan aktiviti hari anniversary yang ke 14 hari tu.
Lepas dah menapak naik tangga tu, sampai lah tempat yang dituju.
TGV Cinema AEON Kepong.
Tengok cerita apa?

Haruslah Papa Zola "Musuh Kejahatan, Kekasih Kebenaran"

Bukan anak² je eksaited nak tengok, Linda pun sama juga.
Sebab memang melayan series Boboboy dengan Ejen Ali.

Eh, ada orang candid gambar kita la masa beli dekat kaunter.
Collect dan tambah combo popcorn lagi.

Buat kenangan.
Dari sebelah Linda, Kachax, PapaZola, Mama Zila dengan YonB.

Avatar baru. Fire and Ash.
Cerita Avatar ni, memang follow dari mula² keluar wayang.
(Saat entri ni ditulis, Linda dah tengok pun Avatar ni. Memang terbaik).

Rasanya ramai je dah review cerita Papa Zola ni..
Kalau siapa yang follow series Boboboy, dapat la bayangan kenapa diorang dalam dunia simulasi. 
Dalam series pun ada selit² juga pasal Mama Zila jadi raksasa dalam dunia game.
Bila sampai scene pasal bapa dan anak je, confirm sedih.. meleleh ayor mata ni juga.
Tapi, Cimubot tu comel lah.. geram betul.
Tapi, memang plot twist la.
Ingat Kachax yang jahat, rupanya YonB yang terpengaruh dengan nafsu sendiri.

Apa apa pun.. Papa Zola best.
Tak sabar nak tunggu BoboBoy the Movie 3 pula.. mungkin hujung tahun 2026.
Jom support gais.

Till then, see ya.

Friday, May 9, 2025

.: BLOOD BROTHERS - BARA NAGA :.

Assalamualaikum. 

IncikSuami tak puas hati tiket sold out hari tu. 
Dia suruh linda tengok kan waktu yang bersesuian. 
Sebab nak pergi hari bersekolah kan. 

Jadi, terus lah scroll2 dan beli tiket siap2. 
ke tgV Aeon kepong lah kita. 
Ramai juga yang menonton. 
Rasenya dekat 50 orang juga kalau dikira. 

Setel amik air dan popcorn. 
Kita klik klik gambar dulu lah. 

Dedek nie tak bagi can ibu ngan ayah amik gambar berdua. 
Kalau linda panggil je incikSuami, dia pun datang sekali. Hihihi. 

Bila incikSuami snap gambar.. 
Macam nie lah. 
Abang Mu'az pun nak sama tinggi ibu dah. 

Dia cakap petang tu, dekt sekolah ada ujian SEGAK.
Berat 50kg, tinggi 153cm. 
Bulan depan, confirm dah lagi tinggi dari linda. 
Sebab linda tinggi 157cm je.

Untung abang Mu'az, 2 kali tengok Blood Brothers. 

Blood Brothers : memang filem action, ada humor sikit2 dari watak Jaki. So takde lah serius sangat ceritanya. 
Plot twist mungkin dari watak Boss Sam, mesti orang igt Boss Sam tu punya angkara. Tapi, linda tengok muka Ayah Mus tu teringat cerita high council, terus kata "ayah Mus nie kang jadi orang jahat".. Cuma tak sangka sekongkol dengan Fadlan, sebab watak Fadlan cuma dirungkai bila Sheila mati. Jadi, awal2 tu kita rase dia adik beradik kandung Sheila je.

Moral of the story - kesetiaan dan kepercayaan itu yang paling penting. Sekali kita dah khianat, memang takde chance lagi. 

Till then, see ya. 

Wednesday, May 29, 2024

.: HONEYMOON LAH KITA :.

Assalamualaikum..

memandangkan semalam 28.05.2024, Linda memang ambil cuti..
sebab ingtkan balik dari penang hari Selasa..
rupanya hari isnin malam dah bertolak
jadi hari selasa kita golek2 je lah dekat rumah, smbil mendobi baju bajan

sesi pagi IncikSuami ada kelas
jadi petang-petang tu, linda ajak incikSuami tengok wayang
lama nya tak berdating berdua dan tengok wayang..hihihi
kebetulan anak4 semua ada kat kampung
honeymoon lah ibu ayah 2,3 hari nie...

punya lama tak datang
nak beli tiket wayang pun pakai mesin layan diri je
linda tengok wayang dekat Tgv aeon Kepong je
nak tengok kat Selayang Capitol pun boleh je, tapi takde tempat nak cuci-cuci mata kang..hihihi

linda pilih cerita Vina, Sebelum 7 hari
memang nak tengok sangat
dapat jugak tengok
review cerita tu nanti dekat next entry ya

sebelum masuk hall, kita selfie dulu
pilih seat kedua paling atas, sebab kerusi couple..
hahhaa, baru lah boleh feeling-feeling 😂😂

tapi besar jugak seat bila jadi kerusi Couple nie
kalau bawak anak, boleh jimat duit tiket..hihihi
duduk share-share

till then, see ya